31 December 2013

CINTA DALAM DIAM

how sweet~
Assalamualaikum!

some people said, love will be more meaningful if we had told the one we love about the feeling kn. but fr me, the most beautiful if we kept that feeling! maybe kita perlu merahsiakan nama orang yang kita suka, menjaganya dengan keikhlasan hati dn dalam kesucian khayalan. dengan cara ni, syaitan pn tk tau! so dapatlah kita mengekspresi rasa cinta dengan kesolehan dn dapat memperbaiki diri hari demi hari, sebabnya janji Allah telah siap sedia iaitu kesolehan akan bertemu kesolehan dn kejahatan akan bertemu kejahatan. so, nothing to worry about! seorang lelaki yang beriman tk mungkin akan mempermainkn perasaan wanita yang harus mereka lindungi dengan kata-kata manis terlebih gula, puiihhh! semakin kerap diluahkn rasa cinta tu, makin pudar kemanisannya. so, baik diam-diam je.

kalau kita belum ready nk melangkah lebih jauh dengan seseorang, haa! this is the best way, cintailah dia dalam diam dr kejauhan dengan kesederhanaan dn keikhlasan kerana diam ini adalah bukti cinta kamu kepada si dia dengan tidak mengajaknya menjalinkn hubungan terlarang. dalam diam, tersimpan kekuatan harapan. tk mustahil Allah SWT akan membuat harapan itu menjadi nyata, sesungguhnya Allah tk pernah memutuskn harapan hamba yang berharap kepada- Nya. tp jika memang sudah tersurat yang si dia bukan milik kamu, percayalah bahawa Allah telah menyediakn sesuatu yang lebih baik. biarlah cinta itu mempunyai memori tersendiri dn menjadi rahsia antara kamu dn Pemilik hatimu, dn biarkn ia tetap diam walaupn tidak mmpunyai kesempatan untuk diluahkn di dunia ini. tiada yang tahu rencana Allah SWT, mungkin saja rasa ini adalah ujian untuk kita. memang agak perit, tp besar hikmahnya. serahkn semuanya pd Yang Maha Mengetahui, in sha Allah. everything will be fine, ok bye!
sekian, wasallm.

19 December 2013

ADA APA DENGAN PINK?

alaa, omey2~
Assalamualaikum!

as we knw, perempuan sangat sinonim dengan warna pink. even tk semua wanita suka warna ni, but i can say almost 80% wanita sangat obsess with this adorable colour! yaaa, btw im the one. rasanya saya bole jadi juara kot kalau ada pertandingan yang mempertaruhkn koleksi barangan warna pink terbanyak, hehe. secara peribadi, for me lah kn. warna pink tu sangat sweet, cute, and in the same time ia adalah satu warna yang melambangkan ketegasan. expecially dark pink, ohh man! it is my favourite colour tau, DARK PINK is awesome! saya lebih suka dark pink berbanding pink yang soft, sebab soft pink tu buat saya mengantuk. bagi saya pink juga merupakan warna kasih sayang, sebab bila pandang warna pink ni hati saya secara automatic bertukar menjadi selembut sutera. hati yang nk marah pn tk jadi nk marah disebabkn kelembutan yang ada pada warna pink ni, alahaaai.

btw ada juga yang berpendapat, sesiapa yang suka warna pink dia tak matang. *sentaaaap sekejap* ehem, ok! listen here, tak semestinyaaa ok! ia bergantung pada individu lah, dont put a blame on pink colour! kalau dh memang dia tk matang, suka lah warna apa pn tetap tak matang kn. sama jugak macam sesetengah individu yang suka warna merah, tk semuanya garang. ada je saya jumpa individu yang obses dengan warna merah tapi dalam hati ada tamaaan. ye, sometimes warna juga menggambarkan peribadi seseorang.. tk kn lah semua yang suka warna pink mempunyai perwatakan yang sama kn, sudah tentu berbeza atas dasar faktor lain juga. so, dont judge a book by its cover! mentang-mentang koleksi peribadi dia banyak warna pink, kamu simply cop dia tak matang. ish, tk baik tau. #donebackupdirisendiri

13 December 2013

SEBARKAN SALAAM

HR Ahmad.
Assalamualaikum!

baru2 ni ada sorang adik group MMS saya tanya, "betul ke lelaki dn perempuan yang bukan mahram tidak digalakkn untuk beri salaam even dalam chat sekalipn??..". hm, ok. selama hampir puluhan tahun saya hidup di dunia ni, tkda pulak saya dengar nas2 khusus yang melarang pemberian salaam kepada yang bukan mahram. tapi kelebihan tentang penyebaran salaam tersangatlah banyak, dn sebagai Muslim kita dituntut untuk menyebarkan salaam kerana ia merupakan asas kepada terjalinnya hubungan sillaturrahim. tapi kalau si perempuan tu tersangatlah cantik or si jejaka tu tersangatlah kacak sampai kita nk makan pn tersuap kat hidung or maybe kecantikkan dn kekacakkan dia tu mampu membuatkn kita beku macam ais, maka hukum untuk memberi salaam kepada mereka adalah ditegah kerana bimbang akan timbulnya fitnah or maybe perkara2 yang tidak diingini. anyway, semua itu bergantung kepada niat kita. jangan pula kita jadikan amalan ini sebagai alat untuk tackle anak dara or anak teruna orang! eww, tak matang langsung~

nowadays, ucapan salaam macam dh makin kureng~ kita hanya beri salaam kepada mereka yang kita kenal je, Allah. same goes to me, kadang2 saya rasa malu sangat untuk beri salaam kepada orang yang saya tak kenal. ohh tidaaak, nampaknya Syaitan telah berjaya menjauhkn saya dari amalan yang sangat dituntut oleh Islam ini! so i need to do something, i have to!! saya mulakan misi saya ni dengan menyebarkan senyuman dulu, then baru saya beri salaam. alhamdulillah, lama2 saya mula dapat keberanian untuk menyebarkn salaam. tapi kadang2 ada individu yang tak jawab salaam saya, huhu. tkpelah, dia tak dengar agaknya. but isokey, sebab Malaikat akan tetap mendoakan saya sebanyak 70x kerana sesunguhnya salaam itu merupakan satu doa dn harapan bagi kesejahteraan saudara kita. dn sudah pasti para Malaikat akan mengaminknnya untuk diri kita juga, Allah. secara konklusinya, pemberian salaam adalah dituntut tidak kira samada lelaki atau perempuan. tkda halangan untuk kita memberi salaam kepada yang bukan mahram selagi ia tidak mendatangkn fitnah dn ikhlas kita buat kerana Allah SWT, dn sesungguhnya sebaik-baik manusia di sisi Allah adalah orang yang terlebih dahulu memberikan salaam. HR Abu Daud, so what you waiting for??
sekian, wasallm.

07 December 2013

MINGGU MESRA SISWA (2)

thnks fr being awesome darlingsss~
Assalamualaikum!

alhamdulillah, berakhir sudah Minggu Mesra Siswa (MMS) bagi sesi 2 untuk tahun ini. saya telah diamanahkn untuk menjadi fasilitator untuk MMS kali ini, im so excited: VERY. even ada rasa takut dn agak gementar, but i try to do mabest. Apa yang penting, i want to be someone that cn inspire others to be better. Allah. besar sangat harapan saya tu, tapi saya cuba apa yang termampu. saya bawa bersama semangat asy- Syahid Ahmad Ammar untuk terus gagah menyampaikan amanah dn tanggungjawab ini, and alhamdulillah. i think i did pretty well, hoho. agak riak di situ, astaghfirullahaladzim. no lah, saya buat biasa2 je but at least i try kn. congrats to maself, and also. my groups' adik2 yang sangat awesome kerana selalu memberi respond yang sangat2 subhanAllah, positif! terima kasih ye saudara2 seagamaku, im so proud of uolls! ahli group saya adalah yang paling ramai, campur saya je dh mencecah 50 orang! fuhh, agak sulit jugak situasi tu. tapi alhamdulillah, Allah membantu saya. well, "there will alwys be ease in any difficulities.." verse 5 and 6 in suratul Insyiraah kan~

but seriously, lagi ramai lagi saya suka. bcs i think this is the best time fr me to share the beauty of Islam secara face-to-face, and what we (including me) need to do as a Muslim (teenage Muslim, to be more precise) bagi mencari solusi dalam permasalahan ummah yang semakin nazak. lagi ramai yang dengar, lagi bagus kn? dn itulah hikmahnya disebalik kesulitan tadi, haa. nampak tak, terima kasih ya Allah. and alhamdulillah, adik2 group saya baik2 belaka. demi Allah, saya bersyukur sangat dapat berkenalan dengan mereka! semoga perkenalan ini sedikit sebanyak memberi 'a big something' kepada diri saya mahupun mereka, kerana sesungguhnya Allah tidak menghadirkan seseorang itu dalam hidup kita dengan sia2. Allahu Rabbi, semoga ukhwah ini berkekalan till Jannah~
sekian, wasallm.

