30 July 2013

MIMPI SANG PUTERI

Allahumma Ameen.
Assalamualaikum!

one year ago, bertempat di bumi bersejarah. seorang puteri Islam yang baru 2minggu berhijrah ke tempat baru telah bermimpi akan seorang lelaki, pelik. serius pelik, kenapa? sebab sang puteri tk pernah kenal siapakah lelaki yang dia mimpikn itu, sebaik terjaga dari tidur dia terus lupa akan rupa paras lelaki tersebut. tidak ada apa yang istimewa baginya, kerana bagi dia mimpi hanya sekadar mainan tidur. sang puteri langsung bersiap untuk ke taman, sesampai sahaja di sana sang puteri terpandang kepada seorang jejaka yang juga sedang memandang sang puteri. entah kenapa, masa dirasakan seakan berhenti. hati sang puteri berdegup kencang dn sang puteri berbisik sendiri- ya Allah, dialah lelaki yang aku mimpikan malam tadi! sang puteri cepat-cepat mengalihkn pandangannya, namun jauh disudut hati dia ingin sekali memandang putera Islam tersebut. ahh, terkantoi. putera itu juga curi-curi pandang sang puteri, keadaan ini menyebabkn sang puteri bermonolog sekali lagi- ya Allah! adakah dia juga bermimpikn aku malam tadi??

selang beberapa jam, sang puteri bersiar-siar bersama dayang-dayang istana. hatinya sekali lagi berdegup kencang apabila terserempak dengan sang putera, sang puteri cuba untuk berselindung di sebalik dayang-dayang. tetapi putera tersebut berusaha untuk memandang sang puteri, sekali lagi mereka bertentang mata. belum sempat sang puteri mengalihkan pandangannya, sang putera sempat mengukirkan senyuman kepada sang puteri. sang puteri kurang pasti samada senyuman itu dibalas dengan senyuman atau jelingan, tapi apa yang pasti putera Islam itulah yang dimimpikan oleh sang puteri malam tadi. kengkawan, itu apa yang berlaku satu tahun yang lepas. minggu lepas pulak, Allah SWT telah mempertemukan sekali lagi putera Islam tersebut dengan sang puteri bersama ayahanda dn bonda sang puteri. pertemuan yang tidak dirancang, itulah ketentuan Allah. masjid di sebuah kawasan perkampungan menjadi saksi, tanpa disangka juga sang putera menjadi imam solat Asar kepada ayahanda sang puteri. masyaAllah, sweetnya kisah ni. TETAPI, adakah kehadiran sang putera hanya sekadar ujian hati untuk sang puteri Islam? atau ia merupakan petanda bahawa mereka memang ditakdirkn bersama? sesungguhnya hanya Allah yang Maha Mengetahui, btw selamat beramal di fasa terakhir bulan Ramadan!
sekian, wasallm.

# kisah dongeng, just for fun~

24 July 2013

MAGHFIRAH DI BULAN RAMADAN

Assalamualaikum!

jika dosa mempunyai bau, pasti ramai yang tidak mahu mendekati saya. termasuk ibu dn ayah saya sendiri, ya Allah! terima kasih kerana menutup keaiban hamba- Mu yang hina ini, sungguh! terlalu banyak dosa yang telah saya lakukan, meskipun telah berkali-kali saya menyesalinya. tapi saya masih lagi jatuh ke dalam lubang dosa, bahkan berkali-kali! sehingga saya takut untuk berbicara soal dosa yang telah saya lakukan serta Rahmat dn Keampunan dari Allah SWT, Allahu Rabbi. tapi ketahuilah, sesungguhnya Allah itu Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang! sebanyak mana dosa yang pernah dilakukan, percayalah bahawa cinta Allah SWT selalu hadir dalam diri ini. Allah tidak pernah jauh apatah lagi meninggalkn diri ini meskipun diri ini telah banyak bergelumang dengan dosa, malah Allah sentiasa memberi peluang untuk bernafas dalam jiwa hamba untuk memohon Keampunan dari- Nya! dn semestinya ganjaran ini pasti lebih hebat dn berlipat-ganda pada bulan yang penuh keberkatan ini apatah lagi sekarang kita berada dalam Fasa Kedua bulan Ramadan iaitu Fasa Pengampunan (Maghfirah). Allah SWT sentiasa membuka pintu taubatnya, sepertimana maksud hadis Qudsi yang sememangnya memberi semangat kepada saya untuk terus bertaubat kepada Allah. sebak rasa hati, terima kasih ya Allah! :'(

