30 December 2012

SABARLAH WAHAI HATI

kesabaran itu pasti akan diganjari.
Assalamualaikum!

"oh my dear Allah, i felt so sinful today. i felt so sinful because i let myself to think and miss a man that is not my fated husband, huhu. ya Allah, apa yang aku rasakn ini hadir tanpa dipaksa! aku takut ya Allah, why do i always think about  him?? ya Allah, if he is not fr me please erase him from my mind. the sooner the better ya Allah, so that i cn set him free from the sins of letting me love him more than i should have love You! 

if loving him is bad fr me, makes me not love him ya Allah. but if he is the one You have set fr me as my lifetime partner, let him come when it is fated as the time fr us to get married. so that i wont neglected You anymore, huhu. please let him come only when i had know You the most, so that i cn be the best fr him."

:monolog dalaman si anak dara:

18 December 2012

DOSA-DOSA YAHUDI LAKNATULLAH

poster masa progrm klas, hee
Assalamualaikum!

bangsa yang paling kejam di dunia dn tidak berperikemanusiaan adalah Zionis atau Yahudi Laknatullah, bg mereka darah umat Islam adalah halal dibunuh dn tentera mereka yang berjaya membunuh umat Islam terutamanya pemimpin Islam akan mendapat pujian dn kenaikn pangkat! hmm, Yahudi ni memang degil dn tk prnah serik. mereka pernah buat kerosakan pertama di bumi Yathrib dengan menguasai politik, ekonomi dn sosial. then dorang menindas dn melaga-lagakan bangsa-bangsa lain, sebab tu Aus dn Khazraj selalu berperang. Yahudi Laknatullah sangat bangga menjadi bangsa yang pernah membunuh Nabi dn Rasul, that is why mereka menafikn munculnya Nabi akhir zaman! pelbagai usaha yang dilakukn oleh mereka untuk membunuh Nabi dn akhirnya mereka diusir dari bumi Khaybar pd bulan Muharam tahun ke- 7H, then sejak tu kemana saja mereka pergi pasti akan dibenci kerana sikap mereka sendiri yang sentiasa berbuat kerosakn.

ketika pemerintahan Islam suatu ketika dahulu, mereka pernah dengan penuh hina diberi belas ihsan bersyarat. masa kuasa Kristian nk bunuh mereka beramai-ramai di Andalusia pd 1492, kerajaan Islam Turki Uthmaniyah lah yang memberi mereka perlindungan di bawah kuasa Islam! tetapi sebagai balasan, mereka menghancurkn Islam dr dalam sehingga khalifah Islam yang besar dn menguasai 2/3 dunia runtuh secara rasmi pd 1924! dn semestinya kita merasai akibat itu sehingga sekarang, tengok! Palestin terus bermandi darah,penderitaan yang dilalui oleh mereka bagaikn tiada noktah! percayalah, pihak Yahudi sangat kaya sekarang dengan sokongan Amerika yang kononnya mengaku Polis Dunia. U.S menghantar 10-15 juta US Dollar sehari sebagai bantuan untuk Israel, plus negara-negara Arab yang kaya pulak melabur duit berbilion-bilion di Amerika. dn duit tu sewenang-wenangnya digunakn oleh Yahudi untuk menghancurkn Islam, ohh man! ni ado satu laei yang buek den menyirapp, president Barack Obama yang baru memenangi calon President untuk penggal kedua pulak hanya diam membisu seolah-olah apa yang dilakukn oleh sekutu kuatnya Zionis mendapat restunya! eh eh, apa kes ni mr. President? kata nk perjuangkn hak asasi manusiaaaa

06 December 2012

PEMILIK CINTAKU SETELAH ALLAH DAN RASUL

Assalamualaikum!

amacam, gempak tk tajuk untuk post hari ni? tp jangan nk perasan ye, tajuk ni tkda kena mengena pn dengan bakal suami ke, bakal imam ke, bakal bapa kepada anak-anak ke, or anything yang membawa maksud yang sama. hmm, kalau saya ni dh kahwin bole lah dikaitkn tajuk ni dengan perkataan kt atas tu. tp sekarang saya belum kahwin, jd pemilik cintaku selepas Allah dn Rasul sudah tentulah.. *drum roll* jeng jeng jeng- AYAH DAN BONDA!! hehe, menjadi tk suprise saya ni?! ok, maaf. lets carry on, ehem! melalui ekspresi cinta berpahala dalam ikatan halal yang diredai, Allah SWT telah mengurniakan kita kepada ibu dan ayah sebagai tawa semasa susah, senyum semasa sedih, harapan semasa kecewa, ramai disaat kesepian dn gurauan disaat tegang. <3

hmm,saya rasa kalau nk taip semua tanggungjawab kita kepada ibu bapa MEMANG TAK LAH KAN! kerana ianya sangat banyak dn semestinya kita tk mampu untuk membalas semua pengorbanan dn jasa mereka tu, dn sesungguhnya hanya Allah SWT saja yang mampu membalasnya dengan ganjaran yang setimpal. apa yang terbaik ialah sentiasa mendoakan kesejahteraan dn memohon keampunan buat mereka tk kira sama ada mereka masih hidup atau pn sudah meninggal dunia, dn sentiasalah berbuat baik kepada mereka kerana sesungguhnya reda Allah SWT letaknya pada reda ibu bapa! last but no least, to my dear parents- "terima kasih cintaku, ibu dn ayah. aku bangga menjadi anak kalian! Semoga ibu dan ayah dimasukan ke syurga Firdaus tanpa hisab dan azab, aamiin"

# kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah sepanjang masa! :')

25 November 2012

SECRET ADMIRER

Assalamualaikum!

secret admirer, someone yang admire kita tnpa pengetahuan kita. seram kn, huhu. dalam diam, they have interest to knw about you! they could do anything, so watch out! ye, tk semua secret admirer ada masa lebih nk usha pasal life kamu 24hours. tp ada sesetengah yang berperangai cmtu, sampai sanggup buat bnda yang NONSENSE! benda ni akan lebih menakutkn kalau berlaku dekat perempuan, so hati-hati lah ye. peminat misteri ni memang lah misteri, sebab tu namanya 'secret admirer'.

ada di antara mereka yang melakukn sesuatu tp tk menonjolkan diri, dn ada jugak yang tk buat pape pn. they just perhatikn gerak geri kamu je, abislahhh. kang tetibe dapat hadiah lah, kad lah, msg dn call lah yang entah dr siapa. rupanya dr si dia yang admire kamu sampai kita nk buat something pn jd tk keruan sebab dapat rasa diri sentiasa dalam perhatian org yang kita tk kenal tu, huhu. tp chill ok, Allah kn ada. berdoalah pd Allah SWT untuk memohon perlindungan- Nya, insyaAllah. everything will be ok, trust me! mana tau si dia yang admire kamu tu adalah jodoh kamu, wekk! hehe, gurau je. anyway, take it easy man! eceh, cakap org pndai. tp diri sendiri terabur bila dlm keadaan cmni, apelah. kbai

# SECRET ADMIRER- a stalker with stationary.

19 November 2012

BERSABARLAH GAZAKU!

we are here to support you!
Assalamualaikum!

ya Allah, tak sanggup rasanya nk menatap gambar-gambar kekejaman Israel terhadap saudara seagamaku di Gaza! but mereka juga bertuah, Allah SWT choose them untuk berjihad. mereka dipilih untuk menentang musuh Allah dn mempertahankn masjid al- Aqsa, subhanAllah. mereka telah mewakili umat Islam di seluruh dunia untuk menjadi benteng pertahanan kepada kiblat pertama umat Islam dn juga masjid ketiga suci Islam, Allahu Rabbi. with cries of "Allahu Akbar", they cheered as rockets streaked overhead towards Israel. Allah. keep it up Palestians, teruskn perjuanganmu mempertahankn our holy land and mosque til ur last breath.

sehingga setiap daripada kamu gugur syahid, SYAHID! may Allah give you a beautiful house in the highest ranks of Jannah, aamiin! dont worry, even satu dunia tidak peduliknmu, Allah is always there fr you! janji Allah itu pasti, kamu bantu Agama Allah. Allah will help you, =') =') =')
sekian,wasallm.

#  La Tahzan Palestinians, innallaha ma'ana! 

13 November 2012

BERTUAH MENJADI PUTERI ISLAM

HR Muslim.
Assalamualaikum!

hye, tadi tengah buat assignmnt then i found something yang agak special fr me! im so touched and tersedar that how lucky i am and you (muslim girl out there) are to be born and raised  as a muslim girl, masyaAllah. 

as we all knw, seorang ibu adalah wanita. seorang isteri juga adalah wanita, dn seorang anak gadis semestinya seorang wanita. kn kn? beruntungnya seorang wanita Islam kerana, ehem! saat dia menjadi IBUsyurga berada di bawah telapak kakinya. awesome kn? terharunya, huhu. next, saat bergelar seorang ISTERI- dia melengkapi separuh agama suaminya. ya Allah, sweetnyaaa..!!

huhu, dn yang terakhir. saat dia dipanggil ANAK GADIS- dia membuka pintu syurga untuk ayah dn saudara-saudara lelaki dengan amal dn akhlak solehnya! Betapa Islam sendiri telah mengangkat darjat wanita berada di tempat yang selayaknya, alhamdulillah. so girls, semoga kita dapat menjaga diri sebaiknya dengan memelihara keistimewaan dn ganjaran yang diberikan oleh Allah SWT terhadap puteri-puteri Islam. InsyaAllah

# so boys, dont be jealous ok! >.<

01 November 2012

LAST PAYPERRR!!!

sweet memory, :')
Assalamualaikum!

hai, im back! hehe, berhabuk dh blog ni sebab lama dh tk update. ok whatever, apa yang pentingggg *drum roll* my exams are now over, alhamdulillah! Ini bermakna, i just finished semester satu! err, boleh bagi tepukan untuk saya? yay, thnk you thank you! even i knw you tak tepuk pun kan, kn kn? ok tkpe, dh biasa syok sendiri. T.T

ok ok, i just wnt to say that i truly miss my memories at KUIM. expecially memories with my housemates, oh yah! i mean, my adorable sistersss!! thanks fr the sweet moments siss, and thnks fr giving me the experience to be a younger sister! Seronok, syukur alhamdulillah! bila saya study smpai malam, kak Erni selalu temankn. bila saya lapar, kak Fieffy selalu buatkn makanan. bila saya sakit, kak Ina risau sangat. bila saya tk tau kemas barang, kak Alis ada untuk tolong saya. dn bila saya gigit kuku, kak Nina selalu tegur. bila saya sedih, mereka selalu hiburkan. bila saya balik lambat, mereka tunggu saya balik sebab risaukn saya. bila saya nk jd baik, mereka bagi semangat tahap maksimum. bila saya buat salah, mereka selalu membebel. tp comel sangat, hehe. we are like one happy family, kn kn? huhu, gonna miss this momentssssss! Semoga perkenalan kita tak berakhir di sini~~

# they are not my seniors, they are my sisters!

17 October 2012

EXAM MODE: ON! (1)

Assalamualaikum!

SORRY, NO NEW POST.
SAYA TENGAH EXAM NI.
DOAKAN SAYA YE.
TERIMA KASIH.
MAY ALLAH BLESS YOU!! =)

# give the best answers, good luck peeps!

30 September 2012

AJAIBNYA SEDEKAH

so wats ur answer??
Assalamualaikum!

tadi dalam kereta, saya dengar ceramah dalam radio. haa, dengar ceramah dalam radio? tk, mksudnya saya dengar ceramah kt radio dalam kereta! Pasal sedekah, so i nak share what i heard just now. sedekah ni perbuatan yang mulia disisi Islam, apatah lagi kalau kita lakukannya dengan rasa ikhlas. masyaAllah, besar ganjarannya! kadang-kadang saya terfikir, saya ni belum kerja. masih dalam tanggungan ibu bapa, so saya tak ada pendapatan atau duit sendiri. jadi macam mana saya nak bersedekah? kalau saya mintak duit kat ayah, lepas tu saya bersedekah nanti ayah saya sahaja yang dapat pahala! abis saya macam mana? haa, pesoalan ni sering bermain dalam otak saya masa kecik dulu. sekarang dah besar sikit, boleh lah saya jawab persoalan tu.

"tangan yang memberi lebih mulia daripada tangan yang menerima", get it? maksudnya kan, ehem! kalau tangan kita yang memberi sedekah itu walaupun itu duit mak atau bapak kita, kita akan dapat pahala jugak! pasti lebih besar pahalanya kerana tangan kita yang memberi, so! janganlah kita berasa takut harta akan habis hanya kerana bersedekah, sesungguhnya harta yang disedekahkan tidak akan berkurang kecuali ia bertambah bertambah dan terus bertambah! amalan bersedekah juga mempunyai banyak kelebihan, antaranya rezeki kita dilapangkan serta jiwa dan hati kita akan ditenangkan. umur mereka yang bersedekah juga akan dipanjangkan kerana mereka yang menerima sedekah kita akan mengucap 'alhamdulillah' sebagai tanda penghargaan kepada Allah swt dan kita yang memberi sedekah, masyaAllah! bukan itu saja, sedekah juga merupakan amalan yang berterusan memberi kita pahala apabila kita mati nanti! subhanAllah, tak rugi pun kalau kita berkongsi harta ke jalan Allah! 


# ehem, senyum pun sedekah tau! :)

24 September 2012

YA RASULULLAH!

Allah ya Allah.
Assalamualaikum!

saya baru lepas khatam buku HIJRAH- Permulaan Sebuah Kegemilangan hasil nukilan Abdul Latip Talib. Ya Allah, sebak hati ni bila baca buku tu. selama ni saya hanya mengetahui mengenai baginda melalui bahan-bahan bacaan ilmiah, dendangan lagu-lagu nasyid dan ceramah-ceramah di tv. terdetik rasa di hati untuk berjumpa dengan baginda, setiap kali itu juga saya mengucapkan selawat pada baginda dengan harapan saya akan menjadi salah seorang umat yang paling dekat dengan baginda pada hari kiamat nanti!

siapalah saya untuk menulis secara terperinci tentang kisah hidup baginda, saya just nak share rasa rindu yang tak pernah saya alami sebelum ni. terlalu banyak dosa pada diri ini sehingga saya merasakan yang saya tidak layak untuk menjadi umat baginda, huhu. tapi yang pasti, semua orang boleh berubah untuk menjadi yang lebih baik. and of course i want to be one, insyaAllah. kerana sesungguhnya saya ingin sekali menjadi saudara (ikhwan) Rasulullah saw. as what prophet Muhammad saw said: "saudaraku ialah mereka yang belum pernah melihatku, tetapi mereka beriman denganku sebagai Rasulullah dan mereka sangat mencintaiku. Malahan kecintaan mereka kepadaku melebihi cinta mereka kepada anak-anak dan orang tua mereka. Aku sungguh rindu hendak bertemu dengan mereka.." huhu, sayunya hati ni!! 

06 September 2012

DOA AKHIR ZAMAN

ameen ya Allah!
Assalamualaikum.

semalam saya ada terbaca smthing tentang ummat akhir zaman kt satu buku ni and i feel like crying!! seriusly, we are running out of time! huhu, i feel so scared. after i read dat article, i straight away bukak lappy and goggle-ing wat cn i do to avoid myself yang jahil ni dari FITNAH akhir zaman! nauzubillah, lepas tu jumpa doa kat atas! Semoga kita sama2 dapat beramal dengannyaaa

26 August 2012

SALAM AIDILFITRI

NOTE TO SELF.
Assalamualaikum!

ok fine, saya terpaksa terima hakikat yang hari ni dh masuk bulan Syawal. Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua muslimin dn muslimat yang menetap di bumi Allah. expecially fr those yang mengenali diri ini— zero zero tau, hehe. alhamdulillah, dapat jugak saya meraikan Aidilfitri pada tahun ni! time raya ni yang syoknya sebab banyak cerita best kt tv, so kalau nk pergi beraya rmh saudara mara memang saya akan fikir 100x. kena fikir betul-betul, nk duit raya ke atau nk tengok cerita best! ok, mostly saya akan pilih duit raya. so terpkasalah saya merajinkn diri untuk pergi beraya, huhu.

then kalau pasal kuih raya, memang saya akan tibai abis-abis. err, kt rumah saya pn saya sndiri yang abiskn kuih-kuih raya tu. tk smpat nk jamu dekat tetamu pn, hehe. maaf ye ibu dn ayah, i will try to control myself this year. tp tk jamin tau, huhu. i think saat paling best time raya ialah pada malam raya, memang syok abis time ni! riuh rendah, seronok sangat tau tk! semua bekerjasama utk menyiapkn persiapan nk raya, lagi-lagi time bakar lemang dn anyam ketupat! saya kn mmg suka menyebok, so tk hairanlah kalau semua lemang dn ketupat tu ada yang tak menjadi! ketupat saya mesti tk cukup sifat, grr! panas je hati ni sbb usaha saya selalu tk menjadi, tp biar jelah. orang nk makan isi dia, bukan bentuk ketupat tu! so, tkda masalah pn. cehh, ayat nk sedapkan hati ni. Ok bai, nak sambung habiskan kuih raya sebelum tetamu sampaii

# may Eid-ul-Fitr bring happiness in your life! Aamiin

20 August 2012

NAK RAYA DAH

biar gambar berbicara~
Assalamualaikum!

"kalau anak cucu balik baru masak sodap-sodap.." hehe, ni apa yang nenek saya cakap. terharu sangat, dh lama tk makan masakan nenek lagi-lagi sambal udang yang memang- perrgggghhhhhh!! terbaek der, sedap tk terkata! nk dijadikan cerita, semalam saya berbuka puasa kt rmh nenek. semua kaum kerabat saya ada, dh rasa mcm raya time tu! riuh rendah, best sangat! kebetulan cousin saya yang study kt Mesir tu pn balik, so memang lengkap lah 'family- tree' saya semalam. 

Seriusly, saya rasa dh mcm open house Hari Raya time tu! makanan banyak sangat, sedap pulak tu! memandangkan cousin saya ramai yang masih di bawah umur, so tk hairan lah kalau saya bagitau yang dorang main bunga api dn mercun lepas isyak. tp mercun yang biasa tau, bukan mercun yang ganas tu! dn.. err.. hurm.. ok, saya pn join sekali dorang main benda alah tu. tp saya main tkda lah over sangat, biasa-biasa je. lepas tu saya sambung makan bubur cacar, mak aihh sodaaap! semua ni home-made ok, tkda yang beli kt bazar atau kt kedai sebelah rumah awak tu. 

Haa, teringat pulak time bukak puasa kt KUiM! ada harinya saya bukak puasa kt masjid, then satu hr tu ada kakak senior ni tegur. "hai dik, baru nmpk muka", then saya jawab "duit dh habis". maksudnya, time duit dh habis baru nk datang masjid sebab kt masjid dapat makan free. hehe, kuang ajo! tp saya tkdalah jahat sampai berniat nk pergi masjid untuk dapat makan free je, tu hanya gurauan semata-mata antara senior dn junior. makan kt masjid pn sedap apa, lauk bukan calang-calang! kejap ayam, kejap ikan, kejap daging. perghh, sodap sodap! anyway, syukur alhamdulillah. im so lucky to be the choosen one to experience this awesome unforgettable moments, thank you Creator for choosing me. ok, thts all. nw is the time fr me to pack all my stuff, KUiM is waiting fr me! see you soon, happy fasting! just a few days left, then rayaaaaa!! Ok bai

ALLAH GRANT ME PATIENCE

Assalamualaikum!

first of all, i wnt to thank all my wonderful friends yang bagi support and semangat to be more patience in the way to face the hardship in life, i will make it darlings. insyaAllah, plus Allah loves those who are patient kn? Allah tkkn menguji kita lebih dari apa yang kita mampu, betul kn! so when Allah test me with this, it means He believes that i can surpass this! dont ever give up- this is wht i always pujuk myself! Allah SWT sentiasa bersama dengan hamba- Nya yang diuji kerana setiap ujian yang diberi sebenarnya kita sedang diberi pahala percuma, sebab dr cara kita menghadapi ujian tu lah yang menentukan kita akan dapat pahala atau dosa. Allah bagi ujian kepada hamba- Nya yang mendapat perhatian- Nya, thnks fr choosing me ya Allah!

i have made mistakes, everyone does. maybe ujian ni adalah untuk mengurangkan dosa kita, redha dn ikhlas tu penting. redhakan apa yang dh jadi, dn ikhlaskn apa yang sedang dn akan terjadi. when you asked Allah, He will answers you in three ways. when Allah says YES- He gives you wht you WANTS. when Allah says NO- He will gives you something BETTER. and when Allah says WAIT- He will gives you THE BEST! Allah knws best wht we need in our life, so be patient and believe in Allah. Thank Allah fr whatever answers He give as that is really the best there is, alhamdulillah! i must be the hero to myself, only me can save myself! insyaAllah, i can handle it. 

14 August 2012

MALAM LAILATUL QADAR

HR Muslim.
Assalamualaikum!

masyaAllah, cepatnya masa berlalu! sekarang kita dh berada di fasa ketiga Ramadan iaitu Fasa Pembebasan dari Api Neraka. just a few days left for us to gain as much pahala as we can in this special month! sedih laa, rasa mcm belum puas berada dalam bulan yang penuh berkat ni. dulu masa kecik saya sangat excited bila time nk raya, asik kira lagi beraba hr kena puasa sbb tk sabau nk raya! tp sekarang mcm dh tkda feel nk raya sakan, lagi nk dekat raya lagi sedih sebab bulan Ramadan dh nk abis! huhu, gonna miss you Ramadan!! 