# ini kali terakhir saya menabur bakti bagi menjayakn MMS KUIM, mcm sedih je~

20 November 2013

SYAHID DI BUMI TURKI

salah satu koleksi photo Ammar
di laman FBnya~
Assalamualaikum!

rasanya dh ramai yang tau tentang kisah pemuda Islam yang telah syahid di bumi Turki ini, Allahu Rabbi. khalifah Allah yang bertuah itu adalah asy- Syahid Ahmad Ammar, yang ketika itu baru berusia 20tahun. to be honest, saya tak pernah mengenali beliau sama seperti kebanyakkan orang di luar sana. saya hanya mengenali beliau setelah beliau pergi menghadap Sang Pencipta, al- Fatihah. pemergian beliau pada 2 November yang lepas betul2 memberi tamparan hebat kepada diri saya, seriously! he is such an inspiration to me, saya akan terus membawa semangatnya untuk terus memperbaiki diri dalam mencari Redha Ilahi. Ahmad Ammar seorang belia Islam yang sangat unik pada pandangan saya, meskipun ramai yang tidak mengenali beliau semasa hayatnya namun pemergiannya betul2 membangkitkn banyak jiwa yang telah mati. itulah kematian yang menghidupkn, Allahu Rabbi. kehilangannya disifatkn sebagai perginya sebutir permata belia Islam, ya Allah. aku cemburu, sungguh!

bukan senang nk jumpa orang yang baik dn pandai pada zaman sekarang, tapi asy- Syahid Ahmad Ammar adalah salah seorang daripadanya! beliau amat mengagumkn, pemikiran beliau di usia muda banyak menjerumus ke arah permasalahan ummat. bagi beliau, sejarah Islam adalah kunci kejayaan ummah. pemergiannya bukan saja terkesan dalam hati rakyat Malaysia, bahkan rakyat Istanbul sendiri. sehinggakan jasad beliau diberi pengiktirafan oleh pemimpin Turki untuk disemadikan bersama sahabat2 Nabi SAW di Eyub Sultan di Turki, dimana di situ juga letaknya makam Saidina Abu Ayub al- Ansari yang merupakan sahabat rapat Rasulullah SAW! subhanAllah, beliau juga merupakan anak Malaysia yang pertama dikebumikan di sana! berutunglah kamu wahai asy- Syahid Ahmad Ammar, huhu. even beliau dh tkda kt bumi Allah ini, but his spirit will alwys be with me. saya ingin sekali menjadi seperti beliau, anak muda yang bisa menggegar dunia dengan keperibadian yang unggul, serta ketekunan dalam menggerakkan ummah! moga Allah permudahkn, yukk geng! sama2 menggerakkn ummah bersama semangat yang ditinggalkn saudara seagama kita ni, (Y)
sekian, wasallam.

# dirimu bukan untuk diidolakan, tetapi untuk dicontohi~

14 November 2013

PAST IS PAST

alhamdulillah.
Assalamualaikum!

bila kita kenal dengan someone, mesti kita berharap supaya ukhwah yang dibina itu akan berkekalan untuk selamanya. tapi langit tak selalu cerah, macam jugak persahabatan yang dibina tu. setiap perhubungan pasti akan diuji expecially dalam bab kejujuran, perghhh! ramai yang fail bab ni, and contoh lain maybe kawan yang dipercayai tu 'tikam belakang' kita or whatever lah kn. so bila jadi camni, memang sedih sangat. rasa macam nk report kt Barrack Obama sebab tak bole terima hakikat bahawa kawan yang kita percaya selama ni jahat, banyak persoalan yang timbul dalam kepala ni. huhu, tapi sebagai seorang hamba Allah siapalah kita untuk mempersoalkan takdir yang telah tertulis. Allah Maha Besar, setiap yang berlaku pasti ada hikmah. bersangka baiklah pada Allah,  mana mungkin Allah akan membiarkan hamba yang menadah tangan dn bergantung harap pada- Nya untuk terus bersedih tanpa menyediakan sesuatu yang lebih baik!

jika betul kita berpegang pada kalimah "Laillaha Illallah MuhammadarRasulullah", sudah tentu kita akan tenang menghadapi musibah tersebut even 1st 2 weeks tu kita rasa down sangat. biasalah, kita hanya manusia biasa dn bukannya gajet yang ada button "delete" or "format" tu kn. tapi apa yang pasti, the worst thing yang perlu dihadapi setelah meredhai apa yang tersurat ini adalah untuk melupakan semua kenangan yang telah tercipta! ya Allah, rasa macam susah sangat nk hadapi situasi ni. tapi apakan daya, we have to do it! HAVE TO ok, jangan biarkn kawan kita tu rasa hebat sebab dapat jatuhkn kita. hadapi dengan senyuman, dn yakinlah bahawa Allah sentiasa bersama kita. lepas tu banyakkn berzikir dn berselawat, mungkin juga ujian ini hadir sebab kita makin jauh dari Allah. then busy kn diri dengan aktiviti berfaedah, jangan duk terperap sorang2 layan emosi. memang tempah maut namanya tu, benda dh lepas buat apa dikenang! tak kn lah sebab dia sorang (dh laa jahat), kita nk musnahkn masa depan kita kn? dn ingatlah, ramai lagi yang sayang dn support kita kat luar sana. dn yang paling penting, ingatlah bahawa Cinta Allah sentiasa bersama kita dn sebab tu Allah beri ujian ini! ujian kn tanda kasih Allah pd hamba- Nya, maka beruntunglah kamu!
sekian, wasallm.

# let your past make you BETTER not bitter! (Y)

08 November 2013

PERGINYA SEBUTIR PERMATA BELIA ISLAM

Assalamualaikum!

for those yang masih belum mengenali siapakah asy- Syahid Ahmad Ammar, please spend ur precious time to watch this video. arwah merupakan anak kelahiran Malaysia yang telah dikebumikan bersama para syuhadah di bumi Turki, Allahu Rabbi. he is such an inspiration to me, al- Fatihah.
sekian, wasallm.

# semoga kita berjiran di Syurga nanti wahai Ammar, ameen ya Allah!

01 November 2013

R4BIA FOREVER!

Assalamualaikum!

dear Muslims, i dont know what you feel setelah sekian lama tak mendengar khabar berita dari President Morsi. tapi alhamdulillah, saya berasa rindu dn ingin tahu tentang perkembangan beliau. terima kasih di atas perasaan ini ya Allah, huhu. video kat atas ni dapat jugak mengubat rasa bimbang terhadap beliau, i love his spirit! may his spirit become a stake of the existence of leaders who are brave and modest, and may his supporters always under Allah's Protection and Strength! aamiin

# keep on praying for him and his country ya my dear brothers and sisters~

17 October 2013

EXAM MODE: ON! (3)

Assalamualaikum!


SORRY, NO NEW POST.
SAYA TENGAH EXAM NI.
DOAKAN SAYA YE.
TERIMA KASIH.
MAY ALLAH BLESS YOU!! =)


# salam Aidiladha, still in the mood of rayaaaa!

29 September 2013

SUKARNYA MEMAAFKAN

in sha Allah.
Assalamualaikum!

as a human being, saya juga mempunyai hati dn perasaan. ada sesuatu perkara yang akan menyebabkan hati ini berasa sangat marah- sedih- kecewa dn semua yang sewaktu dengannya, ya Allah! hanya pada- Mu tempat aku mengadu di saat hati kecil ini ditusuk dengan pelbagai perasaan yang mampu melemahkn diri ini andai terus dilayan, Allahu Rabbi. kadang-kadang bila ditimpa musibah sebegini,  otak ini dah tak mampu nk fikir panjang. for me, what can i do is CRYING. honestly, saya seorang perempuan yang susah nk menangis. selagi bole tahan memang saya akan tahan, bukan sebab saya cover macho ok! dn kalau nampak saya menangis tu, imaknanya ada sesuatu yang betul2 telah menusuk hati saya. sehinggakan saya tak mampu bertahan lagi, huhu. bila perkara ni berlaku, susah betul saya nk memaafkan si pelakunya! tapi disebabkan saya adalah umat Muhammad SAW, saya cuba sedaya upaya untuk memaafkan insan-insan yang pernah menyakiti hati ini. how sweet, terima kasih ya Allah~

sedangkan Junjungan Besar SAW mempunyai kelembutan hati untuk memaafkan umatnya, apatah lagi saya seorang insan kerdil yang tidak langsung memiliki sebarang jaminan untuk menjejakkan kaki ke Syurga Ilahi. tetapi diri ini belum cukup kuat untuk memaafkan, aku tidak mampu ya Allah! masih terngiang-ngiang kata-katanya, masih terbayang-bayang perbuatannya! bagiku, kemaafan yang diberikan ibarat menggadai maruah diri! ya Allah, huhu. tapi bila difikirkan, mulut ini sering mengungkapkan rasa cinta dn rindu kepada Baginda SAW, tetapi kenapa sukar untuk aku mencontohi Baginda di saat menghadapi ujian Allah ini? ya Allah, ampuni aku kerana terlalu bongkak melayan emosi sehingga terlupa bahawa aku hanya seorang hamba yang tidak mempunyai apa-apa sedangkan Engkau Sang Pencipta memiliki sifat Maha Pengampun dan Pemaaf! ya Allah, ampunkn aku kerana menumpang Hak- Mu! kalau bukan kerana Islam itu agama saya, tak mungkin mudah untuk saya memaafkn mereka yang telah menyakiti hati ini. terima kasih ya Allah di atas nikmat Iman dn Islam ini, sungguh! kebaikkan itu sukar dilakukan, tetapi mana mungkin Allah akan membiarkan hamba yang bergantung harap kepada- Nya untuk bersedih tanpa menyediakan sesuatu yang lebih baik kn?
sekian, wasallam.

