23 July 2012

WANITA ADALAH KURNIA, BUKAN MUSIBAH

Assalamualaikum!

kadang-kadang saya sedih bila baca kisah wanita malang dalam surat khabar tu, so hari ni saya nak share tentang ketinggian darjat mereka (termasuk saya) di sisi Islam. mungkin ramai yang tak tau tentang perkara ni, saya pun baru tau walaupun saya ni seorang perempuan. ok, baca ni-
  • doa wanita lebih makbul daripada lelaki,kerana sifat penyayangnya lebih kuat berbanding lelaki.
  • barangsiapa yang mengembirakan perempuannya,darjatnya umpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah swt.
  • setiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama,maka Allah swt memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya. (10 000 tahun)
  • perempuan yang menjaga solat,berpuasa di bulan Ramadan,memelihara kehormatannya,serta taat kepada suami akan diberi pilihan untuk masuk ke mana sahaja pintu syurga yang dikehendaki.
  • wanita solehah itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.
  • hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki,barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak nabi Ismail.
  • ikan di laut,burung di udara,malaikat di langit,matahari dan bulan semuanya beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.
  • wanita yang taat pada suami akan ditutup pintu-pintu neraka dan akan terbuka pintu-pintu syurga,mereka akan masuk ke syurga tanpa dihisab.
  • syurga di bawah tapak kaki wanita- seorang ibu.
  • sesiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya,lalu berbuat baik kepada mereka maka akan menjadi penghalang baginya dari api neraka.
  • barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan,lalu bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab maka syurga baginya.
  • wanita yang tinggal bersama anak-anaknya,akan tinggal di syurga bersama Nabi Muhammad saw.
ini adalah serba sikit tentang kelebihan wanita yang kita ketahui, selebihnya hanya Allah swt yang Maha Mengetahui. So, kaum wanita janganlah sesekali merasakan kita ini lemah. wanita sebenarnya yang membuat seseorang lelaki itu kuat, percayalah!
sekian,wasallam.

# behind every great man, there is a great woman!