30 September 2012

AJAIBNYA SEDEKAH

so wats ur answer??
Assalamualaikum!

tadi dalam kereta, saya dengar ceramah dalam radio. haa, dengar ceramah dalam radio? tk, mksudnya saya dengar ceramah kt radio dalam kereta! Pasal sedekah, so i nak share what i heard just now. sedekah ni perbuatan yang mulia disisi Islam, apatah lagi kalau kita lakukannya dengan rasa ikhlas. masyaAllah, besar ganjarannya! kadang-kadang saya terfikir, saya ni belum kerja. masih dalam tanggungan ibu bapa, so saya tak ada pendapatan atau duit sendiri. jadi macam mana saya nak bersedekah? kalau saya mintak duit kat ayah, lepas tu saya bersedekah nanti ayah saya sahaja yang dapat pahala! abis saya macam mana? haa, pesoalan ni sering bermain dalam otak saya masa kecik dulu. sekarang dah besar sikit, boleh lah saya jawab persoalan tu.

"tangan yang memberi lebih mulia daripada tangan yang menerima", get it? maksudnya kan, ehem! kalau tangan kita yang memberi sedekah itu walaupun itu duit mak atau bapak kita, kita akan dapat pahala jugak! pasti lebih besar pahalanya kerana tangan kita yang memberi, so! janganlah kita berasa takut harta akan habis hanya kerana bersedekah, sesungguhnya harta yang disedekahkan tidak akan berkurang kecuali ia bertambah bertambah dan terus bertambah! amalan bersedekah juga mempunyai banyak kelebihan, antaranya rezeki kita dilapangkan serta jiwa dan hati kita akan ditenangkan. umur mereka yang bersedekah juga akan dipanjangkan kerana mereka yang menerima sedekah kita akan mengucap 'alhamdulillah' sebagai tanda penghargaan kepada Allah swt dan kita yang memberi sedekah, masyaAllah! bukan itu saja, sedekah juga merupakan amalan yang berterusan memberi kita pahala apabila kita mati nanti! subhanAllah, tak rugi pun kalau kita berkongsi harta ke jalan Allah! 


# ehem, senyum pun sedekah tau! :)

24 September 2012

YA RASULULLAH!

Allah ya Allah.
Assalamualaikum!

saya baru lepas khatam buku HIJRAH- Permulaan Sebuah Kegemilangan hasil nukilan Abdul Latip Talib. Ya Allah, sebak hati ni bila baca buku tu. selama ni saya hanya mengetahui mengenai baginda melalui bahan-bahan bacaan ilmiah, dendangan lagu-lagu nasyid dan ceramah-ceramah di tv. terdetik rasa di hati untuk berjumpa dengan baginda, setiap kali itu juga saya mengucapkan selawat pada baginda dengan harapan saya akan menjadi salah seorang umat yang paling dekat dengan baginda pada hari kiamat nanti!

siapalah saya untuk menulis secara terperinci tentang kisah hidup baginda, saya just nak share rasa rindu yang tak pernah saya alami sebelum ni. terlalu banyak dosa pada diri ini sehingga saya merasakan yang saya tidak layak untuk menjadi umat baginda, huhu. tapi yang pasti, semua orang boleh berubah untuk menjadi yang lebih baik. and of course i want to be one, insyaAllah. kerana sesungguhnya saya ingin sekali menjadi saudara (ikhwan) Rasulullah saw. as what prophet Muhammad saw said: "saudaraku ialah mereka yang belum pernah melihatku, tetapi mereka beriman denganku sebagai Rasulullah dan mereka sangat mencintaiku. Malahan kecintaan mereka kepadaku melebihi cinta mereka kepada anak-anak dan orang tua mereka. Aku sungguh rindu hendak bertemu dengan mereka.." huhu, sayunya hati ni!! 

