24 December 2014

PERMULAAN CITA-CITAKU


Pernah juga nak jadi angkasawati pertama Negara
Bismillahirahmanirahim...

Sementara nak tunggu grad pada September tahun depan, meh la i throwback sikit moments sebelum mengambil keputusan untuk menyambung Pengajian di peringkat diploma Law and Shariah.

Masa tu form 2 di kelas Pendidikan Islam, ustazah Rasyidah tetiba tanya saya "boleh tak kamu baca sajak untuk majlis Maulidur Rasul minggu depan?". Untuk pengetahuan, saya ni pemalu orangnya. Bukan sejenis pelajar yang menonjol kalau dalam kelas, melainkan dengan kawan2 la saya selalu terlebih menonjol. Saya jawab persoalan ustazah Rasyidah dengan senyuman kerang busuk (nak terima sebab i want to challenge myself tapi pada masa sama maluuuu, tak pernah bercakap depan orang ramai), melihatkan senyuman kerang saya tu ustazah Rasyidah meyakinkan saya "suara awak kuat, sesuai baca sajak. Cubalah". Akhirnya saya mengangguk, tanpa saya tahu itulah permulaan saya mula dikenali di sekolah sebagai pendeklamasi sajak- peserta syarahan dan sajak peringkat sekolah dan daerah- pengerusi majlis- ketua promosi dll.

Hebat kan ustazah saya, betapa dia sangat arif tentang potensi pelajarnya. Tanpa dia, mungkin saya tidak akan berpeluang menjadi juara bagi pertandingan syarahan dan sajak. Sejak peristiwa itu, ramai guru lihat potensi saya sehingga waktu saya lepas habis pertandingan syarahan dan dapat tempat kedua.. guru sejarah saya Pn Nor Fadzilah mengucap tahniah dan menepuk bahu saya sambil berkata "nanti dah besar jadi lawyer tau..". Kata2 dia menaikkan semangat saya yang sebelum ini memang bercita2 untuk menjadi peguam, peguam syarie to-be precise sebab antara lain saya suka unit shariah dalam subjek Pendidikan Islam tingkatan 4-5. 

Saya pelajar aliran sains tulen, semasa tingkatan 4 dengan beraninya saya drop subjek Add Maths yang merupakan "nadi" bagi pelajar aliran sains. Saya begitu jelas dengan matlamat untuk mengambil jurusan Law and Shariah, jadi saya ambil subjek Tasawwur Islam dan drop subjek AddMaths walaupun saya tau akibatnya akan merumitkan kemasukan saya ke IPTA kelak. Maka lepas SPM, memang saya tak layak apply UPU kerana tak cukup syarat (sapa suruh kau drop addmath) tapi saya dah ready dengan itu dan kerana itu saya memohon IPTS: Kolej University Islam Melaka KUIM sebagai persinggahan untuk saya menjadi pelajar undang2 dan shariah... begitulah permulaannya.

16 December 2014

TERIMA KASIH KUIM!

One fine day insyaAllah~
Bismillahirahmanirahim...

Bila dah selesai latihan amali ni, rasa kejap betul masa berlalu. Perjalanan sebagai pelajar diploma Undang2 dan Shariah sudah hampir ke garisan penamat, bersediakah aku menghadapi tekanan dunia luar? Hakikatnya, masih jauh perjalananku untuk merealisasikan hasrat dan cita-cita sebagai seorang peguam syarie yang bertauliah dan cantik hohoho. 

Ni baru diploma, kena sambung ijazah sarjana muda dan kemudian latihan2 tertentu sebelum dapat diri ini mengukir senyuman atas segala kegigihan memenuhi impianku. Harapanku semoga Allah mudahkan langkah dan perjuangan ini, aamiin. Sekali lagi akan bergelar pelajar selepas ini, entah dimana aku juga tak pasti. Apapun jauh di sudut hati, berat sungguh hati ini nak tinggalkan bumi KUIM. Terlalu banyak yang aku belajar, lebih dari sekadar belajar mengenai perundangan dan shariah. Semoga setiap watak dan peristiwa yang berlaku dalam tempoh tersebut membawa kebaikan untuk dunia dan akhiratku, aamiin. 

Di KUIM lah aku bermula sebagai pelajar undang2 dan shariah, akan ku bawa semangat ini dalam setiap langkah mencapai cita-cita. Segala puji bagi Allah atas segala kesempatan dan kekuatan, terima kasih KUIM atas segala kenangan dan pengajaran. Huaaaaaa nangisss

12 December 2014

PRACTIKAL'S EXPERIENCE- Dip.