# dendam itu DOSA. memaafkan itu PAHALA.

23 September 2013

BERAKHIR SUDAH PROGRAM PERTAMA

nantikn sekual keduanya, hihi.
Assalamualaikum!

alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah! bersyukur ke hadrat Ilahi kerana mempermudahkan segala urusan bagi melaksanakan program "Akademik Tip Top Akhlak Mantop", even banyak kekangan yang dihadapi sebelum ini. tapi alhamdulillah, Allah sentiasa memberi jalan penyelesaian untuk setiap masalah. syukur pada Allah, alhamdulillah. akhirnya terlaksana sudah impian saya sebagai Exco Akademik PERSEPSI untuk mengadakan sebuah program perkongsian ilmu bersama Ustazah Fatimah Syarha dn suaminya, Dr. Farhan Hadi. ya Allah, terima kasih di atas peluang dn kesempatan ini. terima kasih di atas kenangan manis ini, it will be one of the sweetest moments yang berlaku in my entire life selama menuntut di bumi KUIM. dikesempatan ini, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua AJK Pelaksana yang terlibat secara langsung atau tidak bagi menjayakan program ini. tidak dilupakan kepada Timb. saya yang setia berada di samping saya tak kira apa yang berlaku- terima kasih Ummu sayang! juga kepada AJK saya yang setia, yang selalu ada dibelakang- depan- kiri- kanan- atas- dn bawah saya untuk menjayakan program ini meskipun mulutnya tak pernah berhenti bercakap. thaanks fr making my day seceria pelangi petang my dear Farah, hopefully kamu akan touching bila baca entry ni! juga kepada ibu dn ayah tercinta, terima kasih di atas doa dn sokongan kalian!

tidak dilupakan kepada Penasihat Kehormat saya yang tak pernah jemu mendengar idea-idea saya yang agak entah apa-apa, dn terima kasih juga di atas idea-idea bernas yang telah disumbangkn untuk meMANTOOPkan program ini. terima kasih juga kerana sanggup bersusah payah untuk merealisasikan impian saya ni, i really appreciate it! terharu sangat, terima kasih ye abg Zameer! juga kepada barisan MT PERSEPSI- YDP (walid), TYDP (ummi), S/U (kak Ikim) dan BEND. (kak Jumm) serta barisan kepimpinan PERSEPSI bagi sesi 2013/2014. terima kasih sebab sudi jaga kaunter, terima kasih sebab sudi traning nasyid sampai tak tidur malam selama 4 hari. ya Allah, hanya Tuhan yang tau betapa beruntungnya diri ini dapat mengenali kalian! ingatlah sahabat-sahabatku yang berlatih nasyid tu, sesungguhnya Allah SWT pandang pada usaha kita! tahniah diucapkan, saya sayang kalian kerana Allah SWT! terima kasih juga kepada mahasiswa/i yang sudi hadir, dn terima kasih juga kepada panel jemputan khususnya kerana sanggup meluangkn masa untuk berkongsi ilmu bersama mahasiswa KUIM. semoga ilmu yang dikongsikan dapat menjadi asbab kepada perubahan kita ke arah yang lebih baik, in sha Allah.
sekian, wasallm.

# sepatutnya tajuk yang sesuai untuk entry adalah TERIMA KASIH, T.T

17 September 2013

AKADEMIK TIP TOP AKHLAK MANTOP!

jemput datang, hee
Assalamualaikum!

jika Allah mengizinkn perancangan hamba- Nya untuk berlaku, ia pasti akan berlaku. sesungguhnya kita merancang dengan cita-cita, tetapi Allah SWT merancang dengan CINTA! semoga Allah mempermudahkan segala urusan, aamiin. dear readers expecially mahasiswa/i Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM), saya dengan rendah dirinya ingin menjemput anda semua untuk hadir ke program anjuran saya selaku Exco Akademik dn Prestasi PERSEPSI pada ketetapan di sebelah. alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi kerana diberi kesempatan untuk merancang sebuah program ilmu ini. semoga ia akan terlaksana seperti apa yang telah dirancang, Allahumma Ameen! ok, dikesempatan ini juga saya nk share tentang objektif program ini.

[copied from p/work]
as we cn see, masalah sosial mahupun jenayah yang melibatkan penuntut IPT tidak terkecuali dari menjadi topik hangat yang menghiasi akhbar masa kini. meskipun golongan cerdik pandai ini memiliki pengetahuan akademik yang memuaskan sehingga melayakkan mereka untuk menyambung pengajian di IPT, namun! ketertinggian ilmu mereka sama sekali tidak mecerminkan akhlak dan peribadi mereka, dn tidak keterlaluan jika saya katakan bahawa remaja Islam tika ini terlalu taksub mengejar dan menguasai ilmu dunia sehingga mengabaikan ilmu akhirat. mereka juga seolah-olah lupa kepada indahnya budi pekerti yang dimiliki oleh Junjungan Besar- Nabi Muhammad SAW, yang sepatutnya menjadi model ikutan kita. buktinya, masih ramai mahasiswa/i yang ditangkap kerana menghisap dadah, meragut, berkhalwat dan sebagainya. lebih parah apabila ada di antara mereka yang didapati mengandung anak luar nikah hasil daripada perbuatan zina, nauzubillahiminzalik.

maka dengan itu, unit Akademik dan Prestasi PERSEPSI bercadang untuk mengadakan program berbentuk forum bagi mengupas dengan lebih lanjut tentang isu-isu yang berkaitan. keunggulan peribadi yang dimiliki oleh Nabi SAW akan diselitkan dalam program ini agar dapat dijadikan pedoman oleh mahasiswa/i KUIM, dn sememangnya program ini adalah sebagai salah satu jalan bagi merealisasikan motto PERSEPSI sesi 2013/2014 iaitu "Akhlak Islami Membentuk Kualiti Insan Bertamadun". ok, itu saja. semoga program ini dapat mencapai objektif yang telah ditetapkan dn semoga program perkongsian ilmu ini mempunyai nilai di sisi Allah SWT, ameen. diharapka juga agar ilmu yang bakal diperolehi oleh mahasiswa/i akan dimanfaatkan sebaiknya sebagai satu jalan dakwah islamiyyah dalam meningkatkan sahsiah diri seiring dengan prestasi akademik. semoga Allah meredhainya dn mempermudahkn segala urusan kelak, Allahumma Ameen!
sekian, wasallm.

# ibu dn ayah, anakmu ini sangat butukan doa dari kalian! Rabbi Yassir Wala Tuaasir, Allahumma Ameen!

11 September 2013

AS BUSY AS A BEE

my family at KUIM.
Assalamualaikum!

ya Allah, dh lama rasanya tak merasa nikmat tidur awal. i really miss it, huhu. semakin hari semakin banyak pengalaman baru yang saya dapat, semakin banyak juga cabaran dn dugaan yang terpaksa ditempuhi. tapi alhamdulillah, Rahmat Allah sentiasa bersama saya. saya masih ada rakan-rakan seperjuangan yang berebut-rebut untuk menaikkan semula semangat saya disaat saya ditimpa musibah atau sebagainya, thaaaanks sahabat PERSEPSI 13/14. saya sangat menyayangi kalian, lillahi Ta'alla! terima kasih juga diucapkan kepada permata hati saya yang berada jauh di Kuala Lumpur, ibu dan ayah! thaaanks fr always mendoakan kejayaan saya di bumi tarbiyyah ini. ya Allah, dah lama juga kaki ini tidak menjejakkan kaki ke rumah! kesibukkan saya sekarang mengalahkan lebah-lebah yang bersarang di atas pokok mangga belakang rumah nenek saya, huhu. tapi saya bersyukur dengan kesibukkan ini kerana tanpanya, mungkin masa remaja saya akan terbuang begitu sahaja. dn sejujurnya saya akan merindui pengalaman yang sangat berharga ini, saya akaannn! Terima kasih ya Allah kerana memilih diriku antara salah seorang untuk merasai nikmat menjadi pelajar dn pemimpin pelajar di bumi KUIM.

tidak pernah terlintas di hati mahupun kepala hotak ini untuk menjadi sebahagian dari pemimpin fakulti, tapi itu yang telah tertulis untuk diri ini. (Berangan tu adalah, tapi untuk jadi fesi je). alhamdulillah, plus saya memang suka 'menyibok' dalam berorganisasi. bila teringat zaman sekolah, siapalah yang tak kenal saya ni. rata-rata orang kenal tau, phewwww. astaghfirullahaladzim, bukan nk riak tau. just nk share pengalaman saya masa zaman sekolah, and for sure saya dikenali bukan sebab selalu ponteng kelas or melawan cikgu ke apa eh! saya budak baik tau dulu, sekarang pn sama ok! yeke? iyeeee, tak percaya sudah! cuma kat KUIM ni lebih praktikal, lebih hebat cabarannya! tapi takpe, Allah kn ada. lagipun tak lama lagi saya nk letak jawatan dh, huhu. sedihnya, cepat betul masa berlalu! disebabkn itu juga saya berazam untuk mengisi masa yang ada ini dengan sebaiknya, saya tak nak sia-siakan! at least ada something yang saya sumbangkn kepada students KUIM before saya letak jawatan, in sha Allah. semoga Allah permudahkn urusan saya, doakan saya ok!
sekian, wasallm.

# PERSEPSI PERSEPSI, aku akan merinduimu!

05 September 2013

THE COOLEST ANIMATION ABOUT AURAH


Assalamualaikum!

lets spend your 3 mins to watch dis ohsem animation, 3 mins je pn!! kbai

# usaha dakwah yang perlu dipuji, thumbs up!

27 August 2013

SECOND YEAR IN KUIM

part of us, ^^
Assalamualaikum!

bermula sudah semester baru, fr the second year! masyaAllah, cepatnya masa berlalu. bila tengok adik-adik junior sem 1, rasa macam baru semalam saya berada dalam situasi mereka! tapi hakikatnya tak, saya bukan lagi junior macam mereka. agak obvious perubahan yang berlaku di sekeliling saya, terutamanya panggilan. dulu kebanyakannya orang disekeliling akan panggil saya "adik", tapi sekarang panggilan yang saya selalu sahut adalah "kakak". dulu saya banyak bertanya, tapi sekarang saya banyak menjawab pertanyaan yang diajukan. dulu saya selalu dinasihati oleh kakak-kakak rumah yang sangat dirindui, tapi sekarang saya selalu menasihati adik-adik rumah. dulu saya selalu perhatikan orang sekeliling untuk belajar dari pengalaman mereka, tapi sekarang saya yang diperhatikan oleh adik-adik junior.

sampai ada yang tanya- "kenapa baju akak banyak warna pink, akak suka pink ek?" err, saya tk pasti samada mereka perhatikan saya setiap masa atau apa. anyway, kamu sangat prihatin wahai adik! haa, ni paling obvious! dulu phone saya jarang berbunyi, kalau berbunyi pn just "alarm" je. dan selalunya saya dan phne memang jarang jumpa, kadang-kadang sampai tak ingat mana saya letak phone. tapi sekarang, saya dan phone tak bole dipisahkan! kejap-kejap berbunyi, kredit pn cepat habis. hehe, tkpelah. bukan selalu, untuk tahun ni je. ok, sebenarnya saya sendiri tak tau apa motif saya menulis post ni. just for fun kot, memandangkan kelas tak start lagi. so pemerhatian saya kepada keadaan sekeliling or isu semasa agak terhad, so sebab tu lah. just stay tuned ok, thanks fr reading btw!
sekian, wasallm.

# awesomeness cannot be proven by the height ok! huhu, motip?

15 August 2013

KEEP YOUR PRAYERS FOR MORSI & MESIR

teringatku kepada Saidina Abu Bakar as- Siddiq~
Assalamualaikum!

ya Allah, sedihnya bila tengok keadaan yang melanda Mesir sekarang! just imagine, bulan Syawal yang sepatutnya diraikan dengan gembira diganti dengan keadaan yang amat menyayat hati. jeritan, tangisan, bunyi2 senjata api dn macam-macam lagi yang sedang saudara kita lalui di Mesir sekarang ni. it is totally different dengan keadaan di Malaysia kn, haa! dont forget to say ALHAMDULILLAH, bersyukurlah kerana Malaysia masih aman dari bunyi-bunyi senjata and all that. ok people, try to take five and look around you. most people at Malaysia sekarang tengah enjoy tengok movie, layan social media, membongkang atas katil and banyaaaak lagi. excuse me, tak semua ok! tapi, terfikir tak kamu tentang keadaan saudara-saudara kamu di Mesir sekarang?? what will they eat today?? are they have time to update blog like me?? are they still can smile like us?? are they still can meet their family like yesterday?? are they alright?? there are still 1001 things that you have to think about especially when you are not thankful for what you have in your entire life, jadi bersyukurlah!

dear readers, honestly i dont know what should i do everytime i read the info bout the situation at Mesir in this critical time. especially when i look at the photos, ya Rabb! im spechless, sedih, jeles (nk syahid jugak!), geram, and many moreessss! mereka disana berjuang mati-matian tak kira muda/tua, lelaki/perempuan, kaya/miskin, sempurna/cacat demi seorang pemimpin yang kuat pegangan agamanya kepada Allah SWT dn Rasul- Dr. Mohamed Morsi. sedangkan kita di Malaysia? Allahu Rabbi, keadaan mereka betul-betul memberi keinsafan kepada saya! dear Muslims, PLEASSEEEE. keep on praying fr them, expecially fr Dr. Morsi. semoga dia kuat menghadapi tentangan dari musuh-musuhnya, dn semoga dia sentiasa berada dalam lindungan Allah Azza Wa Jalla! huhu, sedihnyaaaaa! and, one more thing! jet jet Malaysia yang sering ditayangkn semasa perarakan Merdeka 31 Ogos, diharapkan dapat dihantar ke Mesir kerana mereka lebih memerlukan jet-jet tu untuk menentang musuh-musuh Islam berbanding kita di Malaysia. ya, i know it is impossible. hey hey, tapi semua bole berlaku dengan izin Allah kn! sama-samalah kita berdoa ye, sesungguhnya Allah SWT sentiasa bersama kitaaaaaa!
sekian, wasallm.

# they have weapon, but we have Allah! WHAT CAN BE MORE POWERFULL THAN ALLAH? :')

09 August 2013

INGAT PADA JANJI ALLAH

:')
Assalamualaikum!

saya adalah salah seorang manusia yang suka kesiankan orang lain sampai saya tak kesian kt diri saya sendiri, ia lebih kurang macam: saya sanggup susahkan diri sendiri semata-mata untuk tolong orang lain. dn selalu jugak saya rasa "dipijak kepala" sebab terlalu baik, huhu. mula-mula saya ok je, tapi bila dh lama-lama saya rasa menyirap pulak! Whyy, because some people sangat-sangat tak pandai nk menghargai what i have done! just imagine- kamu bagi bunga kat someone, then dia balas dengan batu. perghhh, menguji kesabaran betul. pernah jugak saya terfikir- kalau bukan kita yang kesiankn diri sendiri, siapa lagi kn?? asik nk kesiankn orang je, dh laa tk dihargai. huhu, sedih tau tak! sampai satu tahap, saya bertekad nk keraskan hati untuk tidak kesiankn orang lain, saya cuba jugak jadi selfish. tapi tak bole, saya tak sampai hati. ya Allah, huhu.

sampailah suatu hari tu saya terbaca Firman Allah dalam surah al- Nahl: 97, yang bermaksud: "barang siapa mengerjakan kebajikan, baik lelaki mahupun perempuan dalam keadaan beriman, maka pasti Kami akan berikan kepadanya kehidupan yang baik dan akan kami beri balasan dengan pahala yang lebih baik dari apa yang mereka telah kerjakan.."

masyaAllah, menolong orang lain itu kn satu kebajikan! teringat juga saya pada pesan ibu- jika kita permudahkan urusan orang lain, maka Allah akan permudahkan urusan kita. ya Allah, mana mungkin saya akan ketepikan Janji Allah SWT ini?? dengan ayat-ayat ini, saya teruskan sikap saya yang suka kesiankn orang lain dengan lebih ikhlas tau tak! dn saya cuba belajar untuk reda dengan setiap apa saja yang akan berlaku. samada orang tu akan hargai or not, i dont mind. subhanAllah, tidak ada apa yang lebih baik selain mendapat rahmat dan keredhaan Allah SWT kn! dear readers, just remember! Allah Maha Mengetahui setiap perlakuan hamba- Nya, dn setiap perlakuan itu akan diberi balasan. kalau benar hidup kita di dunia ini untuk mencari redha Allah, maka ingatlah pada Janji Allah setiap kali hati menjadi resah ketika membuat kebaikkan/kebajikan!

03 August 2013

FASA PEMBEBASAN DARI API NERAKA

doa malam Lailatur Qadr.
Assalamualaikum!

masyaAllah, sedar tk sedar sekarang kita sudah berada di Fasa Ketiga bulan Ramadan. sungguh, Allah SWT menjanjikan kelebihan pada bulan ini yang tidak terdapat pada bulan-bulan lain. setelah kita memperoleh kasih sayang- Nya pada Fasa Pertama (Fasa Rahmah), diampunkan pula segala dosa-dosa kita pada Fasa Kedua (Fasa Maghfirah). setelah diampunkan segala dosa-dosa hamba- Nya, dibebaskan pula hamba- Nya daripada azab Api Neraka di penghujung 10 hari terakhir pada bulan mulia ini. subhanallah, Maha Suci Allah. 10 akhir Ramadan merupakan malam-malam yang mempunyai penuh keberkatan dn kelebihan tertentu, dn malam-malam ini amat dinantikan oleh seluruh orang Mukmin kerana salah satu dari malam tersebut merupakan malam yang lebih baik berbanding 1000 bulan.

dalam Fasa Ketiga ini, Allah SWT telah menganugerahkan kepada hamba- Nya satu malam yang dikenali sebagai malam Lailatul Qadar. masyaAllah, beruntunglah bagi golongan yang berkesempatan menemui malam Lailatul Qadar ini. ok, thats all fr today! i have no time to write panjang-panjang and add up whatever perencah as usual because im rushing right now! btw, selamat menjalani ibadah puasa pada 10 hari terakhir Ramadan! semoga segala ibadah kita diterima oleh Allah Azza Wa Jalla, ameen.
sekian, wasallm.

# cant wait fr iftar with my BIG family, 3more hours to go!

30 July 2013

MIMPI SANG PUTERI

Allahumma Ameen.
Assalamualaikum!

one year ago, bertempat di bumi bersejarah. seorang puteri Islam yang baru 2minggu berhijrah ke tempat baru telah bermimpi akan seorang lelaki, pelik. serius pelik, kenapa? sebab sang puteri tk pernah kenal siapakah lelaki yang dia mimpikn itu, sebaik terjaga dari tidur dia terus lupa akan rupa paras lelaki tersebut. tidak ada apa yang istimewa baginya, kerana bagi dia mimpi hanya sekadar mainan tidur. sang puteri langsung bersiap untuk ke taman, sesampai sahaja di sana sang puteri terpandang kepada seorang jejaka yang juga sedang memandang sang puteri. entah kenapa, masa dirasakan seakan berhenti. hati sang puteri berdegup kencang dn sang puteri berbisik sendiri- ya Allah, dialah lelaki yang aku mimpikan malam tadi! sang puteri cepat-cepat mengalihkn pandangannya, namun jauh disudut hati dia ingin sekali memandang putera Islam tersebut. ahh, terkantoi. putera itu juga curi-curi pandang sang puteri, keadaan ini menyebabkn sang puteri bermonolog sekali lagi- ya Allah! adakah dia juga bermimpikn aku malam tadi??

selang beberapa jam, sang puteri bersiar-siar bersama dayang-dayang istana. hatinya sekali lagi berdegup kencang apabila terserempak dengan sang putera, sang puteri cuba untuk berselindung di sebalik dayang-dayang. tetapi putera tersebut berusaha untuk memandang sang puteri, sekali lagi mereka bertentang mata. belum sempat sang puteri mengalihkan pandangannya, sang putera sempat mengukirkan senyuman kepada sang puteri. sang puteri kurang pasti samada senyuman itu dibalas dengan senyuman atau jelingan, tapi apa yang pasti putera Islam itulah yang dimimpikan oleh sang puteri malam tadi. kengkawan, itu apa yang berlaku satu tahun yang lepas. minggu lepas pulak, Allah SWT telah mempertemukan sekali lagi putera Islam tersebut dengan sang puteri bersama ayahanda dn bonda sang puteri. pertemuan yang tidak dirancang, itulah ketentuan Allah. masjid di sebuah kawasan perkampungan menjadi saksi, tanpa disangka juga sang putera menjadi imam solat Asar kepada ayahanda sang puteri. masyaAllah, sweetnya kisah ni. TETAPI, adakah kehadiran sang putera hanya sekadar ujian hati untuk sang puteri Islam? atau ia merupakan petanda bahawa mereka memang ditakdirkn bersama? sesungguhnya hanya Allah yang Maha Mengetahui, btw selamat beramal di fasa terakhir bulan Ramadan!
sekian, wasallm.

# kisah dongeng, just for fun~

24 July 2013

MAGHFIRAH DI BULAN RAMADAN

Assalamualaikum!

jika dosa mempunyai bau, pasti ramai yang tidak mahu mendekati saya. termasuk ibu dn ayah saya sendiri, ya Allah! terima kasih kerana menutup keaiban hamba- Mu yang hina ini, sungguh! terlalu banyak dosa yang telah saya lakukan, meskipun telah berkali-kali saya menyesalinya. tapi saya masih lagi jatuh ke dalam lubang dosa, bahkan berkali-kali! sehingga saya takut untuk berbicara soal dosa yang telah saya lakukan serta Rahmat dn Keampunan dari Allah SWT, Allahu Rabbi. tapi ketahuilah, sesungguhnya Allah itu Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang! sebanyak mana dosa yang pernah dilakukan, percayalah bahawa cinta Allah SWT selalu hadir dalam diri ini. Allah tidak pernah jauh apatah lagi meninggalkn diri ini meskipun diri ini telah banyak bergelumang dengan dosa, malah Allah sentiasa memberi peluang untuk bernafas dalam jiwa hamba untuk memohon Keampunan dari- Nya! dn semestinya ganjaran ini pasti lebih hebat dn berlipat-ganda pada bulan yang penuh keberkatan ini apatah lagi sekarang kita berada dalam Fasa Kedua bulan Ramadan iaitu Fasa Pengampunan (Maghfirah). Allah SWT sentiasa membuka pintu taubatnya, sepertimana maksud hadis Qudsi yang sememangnya memberi semangat kepada saya untuk terus bertaubat kepada Allah. sebak rasa hati, terima kasih ya Allah! :'(

dari Anas bin Malik, Rasulullah SAW bersabda bahawa Allah SWT berfirman:
"wahai anak Adam! selama mana engkau terus berdoa, Aku akan ampunkn dosa-dosa darinya. sekiranya dosamu terlalu rapat sehingga mencecah langit, Aku akan tetap mengampunkn. dn Aku tidak peduli, wahai Adam! seandainya sepenuh ruang di antara langit dn bumi itu adalah dosa-dosa kamu, dn engkau datang kepada Aku untuk memohon keampunan- Ku dn engkau tidak mensyirikkan- Ku, maka Aku akan datang kepadamu bersama keampunan- Ku juga seluas langit dn bumi.."
sekian, wasallm.

gunakanlah peluang ini sebaiknya, rebutlah keampunan Allah SWT selagi masih berkesempatan.

20 July 2013

MENGHAMPIRI KEMATIAN

ameen ya Rabb! :')
Assalamualaikum!

alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah! ok, nampaknya hari ni hari jadi saya. taakkk, saya bukan nk hadiah atau wishes. cukuplah sekadar mendoakan kesejahteraan hidup saya kerana sesungguhnya doa itu senjata bagi orang-orang Mukmin, masyaAllah. bertuahnya saya apabila ramai saudara-saudara seagama saya yang mendoakan kebahagiaan hidup saya samada di dunia mahupun akhirat, syukraan! ketahuilah saudaraku, apa yang kalian doakan untuk diriku belum tentu dimakmulkn. tetapi doa-doa kalian itu pastinya akan dimakbulkn Allah ke atas diri kalian kerana sesungguhnya Malaikat sentiasa mengaminkan apa yang kalian doakn itu ke atas diri kalian, dn sesungguhnya doa para Malaikat pasti akan diperkenankan oleh Yang Maha Esa. subhanAllah, beruntunglah kamu wahai saudara-saudara seagamaku!

ok, dikesempatan ini juga saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada mereka yang berkesempatan meluangkn masa untuk "meng-wish" birthday saya. ada yang post di FB, ada yang text, ada yang bagi present/kejutan, dn tak kurang ada juga yang sanggup call saya. terima kasih, hanya Allah yang mampu membalas jasa baik kalian kerana telah membuat saya rasa dihargai sepanjang hari ini. i have nothing much to say, saya cuma ingin memberi peringatan khasnya buat diri saya bahawa saya kini semakin menghampiri kematian. ulangtahun hari lahir ini menandakan bahawa umur saya semakin pendek, ya Allah! terima kasih di atas kesedaran ini, akan saya lalui hari ini dengan penuh kesederhanaan dn keinsafan. in sha Allah, lagi-lagi sekarang bulan puasa kn! cakap pasal bulan puasa, ramai jugak yang offer nk belanja saya bukak puasa. hehe, rezeki jangan ditolak kn! terima kasih wahai sahabat-sahabat seperjuanganku, percayalah! hari ini akan menjadi antara saat terindah dalam hidup saya, terima kasih ya Allah!
sekian, wasallm.

