19 March 2013

KAMU MEMANG CANTIK!

bersyukur dengan apa yang ada.
NOTE TO SELF (x1000)
Assalamualaikum!

pada prinsipnya, wanita solehah adalah wanita yang taat kepada Allah SWT dn Rasul- Nya. kemuliaannya bukan terpancar daripada beraneka aksesori yang menyaluti tubuh badannya, tp dia selalu menjaga kecantikan dirinya agar tidak menjadi fitnah kepada orang lain. saat menyedari kekurangan fizikal pada dirinya, wanita solehah tidak akan pernah merasa kecewa dn sakit hati. dia yakin bahawa kekecewaan adalah sebahagian daripada sikap kufur nikmat, dia tidak akan berasa susah hati dengan keterbatasan itu tp sebaliknya tetap redha dn bersyukur dengan kurniaan Allah SWT! peribadinya terlalu indah sehingga make-up apa pn yang dipakainya akan memancarkan cahaya kemuliaan, bahkan wajahnya tanpa make-up sekali pn tetap akan memancarkan kecantikan jiwa dn akan menyejukn hati setiap orang yang memandang.

semakin dia menjaga kehormatan diri dn keluarganya, semakin Allah memberi kurnia yang terbaik baginya di dunia dn akhirat! solehah atau tidaknya seorang wanita bergantung kepada ketaatannya terhadap aturan hidup yang Allah SWT perintahkn, berdampinglah dengan orang-orang yang akan membantu menambahkan kualiti ilmu, amal dn ibadah kita. bak kata orang, jika kita ingin mengenali seseorang maka lihatlah teman-teman di sekelilingnya. muslimah mempunyai peranan yang cukup penting dalam menentukan masa depan sesebuah bangsa, andai muslimah gagal memainkan peranannya maka runtuhlah tiang Negara. jika ingin menjadi tiang yang kuat, teruslah berusaha untuk menjadi wanita solehah dengan mencontohi peribadi srikandi Islam di zaman Rasulullah SAW. dengan terus berusaha menjaga kehormatan diri dn keluarga, insyaAllah pesona wanita solehah akan melekat pada diri kaum wanita semua!
sekian, wasallam.

# ramai wanita mampu berjaya, tp tak semua adalah solehah~