Bismillahirrahmanirrahim…

Alhamdulillah! Tamat sudah tempoh latihan amali ku selama lebih kurang sebulan lebih dekat Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Jalan Duta, Kuala Lumpur. Yang paling best praktikal kt sini sebab banyak kes2 artis tanah air, so secara tak langsung ada la pengalaman menghadapi pihak media. Ok, fr d first week diriku ditempatkn di Unit Mal dn Jenayah. Ni kira step paling awal la fr those yang nk bawa kes ke mahkamah, mereka akn daftarkn kes secara manual kt bahagian ni. And di sini lah jugak i mula baca kes2 yang didaftarkn and mostly kes yang berkait dengan divorce la, setiap hari banyak kes2 penceraian baru yang didaftarkn. For the next two week, aku ditempatkn di Dewan Mahkamah Tinggi dn Mahkamah Rendah Syariah and dekat sini aku diberi peluang mengikuti perbicaraan kes2 yang didaftarkn awal2 tadi. Di sini jugak la aku rasa macam berada dalam drama tv, such unbelieveable experience bila berpeluang melihat sendiri proceedings yang berlaku dalam kamar mahkamah.

And d most amazing part bila mahkamah ini turut dijadikn set penggambaran bagi drama2 tempatan, macam hari tu terserempak dengan Zul Ariffin! Curious jugak la masa tu sebab dia masih single so apa dia buat di sekitar kawasan mahkamah ni, ohhh rupanya ada pergambaran drama Istikharah Cinta hehe. Sebagai penutup, terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak dalam memudahkan urusan praktikal saya selama berbulan nii. Semoga Allah berkati

Okay sat, nk bagitau jugak la yang selama berpraktikal ni i akan kuar rumah very early in the morning sebab nk elak jem dan akan sampai rumah lepas Maghrib, ya Tuhan! Seriously sangat penat, idk hw working people out there boleh handle dis situasion. U guys memang hebat la sebab memiliki sifat sabar yang tinggi, congrats dn semoga dirahmati Allah selalu. Aamiin

06 December 2014

CRACKERCHEESE CAKE: The Making

sumber Mr. Google
Bismillahirrahmanirrahim…

Hi penduduk bumi!! since hari ni adalah weeknd so i grab dis opportunity to, to… well, buat kek! Ohmaiii, such unbelievable!! Dis is my first time yang bernafsu untuk BUAT kek, selalu tau makan je. Actually aku mengidam satu kek ni, nk dapat susah sebab tkda siapa yang volunteer rajin nk buat so terpaksalah aku gagahkn diri buat muka tembok cari resepi kt Google. den lepas screenshot apa2 yang berkaitan, aku terus 'clear history'. Takut pulak kawan2 aku mengusik, lols. So kek yang aku mengidam ni namanya CrackerCheese Cake. Alhamdulillah, quite simple jugak la untuk buat dn bahan2 nya pn mudah untuk didapati. look at d photo and trust me dats d only bahan yang diperlukn to make such an amazing CRACKERCHEESE CAKE!!

  1. Firstly korang gaulkn Tatura Cream Cheese (d yellow one) dengan susu pekat manis F&N tu, susu tu guna setengah pn dh cukup. depends on korang punya deria rasa la, kalau suka makanan manis tambah la lagi. but i dont prefer u guys untuk guna terlalu banyak susu F&N tu, bukan kah mencegah penyakit itu sunnah?
  2. ok next, dh settle acuan untuk step 1 tu korang bole letakkn ia ditepi sekejap. sekarang korang perlu merendam biskut Hup Seng Deluxe Crackers dalam susu Dutch Lady Full Cream tu, mybe u guys bole tuangkn susu Dutch Lady tu dalam mangkuk besar den celup la biskut2 tu dalam tu.
  3. jangan sampai hancur, agak2 dh lembut tu korang susun pulak rapat2 dalam loyang or watever bekas yang nk digunakan. den lepas dh susun biskut Hup Seng yang dh lembut tu rapat2, kemudian sapukan kombinasi cheese dn susu F&N tadi atas biskut2 tersebut. Boleh bayang dak?
  4. kemudian, repeat step 2 and 3 sehingga biskut2 tu telah habis digunakn. untuk elak pembaziran, gunalah sampai habis kn? maksudnya di sini, setiap lapisan biskut lembut itu akn diselangi dengan kombinasi step 1.
  5. dn kalau nak lebih menarik, toping paling atas tu korang bole lah taburkan serbuk milo or nestum. up to you, mana2 pn boleh. 
  6. kemudian, masukn dalam fridge. bukan freezer ok, nanti beku susah nk potong. so agak2 dh keras macam kek tu korang boleh la cuba makan. good luck!
memang sengaja tak disediakan gambar untuk setiap step, sekadar menguji samada tahap imaginasi kalian masih berfungsi dengan baik atau jeng jeng jeng

30 November 2014

REL. STATUS


Assalamualaikum!

Cinta itu satu fitrah yang datangnya dari Allah, ia satu amanah. so please be serius in your relationship, kalau belum rasa matang untuk serius dalam sesebuah hubungan so u dont have to prentnd sebaliknya. Jadi bila ditanya tentang status diri yang sudah berpunya tu, just make it clear and simple macam ni:

"YA, SUDAH BERPUNYA. JANGAN DITANYA LAGI, CUKUP HANYA DOA..."