# ya Allah, semoga pertambahan umur ini menambahkn lagi kecintaaku kepada- Mu! :')

06 July 2013

NAMA JUGA SATU DOA


Assalamualaikum!

i dont know why some people suka gelarkan orang disekeliling mereka dengan gelaran yang agak kurang sopan, padahal nama kawan dia tu sedap tau! contoh ek, nama seseorang ni Muhammad Tahajjud Ashraf. tapi disebabkn sifat fizikal dia yang agak berisi, kengkawan dia panggil dia "doremon". ohh maaannnn, spoil tau tak! masyaAllah, nama dah sedap dah mak dn ayah dia bagi. tapi sadisnya dia tak dipanggil dengan nama tu. heyy, come on! saya sangaaat tak setuju dengan mentality sesetengah individu yang macam ni, sedarkah anda? secara tidak langsung kamu telah menghina pemberian Allah SWT kepada dia?? how could you do that to your brothers and sisters, do you think you are perfect enough?? ya, maybe some people 'meng-istilahkn' perbuatan itu sebagai gurauan. alasan yang dah basi, tapi ingatlah!

kamu sedang menghina pemberian Allah SWT, dan yang paling dasyat kamu sedang menyakiti hati saudara kamu itu! memanglah dia tak tunjuk, nampak dia ok je kamu panggil dia 'pendek' lah, 'sengal' lah, 'hitam' lah. tapi jauh di sudut hati, dia sedih dengan kelakuan kamu. please, jangan jadikan saudara kamu seperti boneka yang boleh kamu hina sesuka hati walaupun dengan tujuan untuk bergurau. dan ingatlah, panggilan kamu itu adalah DOA. dan setiap doa kamu kepada saudaramu akan dibalas oleh Malaikat iaitu dengan berdoa untuk kamu. so, kalau kamu doakan saudaramu dengan panggilan yang hina… tidak mustahil kamu akan jadi hina jugak kerana sesungguhnya doa Malaikat itu pasti dimakbulkn, dn kalau bukan dimakbulkn ke atas kamu mungkin jugak anak keturunan kamu- nauzubillahiminzalik. jadi untuk itu, peringatan untuk saya dn semua pembaca! jangan panggil orang dengan panggilan yang buruk, tapi gelarlah mereka dengan panggilan yang baik-baik. semoga kita akan jadi baik kerana Malaikat mendoakan kita juga dengan panggilan yang baik-baik, in sha Allah

# jaga lisanmu kerana ramai yang celaka kerananya- NAUZUBILLAHIMINZALIK.

25 June 2013

RAMADAN IS COMING!

masyaAllah~
Assalamualaikum!

today will be my last post in the month of June, nampaknya sudah setengah tahun kita berada dalam tahun 2013. 6 bulan telah berlalu, and now still ada 6 more months to go. then kita akan berganjak ke tahun 2014, cepatnya masa berlalu. rasanya ni bukan kali pertama saya repeat ayat yang sama- "cepatnya masa berlalu..". ya, true! sama jugak macam bulan Ramadan ni. rasanya baru semalam saya mengupdate post tentang Ramadan yang pertama kali saya lalui kat KUIM- WELCOME RAMADAN!  so, for this second time tak banyak yang saya nak tulis sebab normally pengalam pertama adalah yang paling indah dn sukar dilupakan. so bila dah masuk tahun kedua ni, tak banyak kot yang saya nak update.

rasanya everything will be the same, mengalami keadaan berpuasa bersama kengkawan di bumi KUIM dn berjauhan dengan mummy dn daddy! (tkyh nk mummy daddy sangat, padahal kat rumah panggil ibu dn ayah je kot..) bajet, anyway! kalau ada something new yang berlaku in this coming Ramadan, ill update it! stay tuned ok, thaankss. harapan saya fr this coming special month is, sama seperti saudara-saudara seagamaku yang lain! im very sure, we are all mengharap to gain as much pahala as we can kn? in sha Allah, hopefully Ramadan kali ini lebih bermakna dan lebih baik berbanding Ramadan yang sebelumnya. Allahumma Ameen, :')
sekian, wasallm.

# ya Allah, izinkn aku bertemu lagi dengan bulan Ramadan pada tahun ini.

19 June 2013

TAK KENAL MAKA TAK CINTA

Assalamualaikum!

Tadi ada seorang pak cik yang berkopiah lalu depan saya dn kawan saya, then kawan saya cakap: "mesti pak cik ni alimkan, sebab dia pakai kopiah..". Saya mengiyakan pendapat dia tu, kemudian saya mmbayangkn. Adakah jika seorang bayi dipakaikn kopiah di kepalanya dn pkcik tua tadi tidak berkopiah, wajarkah untuk si bayi dikata lebih alim berbanding si pkcik hanya kerana si pkcik tidak berkopiah?? well, memang lumrah manusia suka judge a book by its cover, and btw im the one! Secara peribadi, sikap menilai seseorang dari luaran bukanlah tak bagus. Tapi, mengenal seseorang dengan rapat sebelum mengecop dia dengan apa-apa gelaran adalah lebih baik dn lebih selamat. Apa yang kita nampak secara lahiriah tidak menjaminkn apa-apa, manusia is the best actor I cud say. Btw tak salah bersangka baik, itu penting.

Cuma ada sesetengah orang yang suka menilai seseorang dari sudut yang negatif, padahal belum sampai 24jam dia kenal orang tu! Honestly, saya tak bersetuju dengan mereka yang berpemikiran macam ni. Tak baik tau tak, dan lebih teruk kalau kamu memberitahu orang lain tentang sikap negatif seseorang itu. Kamu nak semua orang tau perangai jahat dia yang kamu nilai dengan hanya sekali pandang, nauzubillahiminzalik. Percayalah, kamu tidak akan kenal seseorang sebelum kamu duduk serumah dengan dia! Itu cuma ungkapan je untuk menunjukkan ketidak wajaran untuk menilai someone yang kamu baru kenal, saya tak tau apa motif disebalik perbuatan ini. apa yang pasti, kamu sedang berbuat dosa! Pertama, mungkin saja kamu telah menfitnah dia dengan penilaian kamu itu. Kedua, kamu memburukkan dia di hadapan orang lain. The problem is, kamu belum kenal siapa dia sebenar! Serius, kamu sebenarnya telah memperlihatkan kebodohan kamu sendiri. Memang tak salah untuk menilai seseorang dari pandangan pertama, tapi sertakanlah penilaian itu dengan sikap bersangka baik. peringatan untuk saya jugak, sama-samalah kita muhasabah diri dalam mencari redha Ilahi.

# bersangka baik adalah "kunci" sesuatu IKATAN.

13 June 2013

JODOH vs AJAL

maksud Hadis.
Assalamualaikum!

sejak menjadi fesi hari tu, kerap kali jugak phone saya berbunyi. adik2 group MMS saya banyak tanya soalan, which is good!! so saya kini menjadi kaunselor yang sememangnya tidak bertauliah, tidak bertauliah! bt i try to do mabest to make people around me happy, at least i try ok~ kebanyakkn soalan yang diajukan kepada saya adalah berkaitan dengan cinta, sebabnya majority dari mereka ni telah TER-jatuh cinta dgn abg2 senior. ada yang mintak pndapat, ada jugak yg mintak saya untuk jadi 'orang tengah'. dn ada jugak yang minta sy jadi spy, lol. ok tkpe, take it easy man! i alwys remind them and oso maself bahawa jodoh itu adalah rahsia Allah, and same goes fr ajal kita. kedua-duanya telah tertulis di Luh Mahfuz sejak azali lagi, dn keduanya juga adalah pasti! bezanya cuma, ajal memang confirm kita akan jumpa kt dunia! tapi jodoh, mungkin di dunia ataupun di Syurga nanti. but fr sure, ia adalah pasti.

jadi jangan terlalu mempersiapkn diri untuk jodoh, sehingga terlupa kepada ajal kita yang sudah pasti kita akan bertemu di dunia ini. persiapan untuk bertemu jodoh masih bole dilakukan meskipun setelah kita sudah brtemu jodoh, contoh macam belajar masak! haa, lepas kahwin pn kita still bole belajar masak kn? tapi kalau persiapan untuk ajal pulak, sorry to say. we have no time to do the preparation untuk mati setelah brtemu kematian, just imagine! Macam mana kita tambah pahala after mati, melainkn dengan 3benda iaitu sedekah jariah, doa anak2 kita yang soleh dn solehah, serta ilmu berguna yang dimanfaatkn. itu pn kalau kita berpeluang untuk melakukannya selama hayat kita, kalau tk?? nauzubillah, smoga Allah menjauhkn kita dari sifat lalai ini. huhu, jadi sekarang awak nampak tak preparation untuk apa yang perlu diberi perhatian dulu?? sebab kita sendiri tak tau mana yang akn tiba dulu, samada jodoh atau ajal. apa yang pasti! ajal itu pasti kita akn bertemu di dunia, Allahumma Solli 'Ala Sayyidina Muhammad~
sekian, wasallm.