dari Anas bin Malik, Rasulullah SAW bersabda bahawa Allah SWT berfirman:
"wahai anak Adam! selama mana engkau terus berdoa, Aku akan ampunkn dosa-dosa darinya. sekiranya dosamu terlalu rapat sehingga mencecah langit, Aku akan tetap mengampunkn. dn Aku tidak peduli, wahai Adam! seandainya sepenuh ruang di antara langit dn bumi itu adalah dosa-dosa kamu, dn engkau datang kepada Aku untuk memohon keampunan- Ku dn engkau tidak mensyirikkan- Ku, maka Aku akan datang kepadamu bersama keampunan- Ku juga seluas langit dn bumi.."
sekian, wasallm.

gunakanlah peluang ini sebaiknya, rebutlah keampunan Allah SWT selagi masih berkesempatan.

20 July 2013

MENGHAMPIRI KEMATIAN

ameen ya Rabb! :')
Assalamualaikum!

alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah! ok, nampaknya hari ni hari jadi saya. taakkk, saya bukan nk hadiah atau wishes. cukuplah sekadar mendoakan kesejahteraan hidup saya kerana sesungguhnya doa itu senjata bagi orang-orang Mukmin, masyaAllah. bertuahnya saya apabila ramai saudara-saudara seagama saya yang mendoakan kebahagiaan hidup saya samada di dunia mahupun akhirat, syukraan! ketahuilah saudaraku, apa yang kalian doakan untuk diriku belum tentu dimakmulkn. tetapi doa-doa kalian itu pastinya akan dimakbulkn Allah ke atas diri kalian kerana sesungguhnya Malaikat sentiasa mengaminkan apa yang kalian doakn itu ke atas diri kalian, dn sesungguhnya doa para Malaikat pasti akan diperkenankan oleh Yang Maha Esa. subhanAllah, beruntunglah kamu wahai saudara-saudara seagamaku!

ok, dikesempatan ini juga saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada mereka yang berkesempatan meluangkn masa untuk "meng-wish" birthday saya. ada yang post di FB, ada yang text, ada yang bagi present/kejutan, dn tak kurang ada juga yang sanggup call saya. terima kasih, hanya Allah yang mampu membalas jasa baik kalian kerana telah membuat saya rasa dihargai sepanjang hari ini. i have nothing much to say, saya cuma ingin memberi peringatan khasnya buat diri saya bahawa saya kini semakin menghampiri kematian. ulangtahun hari lahir ini menandakan bahawa umur saya semakin pendek, ya Allah! terima kasih di atas kesedaran ini, akan saya lalui hari ini dengan penuh kesederhanaan dn keinsafan. in sha Allah, lagi-lagi sekarang bulan puasa kn! cakap pasal bulan puasa, ramai jugak yang offer nk belanja saya bukak puasa. hehe, rezeki jangan ditolak kn! terima kasih wahai sahabat-sahabat seperjuanganku, percayalah! hari ini akan menjadi antara saat terindah dalam hidup saya, terima kasih ya Allah!
sekian, wasallm.

