30 September 2012

AJAIBNYA SEDEKAH

so wats ur answer??
Assalamualaikum!

tadi dalam kereta, saya dengar ceramah dalam radio. haa, dengar ceramah dalam radio? tk, mksudnya saya dengar ceramah kt radio dalam kereta! Pasal sedekah, so i nak share what i heard just now. sedekah ni perbuatan yang mulia disisi Islam, apatah lagi kalau kita lakukannya dengan rasa ikhlas. masyaAllah, besar ganjarannya! kadang-kadang saya terfikir, saya ni belum kerja. masih dalam tanggungan ibu bapa, so saya tak ada pendapatan atau duit sendiri. jadi macam mana saya nak bersedekah? kalau saya mintak duit kat ayah, lepas tu saya bersedekah nanti ayah saya sahaja yang dapat pahala! abis saya macam mana? haa, pesoalan ni sering bermain dalam otak saya masa kecik dulu. sekarang dah besar sikit, boleh lah saya jawab persoalan tu.

"tangan yang memberi lebih mulia daripada tangan yang menerima", get it? maksudnya kan, ehem! kalau tangan kita yang memberi sedekah itu walaupun itu duit mak atau bapak kita, kita akan dapat pahala jugak! pasti lebih besar pahalanya kerana tangan kita yang memberi, so! janganlah kita berasa takut harta akan habis hanya kerana bersedekah, sesungguhnya harta yang disedekahkan tidak akan berkurang kecuali ia bertambah bertambah dan terus bertambah! amalan bersedekah juga mempunyai banyak kelebihan, antaranya rezeki kita dilapangkan serta jiwa dan hati kita akan ditenangkan. umur mereka yang bersedekah juga akan dipanjangkan kerana mereka yang menerima sedekah kita akan mengucap 'alhamdulillah' sebagai tanda penghargaan kepada Allah swt dan kita yang memberi sedekah, masyaAllah! bukan itu saja, sedekah juga merupakan amalan yang berterusan memberi kita pahala apabila kita mati nanti! subhanAllah, tak rugi pun kalau kita berkongsi harta ke jalan Allah! 


# ehem, senyum pun sedekah tau! :)