# ingatlah bahawa Malaikat Maut melawat kita 70x dalam sehari, Allahu Rabbi.

07 June 2013

MINGGU MESRA SISWA (1)


Assalamualaikum!

alhamdulillah, selesai sudah Minggu Mesra Siswa (MMS) yang berlangsung selama 3 hari di KUIM. banyak pengalaman baru yang sukar untuk dilupakan selama menjadi sebhagian dari urusetia program ini, dn terima kasih juga kepada adik-adik junior yang sangat mendengar kata! untuk tugas am, saya ditugaskn untuk menjaga Kaunter Pertanyaan. saya agak takut kalau-kalau tak dapat jawab soalan yang bakal ditanya, normally ibu bapa yang akan banyak bertanya kn. tp alhamdulillah, saya dapat jawab dengan tepat dan yakin tau tak! nak tau kenapa? sebab mereka asik tanya soalan yang sama- kat mana nak mendaftar ye dik? tandas mana? kafe mana? tapi ada jugak yang saya salah bagi arahan, bukan salah tapi konpius! tertukar arah untuk tandas lelaki dn perempuan, err. maaf ye kalau ada sesiapa yang saya TER-salah bagi arahan, huhu. penat memang penat, tapi saya tetap melayan mereka dengan mesra sebab semua yang tanya tu baik-baik belaka. mereka sangat berhemah, ada yang panggil saya adik dn kakak. tapi ada jugak yang panggil saya "mak cik", ya Allah. nasib baik sorang je yang panggil saya cmtu, fuhh! tkpe tkpe, mungkin dia tersalah panggil. tapi kenapa muka dia macam tak bersalah masa tu, huaaaaa!!

untuk tugasan khusus, saya beserta saf kepimpinan PERSEPSI diamanahkan di bawah unit Dakwah. rasanya, tugas kami yang paling ringan kot berbanding unit-unit yang lain. time kuliah Magrib, saya terdengar penceramah ada bagitau antara golongan yang wajahnya bercahaya semasa dibangkitkan di akhirat adalah yang datang awal ke masjid sebelum masuk waktu solat. dan semestinya, tugas kami ini menyebabkan kami kena datang awal ke masjid sebelum masuk waktu solat untuk prepare apa-apa yang patut! yay, alhamdulillah! semoga kami menjadi salah seorang dari golongan tersebut, ameen! dn yang paling best kami kena pasang zikir kat masjid 30minit sebelum masuk waktu, dn semestinya Hafiz Hamidun menjadi sasaran saya! bila dah pasang tu, ada mahasiswa yang bibir dia turut mengalunkan zikir tersebut. subhanAllah, rasa macam best sangat sebab dapat ajak orang ramai berzikir sekali! lagi-lagi time Subuh, best sangat dengar alunan Zikir Hafiz Hamidun time langit masih gelap. masyaAllah, hanya Allah yang tau betapa seronoknya kami dapat mengajak mereka berzikir dn menyusun atur para jemaah agar solat berjemaah dapat dijalankan dengan teratur. terima kasih untuk kesempatan ini ya Allah- ALHAMDULILLAH. 
sekian, wasallm.

# oh, saya dipilih sebagai Exco Akademik bagi PERSEPSI =))

01 June 2013

REHAT JAP~


Assalamualaikum!

tadi cari bahan untuk assigmnt, entah macam mana bole terjumpa pulak video ni. macam kelakar je, macam lawak je~ haha, seems like i dont hv so much time to write up sebab busy sangat percayalaaaah!! so, biarlah video ni menjadi pengganti kepada penulisan saya buat sementara ni. kbai!

28 May 2013

LA TAHZAN ADIK MANISSS

Assalamualaikum!

ohh my dear sisters, tkda apa yang mampu saya lakukn utk mengurangi tekanan jiwamu yang diruntun pilu. saya juga mmerlukan bantuan dn pimpinan dalam menghadapi ujian yang mendatang, cuma ada beberapa kata-kata yang ingin saya kongsi buat renungan bersama. sesungguhnya dua faktor yang menggolak perasaan dn emosi manusia adalah "kegembiraan yang memuncak" dn "musibah yang dasyat"! saat awak jatuh ditimpa musibah,jangan mudah putus asa. awk kena berusaha untuk bangkit, sesungguhnya jika Allah mencintai hamba- Nya maka Dia akan tenggelamkan hamba- Nya dalam musibah dn siapa yang tk pernah mengalami musibah maka ia akan jauh dr kasih sayang Allah SWT.

ingatlah bahawa Allah SWT tidak sekali-kali membebani hamba- Nya dengan sesuatu yang tk mampu terpikul olehnya, semua itu adalah ujian untuk mendekatkn kita kepada- Nya. jangan dibebani bahumu yang lembut itu dengan urusan dunia yang tk pernah sudah, dunia memang cmtu. kita bkn insan perkasa yang mampu menanggung segala, tetapi ketahuilah bahawa bukti Allah menyanyangi hamba- Nya adalah melalui ujian yang ditimpakan. so please, LA TAHZAN YA UKHTI. semoga awk diberi kekuatan untuk menghadapi ujian ini, ameen!
sekian, wasallm.

# orang yang bersabar belum tentu bersyukur, tp orang yang bersyukur adalah mereka yang turut bersabar!

22 May 2013

WELCOME TO KUIM!

see u at KUIM~
Assalamualaikum!

sejak kebelakangan ni, saya mendapati post Kolej Universiti Islam Melaka dalam blog saya ni mendapat carian paling tinggi berbanding post-post saya yang lain. saya agak terkejut, dn tertanya-tanya apa yang menarik nya dengan post tu. ahaa, baru saya teringat! sekarang musim pelajar mencari tahu tentang tempat pengajian yang bakal mereka sambung study, no wonder lah! dulu pn saya macam tu jugak, seboleh-boleh nak search sampai lubang cacing pasal tempat baru yang akan saya pergi tu. macam-macam perasaan ada, tapi apa yang pasti! semakin hampir dengan tarikh keramat untuk mendaftarkan diri ke KUIM, semakin lemah semangat saya. tapi saya kuatkan jugak semangat, saya cubaaaa! berkali-kali saya bagitau ibu dn ayah supaya jangan terus balik KL lepas anta saya, saya sampai ajak mereka untuk tidur sekali dengan saya dalam asrama kat KUIM tu nanti. haha, budak kecik ni kn!

minggu pertama adalah minggu membasahkan mata dengan air mata rindu, rindu pada segala-galanya yang saya tak dapat bawak ke KUIM! expecially, my lovely parents. setiap hari jugak saya bagitau ibu dn ayah yang saya tanak duduk asrama kat KUIM, saya nak duduk luar. ada hati youuu, padahal baru sem satu! tapi ayah dn ibu banyak bagi support, dn support itulah yang menyebabkan saya rasa gembira yang teramat sangat setelah 1tahun menuntut di bumi KUIM ni. alhamdulillah, semoga kenikmatan ini berkekalan sehingga saya selamat menamatkan pengajian nanti. lagipun, tak lama dah. pejam celik- pejam celik, saya akan merindui pulak suasana di bumi KUIM ini. semestinya hari-hari terakhir di KUIM pasti juga akan ditemani air mata sepertimana hari-hari pertama saya melangkah masuk ke sini, semoga semuanya akan dipermudahkan! ameen, huhu. anyway, for those yang bakal melanjutkn pelajaran ke KUIM- ahlan wa sahlan! semoga kita dapat bersama-sama menjadi putera puteri Islam yang berjaya di dunia dn akhirat, Allahumma Ameen! :')
sekian, wasallam.


10 May 2013

SABAR TU AWESOME

bukan nk poyo, cuba husnuzhon sikit~
Assalamualaikum!

kay mon, kay mon! look at the pictures above, ada artis nk bergambar dengan saya! booo, tak lawak pn. ok, maaf. hmm, last week i went to PWTC sempena Pesta Buku yang diadakan every year since tk tau bila. memandangkn baucer buku sebanyak rm250 masih tak luak, jadi saya ambik kesempatan untuk meluakkannya di Pesta Buku ni walaupun saya terpaksa berasak masuk ke dalam dengan ribuan pengunjung yang lain. kalau saya dilenyek time tu, confirm takda sape yang perasan. alangkah sadisnya andai itu terjadi, tapi alhamdulillah! ia tak berlaku pn, ok sambung cerita! saya nk beli dua-tiga buku ni, but i hv to line up fr almost 1 hour untuk membayor! penat lah berdiri, tapi alhamdulillah. akhirnya, berkat sifat sabar yang dipaksa dn rungutan yang ikhlas dr hati dapatlah jugak saya membeli buku tu.

then saya jalan-jalan lagi untuk cuci mata, sampailah mata saya terpaku pada seseorang yang agak comel. macam pernah ku lihat wajahnya, tapi dimana ya! dalam tv sudah, tkyh nk propa sangat lah kn. ok, si comel yang saya maksudkn adalah! jeng jeng jeng, Heliza Helmi! tapi saya tak dapat bergambar dengan dia, huhu. dia mesti excited kalau tau Ania Narma nk bergambar dengan dia, tp tkpelah. Ramai betul orang, then saya teruskan perjalanan dengan perasaan yang agak hampa. tkpe, sabar itu indah! beberapa minit kemudian, Allah SWT mempertemukan pula saya dengan novelis Islamik yang sangat saya hormati dn kagumi kerana Allah SWT. masyaAllah, Ustazah Fatimah Syarha! saya sempat bersalam dn berborak dengan dia, huhu. terharunya, rasa macam tanak balik time tu! namun perjuangan harus diteruskn, dn kemudian! saya terserempak pulak dengan Ustaz Don Daniyal Biyajid! subhanAllah, kehilangan Heliza Helmi diganti dengan dua orang lain yang famous di Malaysia! masyaAllah, INDAHNYA SEBUAH KESABARAN.
sekian, wasallm.

