18 July 2013

MY DEAR PRINCESSes

subhanAllah.
Assalamualaikum!

kepada srikandi di luar sana, kecantikan yang anda miliki mungkin lebih cantik berbanding matahari. keindahan akhlak anda mungkin lebih harum berbanding minyak wangi, dan sikap tawaduk anda mungkin lebih baik dari bulan purnama. cinta anda pula mungkin lebih segar dari rintik-rintik hujan yang gerimis, so jagalah kecantikan itu dengan keimanan, keredaan dengan kepuasan dan kehormatan, maruah, dengan hijab yang menutup aurat. sesungguhnya perhiasan itu bukanlah emas, perak atau permata. perhiasan adalah dua rakaat ketika sahur, menahan rasa haus dengan menegah diri dari larangan-larangan dan disertai pula niat puasa kerana Allah, dan bersedekah tanpa diketahui orang melainkan Allah SWT.

air mata keinsafan yang boleh membersihkan segala kesalahan, dan lakukan sujud yang panjang di atas sejadah serta hadirkan rasa malu kepada Allah SWT apabila digoda oleh naluri keburukan dan pelawaan-pelawaan syaitan. dear muslimah, pakailah pakaian takwa. pasti anda akan menjadi wanita yang paling cantik biarpun pakaian zahir anda compang-camping. jadikan rasa malu sebagai selendang, ia akan menjadikan anda wanita yang paling anggun di alam semesta. jadilah wanita yang berkedudukan mulia dan jauh dr perkara yang sia-sia serta selalu berwaspada terhadap sesuatu yang boleh merosakkan rasa malu. dengan itu anda akan sedar bahawa kekayaan tidak terdapat dalam timbunan harta benda, juga pada perhiasan dan pakaian baru untuk memenuhi tuntutan penampilan melainkan ketaatan kepada Allah Yang Esa.
sekian, wasallam.

# dunia adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah!