21 August 2013

LEMBUT TAK BEERTI LEMAH

=)
Assalamualaikum!

memandangkan diri saya seorang perempuan, saya tau dan saya merasai apa yang sedang diperkatakan ini. kadang-kadang bila hati diuji atau disakiti (tak semestinya kerana CINTA LELAKI ok!), saya pelik. kenapa orang disekeliling seakan-akan tk mengerti perasaan saya. kenapa mereka tk pujuk saya?? kenapa mereka tk cuba bahagiakan saya?? saya sentaap ok, saya sentaaappp! tapi baru saya sedar, disaat mereka cuba tanya keadaan saya, saya seboleh-boleh cuba untuk tutup perasaan sedih ini. saya tipu mereka dengan senyuman yang dibuat-buat, walaupun mereka cuba nafikan senyuman itu! tapi saya tegas mengatakan bahawa "saya ok", walau hakikatnya hanya Allah SWT yang tahu perasaan saya ketika itu. Allahu Rabbi, benaaar.

hati wanita ini sangat lembut, hati ini mudah sensetif lagi-lagi kalau berkaitan dengan orang yang rapat dengan dirinya. tapi lembut tak bermaksud lemah, disebalik kelembutan itu Allah sertakan ketabahan dn kekuatan yang sangat hebat sehinggakan mawar-mawar berduri ini masih mampu tersenyum even hatinya sedang menanggung keperitan! ya Allah, terima kasih! semakin hari, semakin banyak pengalaman baru yang saya tempuhi. semakin banyak cabaran dn dugaan yang saya hadapi, sehingga kadang-kadang saya rasa penat sangat. saya hampir berputus asa, saya rasa nak nangis sepuas-puasnya! benar, saya juga manusia biasa yang tidak terlepas dari ujian Allah. tapi Allah SWT sentiasa beri saya kekuatan untuk tutup kesakitan dn kelemahan hati saya sehinggakan orang yang paling rapat dengan saya pn tak tau yang saya sedang dalam dilema, subhanAllah! hebat betul kekuatan yang Allah beri kepada sang wanita, terima kasih ya Allah! percayalah, kadangkala senyuman yang terukir di bibir seorang wanita itu tidak langsung melambangkan hatinya.
sekian, wasallm.

# "hati wanita memang halus, hanya lelaki sejati mampu menjadi penawar.." - UAI