# sabar akan terasa lebih indah jika diiringi dengan rasa syukur!

17 April 2013

EXAM MODE: ON! (2)

Assalamualaikum!


SORRY, NO NEW POST.
SAYA TENGAH EXAM NI.
DOAKAN SAYA YE.
TERIMA KASIH.
MAY ALLAH BLESS YOU!! =)

# 2nd post yang sama, 4 more to go! -___-"

26 March 2013

PRU DI KAMPUS

2:30- kitalah 'khalifah' yang dimaksudkn!
Assalamualaikum!

hai semua, today i would like to membebel about Pilihan Raya Kampus! fr sure, this is my first time menghadapi situasi mengundi di kampus. seriusly, it was awesome! setiap calon giat membentangkan manifesto dn semestinya, setiap calon mempunyai pengikut dn pengaruh masing-masing! tapi kn, ada jugak antara pengikut yang terlalu obses dengan calon yang bertanding sehingga hampir menimbulkan perbalahan antara pihak-pihak penyokong yang bertanding. alaa, kenapa sampai cmtu?? biasa-biasa sudah laa, huhu. Hak mengundi kn hak mahasiswa, setiap daripada kamu diberi mandat untuk pilih pemimpin kamu. pemimpin akan dipersoalkan di akhirat kelak tentang amanah yang dipikul, dn harus diingat! kita juga akan dipersoalkan tentang pemimpin yang bakal kita pilih so friends, just let the people to hv their own choice.

Ok selain tu saya nak bagitau, saya juga bertanding!!! Sebagai Exco bagi Persatuan Siswa Siswi Akademi Pengajian Islam (PERSEPSI). Sem sebelum ni saya berpengalaman jadi AJK baharu untuk Persepsi, ala biasala budak2 baru yang excited nak berkecimpung dalam persatuan. Lepas tu kakak2 dan abang2 senior dalam persatuan tu bagi galakan dekat saya untuk bertanding jawatan Exco pada pemilihan kali ni, dapat la ganti tempat mereka. Malu tu memang la malu tapi nak juga merasa jadi calon pilihan raya hahha, jadi saya pun bertanding lah. Ni kalau tak ramai yang undi, nyorok bawah meja la eh. Hahah semoga Allah permudahkan aamiin

# UPDATE; masa tunggu pengumuman keputusan PRU untuk PERSEPSI, saya rasa dah kalah sebab nama saya tak disebut2 so macam redho jelah. Rupanya nama saya disebut yang terakhir sekali, itu juga menandakan undian saya paling tinggi antara semua calon yang terpilih. Malunya masa kena bangun dan naik ke pentas, mujur tak kena bagi ucapan. Terima kasih atas kepercayaan, segala puji bagi Allah atas kesempatan dan amanah ini— Exco PERSEPSI 2013/2014

13 March 2013

KENAPA LAW?

one of my favourite books, =*
Assalamualaikum!

Percaya tak, saya ambik law sebab saya suka penampilan seorang peguam dalam pakaian black and white. OMG, they look smart kn! ok maaf, reason tu memang sangat tk bole belah. honestly, saya suka menentang kebiasaan. because sometimes i dont agree dengan sesetengah mentality yang terlalu mengikut kebiasaan even mereka dh tau kebiasaan tu salah. tp mereka malas nk ubah, perasan tk? mungkin sebab tu kot yang menjurus saya untuk ambik law, hmm. nk jadi lawyer kena berani bersuara, bersikap agak defensive dn argumentative and of course we hv to think out of the box. that means, awak kena mampu berfikir secara kritis dn kreatif. ni apa yang lecturer saya cakap, tapi ni hanya pada teori je. actually sesiapa pn bole ambik law as long as you minat dn passion terhadap law field, sebab law field ni sangat mencabar but interesting!

bila study law, awak sebenarnya sedang membijakkan diri sendiri sebab kita diajar untuk berfikir lebih dari apa yang orang biasa fikir. tk rugi pn ambik law, dn tk rugi pn menjadi arif dalam course ni. as we knw, law is the most important aspek dalam sesebuah negara. so kalau kita expert dalam law, rarely kita akan jadi orang yang kurang bijak! Apapun kita belajar kerana Allah SWT, pasang niat tu betul-betul. dnt despare and never loose hope cause Allah is always by your side, insyaAllah. Allah pasti akan tolong hamba-Nya yang ikhlas melakukan sesuatu kerana Nya, :')
sekian, wasallam.

# if you want it, you have to fight for it!

26 February 2013

AWAK COMEL SANGAT!

Assalamualaikum!

awak awak awak, tau tak yang saya selalu perhatikn awak? saya suka tengok awak sejak sem lepas lagi, tp saya takut nk bagitau awak! saya takut dengan awak, huhu. awak tau tk, boleh dikatakan everyday kita akan terserempak. selalunya kat cafe lah, masa awak tengah syok menjamu selera. saya usha je awak dari jauh, saya perhatikan awak senyap-senyap. ya Allah, awak comel sangat tau tak! awak selalu buat saya geram dengan kecomelan awak tu, sampai kadang-kadang saya rasa jeles! dh lah comel, manja pulak tu! ish, geramnya! saya tau awak ramai peminat kat KUIM, huhu. awak tau tk, saya dh mula ada perasaan sayang kat awak. perasaan ni hadir sejak saya mula-mula nampak awak, sungguh! saya rasa awak sedar yang saya selalu perhatikan awak, betul tk? 

satu hari tu awak tiba-tiba datang kat saya, saya tk perasan pn! dengan pandangan yang memukau a.k.a tajam, awak hampir membuatkn saya menjerit! kn saya dh cakap, saya takut dengan awak! tu masih ada jarak antara kita, just imagine kalau awak datang rapat kt saya! mak aihh, tk ke koma saya dibuatnya! awak, lain kali jangan buat lagi ye. saya belum sedia, huhu. hmm, awak tau tk. saya teringin sangat nk rapat dengan awak, tapi saya takut. saya tk berani, huhu. saya pn tk tau bila agaknya perasaan takut/gemuruh/gementar kat awak ni akan hilang. tulah, awat comel sangat?!! anyway, awak jangan risau. saya akan terus menjadi pemerhati awak yang setia. dalam diam, because im ur secret admirer! huhu, kadang-kadang bila tengok telatah awak bole buat saya ketawa. hilang stress saya, seronok tau! awak comel sangat, geram saya! seriusly, saya pn berkeinginan nk peluk awak macam orang lain. nk manja-manja dengan awak, tp saya belum berani. huhu, tp in sha Allah! masanya akan tiba, ye KUCING! sabar tau, ^_^
sekian, wasallm.

# menyayangi kucing adalah amalan Rasulullah SAW, subhanAllah! :')

20 February 2013

STOP! DONT SAY IT


Assalamualaikum!

hmm, im preety sure yang semua orang suka apabila dipuji. padahal orang yang memuji tu tk bermaksud pn nk memuji kamu, dia saja je nk suro awak belanja dia aiskrim Cornetto. hehe, tkpe tkpe. saya pn pernah kena cmtu, huhu. tp ayah saya selalu pesan, jangan bangga apabila dipuji. itu adalah satu ujian, nanti bole buat saya lupa diri. masa kecik-kecik saya iye kn je apa yang ayah saya cakap, padahal saya bukan faham pn. tp bila dh bosau ni barulah saya faham apa yang ayah cuba sampaikn, saya setuju! lagi-lagi perempuan, bila dh besar dia lain tau. kami sangat lemah dengan pujian, seriously!

so kepada kaum Adam, PLEASE. jangan puji wanita itu dihadapnnya, tk kesah lah yang berkaitan dengan cara dia bekerja ke, kecantikan muka dia ke, kesopanan dn kesusilaan dia ke, or apa-apa saja yang berkaitan dengan dia! jangan, jangan sesekali kamu memuji seseorang wanita itu lagi-lagi kalau kamu suka kt dia! fuhh, nk tau kenapa?? kerana pujian tu menghancurkn, ia mampu merapuhkn hati seorang wanita yang sememangnya lemah dengan pujian! pujian mampu membunuh kekentalan hati seorang wanita, percayalah! tp kalau dh tk tahan sangat nk puji, pujilah depan orang lain atau sekadar dalam hati. jangan sampai dia tau yang kamu sedang memujinya, terima kasih, ^_^
sekian, wasallm.

# kepada kaum lelaki: jika wanita itu ibu dan isteri kamu, maka pujilah dia tanpa henti!