26 November 2013

DONT JUDGE OTHERS

Allah is The Ultimate Judge.
Assalamualaikum!

Sejujurnya, saya sangat bimbang dgn masalah sosial anak2 Melayu zaman sekarang yang semakin menjadi-jadi. ini bukan soal nak jaga tepi kain orang, tapi ini soal agama saya: ISLAM. dn apa yang lebih menyerabutkn kepala otak saya adalah sikap segelintir masyarakat yang hanya tau mengkritik what they have done, spoil lah. sorry to say, tapi saya sangat2 tak setuju dengan mentality sesetengah masyarakat yang macam ni. macam mana agaknya masalah ummah ni nk settle kalau cenggini sikap penganutnya (tak semua), astaghfirullahaladzim. We are also human and we also make mistakes, cukup2 lah mencari salah orang. ketandusan integriti putera puteri Islam pada zaman sekarang sangat2 memerlukan ubat bagi menjamin masa depan Islam di bumi M'asia, kerana mereka yang bakal memimpin Negara ini kelak. as a Muslim, kita perlu berusaha untuk mencari penyelesaian bagi membendung gejala cmni. dn semestinya bukan dengan cara duduk goyang kaki sambil mulut mencaci tak berhenti, ingat! Islam bukan agama yang ghairah menghukum dn menghakimi, tolong lah jangan ubah persepsi ini dengan sikap negatif kita tu!! if you really love Islam, let embrace The Beauty of Islam~

saya cuma nk memperbetulkan mentality sesetengah masyarakat, masyarakat Melayu khususnya. bila dh tau sesuatu benda tu salah, kita lagi nk maki hamun. ughh, saya masih tak faham kenapa perlu buat cmtu?!! alahai, kenapa tak berusaha untuk mencari penawarnya?? kn itu lebih baik, plus itu dh menjadi t/jawab kita sebagai seorang Muslim. maybe kita merasakan hanya pihak2 tertentu yang perlu bertungkus lumus bagi mencari penyelesaian, cth macam ibu bapa kepada anak2 tu or maybe pihak JAKIM ke kn? and you knw what, i dont agree with you! kalau ini yang bersarang dalam kepala kamu means kamu belum cukup faham, why we were created! Allah didnt create us fr His own benefit, but fr ours! haa, teringat saya pada surah al- 'Asr: "Demi Masa! sesungguhnya manusia itu dlm keadaan kerugian, kecuali orang yang beriman dn beramal soleh serta yang berpesan2 dengan kebenaran dn berpesan2 dengan kesabaran..". well, setiap masalah ada penyelesaiannya and of course Quran is the best solution of every problem. bukan sekadar baca, tetapi hayati dn fahami maksudnya. [NOTE TO SELF]. so my dear Muslim brothers and sisters, dont judge others. Allah said He is The Judge, are you really going to compete with Him with that position? nauzubillah, tepuk dada tanya iman. 
sekian, wasallm.

# ingat ye, mengkritik kesalahan orang bukan ajaran Rasulullah SAW.

20 November 2013

SYAHID DI BUMI TURKI

salah satu koleksi photo Ammar
di laman FBnya~
Assalamualaikum!

rasanya dh ramai yang tau tentang kisah pemuda Islam yang telah syahid di bumi Turki ini, Allahu Rabbi. khalifah Allah yang bertuah itu adalah asy- Syahid Ahmad Ammar, yang ketika itu baru berusia 20tahun. to be honest, saya tak pernah mengenali beliau sama seperti kebanyakkan orang di luar sana. saya hanya mengenali beliau setelah beliau pergi menghadap Sang Pencipta, al- Fatihah. pemergian beliau pada 2 November yang lepas betul2 memberi tamparan hebat kepada diri saya, seriously! he is such an inspiration to me, saya akan terus membawa semangatnya untuk terus memperbaiki diri dalam mencari Redha Ilahi. Ahmad Ammar seorang belia Islam yang sangat unik pada pandangan saya, meskipun ramai yang tidak mengenali beliau semasa hayatnya namun pemergiannya betul2 membangkitkn banyak jiwa yang telah mati. itulah kematian yang menghidupkn, Allahu Rabbi. kehilangannya disifatkn sebagai perginya sebutir permata belia Islam, ya Allah. aku cemburu, sungguh!

