07 November 2012

BERSYUKUR OK, BERSYUKUR!


Assalamualaikum!

"kenapa aku tak secantik dia..",
"kenapa aku tak pandai..",
"kenapa hidup aku miskin..",
"kenapa aku tak bahagia macam dia..",
"kenapa aku tak dilahirkan sempurna..". 

mak aih, banyaknya persoalan tentang pemberian Allah swt kepada kita! tak reti bersyukur ke, awat duk bandingkan kelebihan orang lain dengan apa yang kita ada? sesungguhnya manusia adalah makhluk yang paling cantik, paling indah dan paling sempurna ciptaan Allah swt. kalau kita faham konsep ni, tak perlu kot ada persoalan mengenai semua yang di atas nun. bila kita bandingkan kelebihan seseorang, akan timbul rasa iri hati dan dendam. jangan lah sampai macam tu, kita perlu percaya bahawa semua manusia adalah sama disisi Allah swt. hanya ketinggian iman yang membezakannya, bukan kelebihan yang dimiliki dalam faktor lain! tahukah kita, setiap kekurangan yang dimiliki sedikit sebanyak menghindarkan diri kita dari sifat-sifat mazmumah.

so, tak perlu lah kita berasa rendah diri dengan apa yang kita ada. cuba bayangkan pulak golongan yang kurang bernasib baik, dari situ akan timbul rasa insaf dan rasa bersyukur terhadap apa yang kita miliki sekarang. sebenarnya, nikmat IMAN dn ISLAM merupakan antara nikmat terbesar kurniaan Allah pada kita. kelahiran kita sebagai umat Muhammad saw merupakan nikmat teragung dari Allah swt, kerana kita merupakan insan lemah yang bertuah menjadi pilihan-Nya untuk menjadi khalifah di bumi ini dan bakal memperoleh syafaat Rasulullah di akhirat kelak. itu belum kira lagi nikmat kesihatan dan kesempurnaan kita sebagai seorang Muslim bagi menunaikan amanah sebagai hamba Allah SWT, so belajarlah untuk menjadi hamba yang bersyukur. [NOTE TO SELF]
sekian, wasallam.

# sesiapa yang bersyukur akan dimurahkan lagi rezekinya, subhanAllah!