14 February 2013

TAKDA CINTA SEBELUM KAHWIN


Assalamualaikum!

as we all knw, Allah swt telah menganugerahkan manusia naluri untuk meneruskan keturunan. perkara ini sememangnya sudah menjadi fitrah manusia dan tidak haram sama sekali di sisi Islam, malah Islam memandang tinggi persoalan cinta yang menjiwai naluri setiap manusia. cinta perlu difahami sebagai satu rasa kasih sayang yang penuh rasa hormat, tanggungjawab, kesetiaan, komitmen, keikhlasan, bermaruah dn ada matlamat. kalau tk hubungan cinta kamu sekadar permainan dn kepura-puraan je, lagipun cinta dalam Islam hanya satu iaitu perkahwinan. ia berlaku setelah diijab kabulkan, dn inilah cinta bermaruah. mungkin ada yang menganggap cinta sebelum kahwin tu penting sebab kita akn kenal pasangan kita dengan lebih rapat kn, tapi awak dh lupa ke. cinta selepas kahwin adalah cinta Islam yang diredhai oleh Allah, so sudah pasti Allah swt akan memberi nikmat dan kelebihan kepada mereka yang mengikuti perintah itu!

lagipn cinta sebelum kahwin ni buang masa, kebahagiaan yang awak rasa tu takkan kekal sebab tk mendapat redha Allah swt! as wht Prophet Muhammad saw said: "hindarilah zina kerana ia menimbulkan enam kesan buruk, tiga di dunia dn tiga di akhirat. di dunia, zina akan menghilangkan kegembiraan. menyebabkan fakir dn mengurangi umur, sedangkan keburukan di akhirat pula ialah zina menyebabkan pelakunya diazab, dihisab secara ketat dn kekal di neraka." dalam Islam tiada istilah 'pakwe dn makwe', so tkyah nk bangga lah kalau awak ada semua tu! percayalah, cinta sebelum kahwin ni kalau kekal hingga jinjang pelamin pn tak mungkin mampu bertahan kenikmatannya seperti mana mereka yang melalui cinta selepas kahwin. sebabnya cinta yang diabadikan sebelum kahwin adalah cinta yang berteraskan maksiat serta hawa nafsu semata-mata, iaitu cinta yang tidak suci! mulianya cinta berlandaskan Islam ialah kerana cinta yang dibina bermatlamat dn sedia berkongsi rasa cinta dn kasih sayang sesama insan demi untuk mendapatkan kasih sayang Allah swt, kerana itu jugak lah masing-masing ingin menyelamatkn antara satu sama lain dari segi hubungan dn kehidupan di dunia untuk mengejar sesuatu yang abadi di akhirat.
sekian, wasallam.

# tak akan kau rasai indahnya cinta, andai tiada cinta buat Yang Esa!