bukan senang nk jumpa orang yang baik dn pandai pada zaman sekarang, tapi asy- Syahid Ahmad Ammar adalah salah seorang daripadanya! beliau amat mengagumkn, pemikiran beliau di usia muda banyak menjerumus ke arah permasalahan ummat. bagi beliau, sejarah Islam adalah kunci kejayaan ummah. pemergiannya bukan saja terkesan dalam hati rakyat Malaysia, bahkan rakyat Istanbul sendiri. sehinggakan jasad beliau diberi pengiktirafan oleh pemimpin Turki untuk disemadikan bersama sahabat2 Nabi SAW di Eyub Sultan di Turki, dimana di situ juga letaknya makam Saidina Abu Ayub al- Ansari yang merupakan sahabat rapat Rasulullah SAW! subhanAllah, beliau juga merupakan anak Malaysia yang pertama dikebumikan di sana! berutunglah kamu wahai asy- Syahid Ahmad Ammar, huhu. even beliau dh tkda kt bumi Allah ini, but his spirit will alwys be with me. saya ingin sekali menjadi seperti beliau, anak muda yang bisa menggegar dunia dengan keperibadian yang unggul, serta ketekunan dalam menggerakkan ummah! moga Allah permudahkn, yukk geng! sama2 menggerakkn ummah bersama semangat yang ditinggalkn saudara seagama kita ni, (Y)
sekian, wasallam.

# dirimu bukan untuk diidolakan, tetapi untuk dicontohi~

14 November 2013

PAST IS PAST

alhamdulillah.
Assalamualaikum!

bila kita kenal dengan someone, mesti kita berharap supaya ukhwah yang dibina itu akan berkekalan untuk selamanya. tapi langit tak selalu cerah, macam jugak persahabatan yang dibina tu. setiap perhubungan pasti akan diuji expecially dalam bab kejujuran, perghhh! ramai yang fail bab ni, and contoh lain maybe kawan yang dipercayai tu 'tikam belakang' kita or whatever lah kn. so bila jadi camni, memang sedih sangat. rasa macam nk report kt Barrack Obama sebab tak bole terima hakikat bahawa kawan yang kita percaya selama ni jahat, banyak persoalan yang timbul dalam kepala ni. huhu, tapi sebagai seorang hamba Allah siapalah kita untuk mempersoalkan takdir yang telah tertulis. Allah Maha Besar, setiap yang berlaku pasti ada hikmah. bersangka baiklah pada Allah,  mana mungkin Allah akan membiarkan hamba yang menadah tangan dn bergantung harap pada- Nya untuk terus bersedih tanpa menyediakan sesuatu yang lebih baik!

jika betul kita berpegang pada kalimah "Laillaha Illallah MuhammadarRasulullah", sudah tentu kita akan tenang menghadapi musibah tersebut even 1st 2 weeks tu kita rasa down sangat. biasalah, kita hanya manusia biasa dn bukannya gajet yang ada button "delete" or "format" tu kn. tapi apa yang pasti, the worst thing yang perlu dihadapi setelah meredhai apa yang tersurat ini adalah untuk melupakan semua kenangan yang telah tercipta! ya Allah, rasa macam susah sangat nk hadapi situasi ni. tapi apakan daya, we have to do it! HAVE TO ok, jangan biarkn kawan kita tu rasa hebat sebab dapat jatuhkn kita. hadapi dengan senyuman, dn yakinlah bahawa Allah sentiasa bersama kita. lepas tu banyakkn berzikir dn berselawat, mungkin juga ujian ini hadir sebab kita makin jauh dari Allah. then busy kn diri dengan aktiviti berfaedah, jangan duk terperap sorang2 layan emosi. memang tempah maut namanya tu, benda dh lepas buat apa dikenang! tak kn lah sebab dia sorang (dh laa jahat), kita nk musnahkn masa depan kita kn? dn ingatlah, ramai lagi yang sayang dn support kita kat luar sana. dn yang paling penting, ingatlah bahawa Cinta Allah sentiasa bersama kita dn sebab tu Allah beri ujian ini! ujian kn tanda kasih Allah pd hamba- Nya, maka beruntunglah kamu!
sekian, wasallm.

