30 September 2012

AJAIBNYA SEDEKAH

so wats ur answer??
Assalamualaikum!

tadi dalam kereta, saya dengar ceramah dalam radio. haa, dengar ceramah dalam radio? tk, mksudnya saya dengar ceramah kt radio dalam kereta! Pasal sedekah, so i nak share what i heard just now. sedekah ni perbuatan yang mulia disisi Islam, apatah lagi kalau kita lakukannya dengan rasa ikhlas. masyaAllah, besar ganjarannya! kadang-kadang saya terfikir, saya ni belum kerja. masih dalam tanggungan ibu bapa, so saya tak ada pendapatan atau duit sendiri. jadi macam mana saya nak bersedekah? kalau saya mintak duit kat ayah, lepas tu saya bersedekah nanti ayah saya sahaja yang dapat pahala! abis saya macam mana? haa, pesoalan ni sering bermain dalam otak saya masa kecik dulu. sekarang dah besar sikit, boleh lah saya jawab persoalan tu.

"tangan yang memberi lebih mulia daripada tangan yang menerima", get it? maksudnya kan, ehem! kalau tangan kita yang memberi sedekah itu walaupun itu duit mak atau bapak kita, kita akan dapat pahala jugak! pasti lebih besar pahalanya kerana tangan kita yang memberi, so! janganlah kita berasa takut harta akan habis hanya kerana bersedekah, sesungguhnya harta yang disedekahkan tidak akan berkurang kecuali ia bertambah bertambah dan terus bertambah! amalan bersedekah juga mempunyai banyak kelebihan, antaranya rezeki kita dilapangkan serta jiwa dan hati kita akan ditenangkan. umur mereka yang bersedekah juga akan dipanjangkan kerana mereka yang menerima sedekah kita akan mengucap 'alhamdulillah' sebagai tanda penghargaan kepada Allah swt dan kita yang memberi sedekah, masyaAllah! bukan itu saja, sedekah juga merupakan amalan yang berterusan memberi kita pahala apabila kita mati nanti! subhanAllah, tak rugi pun kalau kita berkongsi harta ke jalan Allah! 


# ehem, senyum pun sedekah tau! :)

24 September 2012

YA RASULULLAH!

Allah ya Allah.
Assalamualaikum!

saya baru lepas khatam buku HIJRAH- Permulaan Sebuah Kegemilangan hasil nukilan Abdul Latip Talib. Ya Allah, sebak hati ni bila baca buku tu. selama ni saya hanya mengetahui mengenai baginda melalui bahan-bahan bacaan ilmiah, dendangan lagu-lagu nasyid dan ceramah-ceramah di tv. terdetik rasa di hati untuk berjumpa dengan baginda, setiap kali itu juga saya mengucapkan selawat pada baginda dengan harapan saya akan menjadi salah seorang umat yang paling dekat dengan baginda pada hari kiamat nanti!

siapalah saya untuk menulis secara terperinci tentang kisah hidup baginda, saya just nak share rasa rindu yang tak pernah saya alami sebelum ni. terlalu banyak dosa pada diri ini sehingga saya merasakan yang saya tidak layak untuk menjadi umat baginda, huhu. tapi yang pasti, semua orang boleh berubah untuk menjadi yang lebih baik. and of course i want to be one, insyaAllah. kerana sesungguhnya saya ingin sekali menjadi saudara (ikhwan) Rasulullah saw. as what prophet Muhammad saw said: "saudaraku ialah mereka yang belum pernah melihatku, tetapi mereka beriman denganku sebagai Rasulullah dan mereka sangat mencintaiku. Malahan kecintaan mereka kepadaku melebihi cinta mereka kepada anak-anak dan orang tua mereka. Aku sungguh rindu hendak bertemu dengan mereka.." huhu, sayunya hati ni!! 

06 September 2012

DOA AKHIR ZAMAN

ameen ya Allah!
Assalamualaikum.

semalam saya ada terbaca smthing tentang ummat akhir zaman kt satu buku ni and i feel like crying!! seriusly, we are running out of time! huhu, i feel so scared. after i read dat article, i straight away bukak lappy and goggle-ing wat cn i do to avoid myself yang jahil ni dari FITNAH akhir zaman! nauzubillah, lepas tu jumpa doa kat atas! Semoga kita sama2 dapat beramal dengannyaaa