06 September 2012

DOA AKHIR ZAMAN

ameen ya Allah!
Assalamualaikum.

semalam saya ada terbaca smthing tentang ummat akhir zaman kt satu buku ni and i feel like crying!! seriusly, we are running out of time! huhu, i feel so scared. after i read dat article, i straight away bukak lappy and goggle-ing wat cn i do to avoid myself yang jahil ni dari FITNAH akhir zaman! nauzubillah, lepas tu jumpa doa kat atas! Semoga kita sama2 dapat beramal dengannyaaa

26 August 2012

SALAM AIDILFITRI

NOTE TO SELF.
Assalamualaikum!

ok fine, saya terpaksa terima hakikat yang hari ni dh masuk bulan Syawal. Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua muslimin dn muslimat yang menetap di bumi Allah. expecially fr those yang mengenali diri ini— zero zero tau, hehe. alhamdulillah, dapat jugak saya meraikan Aidilfitri pada tahun ni! time raya ni yang syoknya sebab banyak cerita best kt tv, so kalau nk pergi beraya rmh saudara mara memang saya akan fikir 100x. kena fikir betul-betul, nk duit raya ke atau nk tengok cerita best! ok, mostly saya akan pilih duit raya. so terpkasalah saya merajinkn diri untuk pergi beraya, huhu.

then kalau pasal kuih raya, memang saya akan tibai abis-abis. err, kt rumah saya pn saya sndiri yang abiskn kuih-kuih raya tu. tk smpat nk jamu dekat tetamu pn, hehe. maaf ye ibu dn ayah, i will try to control myself this year. tp tk jamin tau, huhu. i think saat paling best time raya ialah pada malam raya, memang syok abis time ni! riuh rendah, seronok sangat tau tk! semua bekerjasama utk menyiapkn persiapan nk raya, lagi-lagi time bakar lemang dn anyam ketupat! saya kn mmg suka menyebok, so tk hairanlah kalau semua lemang dn ketupat tu ada yang tak menjadi! ketupat saya mesti tk cukup sifat, grr! panas je hati ni sbb usaha saya selalu tk menjadi, tp biar jelah. orang nk makan isi dia, bukan bentuk ketupat tu! so, tkda masalah pn. cehh, ayat nk sedapkan hati ni. Ok bai, nak sambung habiskan kuih raya sebelum tetamu sampaii

# may Eid-ul-Fitr bring happiness in your life! Aamiin

20 August 2012

NAK RAYA DAH

biar gambar berbicara~
Assalamualaikum!

"kalau anak cucu balik baru masak sodap-sodap.." hehe, ni apa yang nenek saya cakap. terharu sangat, dh lama tk makan masakan nenek lagi-lagi sambal udang yang memang- perrgggghhhhhh!! terbaek der, sedap tk terkata! nk dijadikan cerita, semalam saya berbuka puasa kt rmh nenek. semua kaum kerabat saya ada, dh rasa mcm raya time tu! riuh rendah, best sangat! kebetulan cousin saya yang study kt Mesir tu pn balik, so memang lengkap lah 'family- tree' saya semalam. 

Seriusly, saya rasa dh mcm open house Hari Raya time tu! makanan banyak sangat, sedap pulak tu! memandangkan cousin saya ramai yang masih di bawah umur, so tk hairan lah kalau saya bagitau yang dorang main bunga api dn mercun lepas isyak. tp mercun yang biasa tau, bukan mercun yang ganas tu! dn.. err.. hurm.. ok, saya pn join sekali dorang main benda alah tu. tp saya main tkda lah over sangat, biasa-biasa je. lepas tu saya sambung makan bubur cacar, mak aihh sodaaap! semua ni home-made ok, tkda yang beli kt bazar atau kt kedai sebelah rumah awak tu. 

Haa, teringat pulak time bukak puasa kt KUiM! ada harinya saya bukak puasa kt masjid, then satu hr tu ada kakak senior ni tegur. "hai dik, baru nmpk muka", then saya jawab "duit dh habis". maksudnya, time duit dh habis baru nk datang masjid sebab kt masjid dapat makan free. hehe, kuang ajo! tp saya tkdalah jahat sampai berniat nk pergi masjid untuk dapat makan free je, tu hanya gurauan semata-mata antara senior dn junior. makan kt masjid pn sedap apa, lauk bukan calang-calang! kejap ayam, kejap ikan, kejap daging. perghh, sodap sodap! anyway, syukur alhamdulillah. im so lucky to be the choosen one to experience this awesome unforgettable moments, thank you Creator for choosing me. ok, thts all. nw is the time fr me to pack all my stuff, KUiM is waiting fr me! see you soon, happy fasting! just a few days left, then rayaaaaa!! Ok bai