# let your past make you BETTER not bitter! (Y)

08 November 2013

PERGINYA SEBUTIR PERMATA BELIA ISLAM

Assalamualaikum!

for those yang masih belum mengenali siapakah asy- Syahid Ahmad Ammar, please spend ur precious time to watch this video. arwah merupakan anak kelahiran Malaysia yang telah dikebumikan bersama para syuhadah di bumi Turki, Allahu Rabbi. he is such an inspiration to me, al- Fatihah.
sekian, wasallm.

# semoga kita berjiran di Syurga nanti wahai Ammar, ameen ya Allah!

02 November 2013

UNTUNG ADA PAKWE? LOL

totally right, (Y)
Assalamualaikum!


Saya agak terkesima bila terdengar seorang budak perempuan Melayu pakai baju sekolah rendah cakap kt kawan dia: "untung lah ada pakwe..". err, saya cuba mencari 'keuntungan' yang dia maksudkn. tapi tk jumpa, dn saya rasa mungkin dia saja nk troll saya. mentang2 saya tengah sorang masa tu, huhu. well, tkda apa yang pelik kalau bercouple masa sekolah. Dh jadi macam keperluan pulak, kiranya dh sampai tahap boleh m*ti kalau tkda buaya-friend or gila-friend zaman ni. eh hello, even tkda husband pn i still can breath what? so why bother so much?? sebabnya agenda2 Barat telah berjaya meracuni pemikiran anak2 muda Islam zaman sekarang! teringat saya kepada remaja2 Islam suatu masa dulu seperti Sultan Muhammad al- Fateh yang berjaya menakluk Kota Konstantinopel seawal usia 21tahun, dn Usamah bin Zaid yang telah mengetuai bala tentera Islam hanya ketika berusia 18tahun. masyaAllah, how amazing! sejarah Islam telah membuktikan bahawa golongan remaja juga mampu menyumbang sesuatu kepada Agama Allah, tapi sayang. kisah itu hanya dibiarkan begitu saja, hakikatnya anak2 muda sekarang.. *worried face*

actually, having a couple terlalu awal sangat me-lagho kn. i repeat, LAGHO ok! memang manusia mempunyai fitrah untuk dicintai dn mencintai, tapi zaman sekolah is not the right time untuk menyempurnakan fitrah itu. trust me, it wont gain anything beneficial pn. i talk based on my experience, couple di usia muda ni banyak membawa kelalaian. kalau tersalah langkah, abislah!! Tkda maknanya statement "couple bole jadi sumber inspirasi.." or whatever lah kn, apa kejadahnya?? Sumber inspirasi ke Jahannam adalah, ni belum masuk bab frust tahap gaban dn bergaduh lagi! entahlah, saya pulak yang risau. mungkin sebab saya terlalu memberi perhatian kepada isu2 yang melanda Negara luar sehingga terlupa kepada masalah yang melanda putera-puteri Islam di Negara ini, huhu. ya Allah, berdosa rasanya! So my dear adik2, saya tk nampak sedikit pn keuntungan bila ada pakwe ni. kalau ada suami: YE, saya setuju! haha, anyway try to avoid a serius relationship masa zaman baru nk-up ni. banyak lagi benda penting yang perlu diberi perhatian, sesungguhnya kamu adalah pewaris pemimpin Islam. So please, dont waste your youth growing up and make sure to love yourself sometimes! ini bukan marah tau, tapi nasihat. ini nasihat tau, bukan marah~
sekian, wasallm.

# mcm tk best je utk dengar generasi muda Islam kt M'asia sinonim dgn isu kapel, T.T