# ya Allah, semoga pertambahan umur ini menambahkn lagi kecintaaku kepada- Mu! :')

06 July 2013

NAMA JUGA SATU DOA


Assalamualaikum!

i dont know why some people suka gelarkan orang disekeliling mereka dengan gelaran yang agak kurang sopan, padahal nama kawan dia tu sedap tau! contoh ek, nama seseorang ni Muhammad Tahajjud Ashraf. tapi disebabkn sifat fizikal dia yang agak berisi, kengkawan dia panggil dia "doremon". ohh maaannnn, spoil tau tak! masyaAllah, nama dah sedap dah mak dn ayah dia bagi. tapi sadisnya dia tak dipanggil dengan nama tu. heyy, come on! saya sangaaat tak setuju dengan mentality sesetengah individu yang macam ni, sedarkah anda? secara tidak langsung kamu telah menghina pemberian Allah SWT kepada dia?? how could you do that to your brothers and sisters, do you think you are perfect enough?? ya, maybe some people 'meng-istilahkn' perbuatan itu sebagai gurauan. alasan yang dah basi, tapi ingatlah!

kamu sedang menghina pemberian Allah SWT, dan yang paling dasyat kamu sedang menyakiti hati saudara kamu itu! memanglah dia tak tunjuk, nampak dia ok je kamu panggil dia 'pendek' lah, 'sengal' lah, 'hitam' lah. tapi jauh di sudut hati, dia sedih dengan kelakuan kamu. please, jangan jadikan saudara kamu seperti boneka yang boleh kamu hina sesuka hati walaupun dengan tujuan untuk bergurau. dan ingatlah, panggilan kamu itu adalah DOA. dan setiap doa kamu kepada saudaramu akan dibalas oleh Malaikat iaitu dengan berdoa untuk kamu. so, kalau kamu doakan saudaramu dengan panggilan yang hina… tidak mustahil kamu akan jadi hina jugak kerana sesungguhnya doa Malaikat itu pasti dimakbulkn, dn kalau bukan dimakbulkn ke atas kamu mungkin jugak anak keturunan kamu- nauzubillahiminzalik. jadi untuk itu, peringatan untuk saya dn semua pembaca! jangan panggil orang dengan panggilan yang buruk, tapi gelarlah mereka dengan panggilan yang baik-baik. semoga kita akan jadi baik kerana Malaikat mendoakan kita juga dengan panggilan yang baik-baik, in sha Allah

# jaga lisanmu kerana ramai yang celaka kerananya- NAUZUBILLAHIMINZALIK.

25 June 2013

RAMADAN IS COMING!

masyaAllah~
Assalamualaikum!

today will be my last post in the month of June, nampaknya sudah setengah tahun kita berada dalam tahun 2013. 6 bulan telah berlalu, and now still ada 6 more months to go. then kita akan berganjak ke tahun 2014, cepatnya masa berlalu. rasanya ni bukan kali pertama saya repeat ayat yang sama- "cepatnya masa berlalu..". ya, true! sama jugak macam bulan Ramadan ni. rasanya baru semalam saya mengupdate post tentang Ramadan yang pertama kali saya lalui kat KUIM- WELCOME RAMADAN!  so, for this second time tak banyak yang saya nak tulis sebab normally pengalam pertama adalah yang paling indah dn sukar dilupakan. so bila dah masuk tahun kedua ni, tak banyak kot yang saya nak update.

rasanya everything will be the same, mengalami keadaan berpuasa bersama kengkawan di bumi KUIM dn berjauhan dengan mummy dn daddy! (tkyh nk mummy daddy sangat, padahal kat rumah panggil ibu dn ayah je kot..) bajet, anyway! kalau ada something new yang berlaku in this coming Ramadan, ill update it! stay tuned ok, thaankss. harapan saya fr this coming special month is, sama seperti saudara-saudara seagamaku yang lain! im very sure, we are all mengharap to gain as much pahala as we can kn? in sha Allah, hopefully Ramadan kali ini lebih bermakna dan lebih baik berbanding Ramadan yang sebelumnya. Allahumma Ameen, :')
sekian, wasallm.

# ya Allah, izinkn aku bertemu lagi dengan bulan Ramadan pada tahun ini.