as we knw, Ramadan begitu special kerana adanya malam yang lebih baik dari seribu bulan. untungnya siapa yang dapat jumpa anugerah Allah ni, i also want it!! malam Lailatul Qadar juga adalah sebaik-baik malam yang mengatasi semua malam termasuk malam Jumaat, maksudnya menghidupkan malam Lailatul Qadar dengan mengerjakan ibadah adalah lebih baik daripada beribadah pada seribu bulan yang tkda malam Lailatul Qadar. Lailatul Qadar ni berlaku pada malam yang terang, tk panas dn tk sejuk. tkda awan, tkda hujan dn tkda angin kencang. yang paling unik, bintang pn tkda tau! besoknya pulak cahaya mentari macam so-so je, cerah tp tk terik. udara dn suasana pagi pn tersangatlah tenang, masyaAllah. bestnya, huhu. for sure, hamba Allah yang bertuah yang dapat beribadat pada malam tu akan merasakan kelazatan dn kenikmatan beribadah. ketenangan hati dn kenikmatan bermunajat kepada Allah tk sama dengan malam-malam yang lain! Semoga kita dipilih untuk menjadi tetamu Allah pada malam tersebut aamiin

08 August 2012

SALAM NUZUL QURAN

al Quran: THE SUCSSES FACTOR.
Assalamualaikum!

Nuzul Quran merupakn hr memperingati sejarah penurunan al- Quran (Nuzul Quran) dn hr memperingatkan umat Islam tentang keagungan mukjizat Nabi Muhammad SAW yang terbesar ni. jap, jap! tp sebelum tu kn, ade sumber yang mengatakan peristiwa ni sebenarnya berlaku pada 24 Ramadan dn bukan pada 17 Ramadan! tkpelah, nanti saya tanya ustaz saya balik. sebenarnya Allah SWT berkuasa menurunkan al- Quran tanpa melalui perantaraan sesiapa pn, tp Allah telah mengkehendaki al- Quran diturunkan melalui perantaraan Jibrail as untuk disampaikan kepada kekasihNya- Nabi Muhammad SAW kerana rahsia agung yang terdapat di sebalik al- Quran itu sendiri.

Rasulullah SAW bukan saja berjaya menyampaikan wahyu tu dengan sempurna, tp baginda berjaya mengaplikasikn setiap wahyu itu dalam tindakan dn perbuatannya sehinggakan akhlak Baginda dinobatkan sebagai al- Quran (gambaran al- Quran). when we talk about kebesaran al- Quran, bermaksud we are also talking about keindahan akhlak Baginda SAW. di antara mukjizat al- Quran adalah Allah SWT sendiri menjamin penjagaan terhadap isi kandungannya sehingga kiamat, hebat kn? walaupn pelbagai usaha dilakukan untuk mencemar dn mengubah kandungnnya, al- Quran tetap terpelihara isi kandungannya dr dulu sampai sekarang dn terus terpelihara sehingga kiamat. so berbanggalah menjadi umat Nabi Muhammad SAW sebab kita ada sumber panduan yang sungguh lengkap untuk membimbing kita ke jalan yang lurus, dn semoga kita tergolong dalam kalangan umat Muhammad yang rajin baca al- Quran. Aamiin

Sesungguhnya Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud,"bacalah al- Quran kerana ia akan datang pada hari Akhirat kelak sebagai pemberi syafaat kepada tuannya..".

02 August 2012

DUGAAN OHH DUGAAN

Allahu Rabbi.
Assalamualaikum!

it's already 3.00am but i still cnt sleep, hurm. my mood not really good today, huaaa..!! siang td ketawa sakan, tk sangka pulak malamnya berduka. huhu, i dnt knw how to explain wht i feel right now. the things happend just nw makes me melalak, im so sad!! ya Allah, only You knw the 'condition' of my heart right now. hanya pada- Mu tempat ku mengadu, please please! dont leave me ya Allah, i need You! i knw whatever You plan fr me is good fr me, so please guide me to be the best even if i do not perceive it as so! 

i ask fr strength, Allah gave me difficulties to make me strong. i asked fr wisdom, Allah gave me problems to solve. i asked fr courage, Allah gave me obstacles to overcome. i asked fr love, Allah gave me troubled people to help. i asked fr favors, Allah gave me opportunities. yes, maybe i received nothing i wanted but i received everything i needed! and fr sure, everything happens fr a reason. dn sudah pasti ada hikmah disebaliknya, sesungguhnya Allah tidak akan membebani hamba- Nya diluar kemapuan hamba- Nya. insyaAllah, i cn overcome all of this ujian dn dugaan. and i know, Allah SWT is always by my side to guide me~


# the more test you are facing, the more sins you are reducing! 

29 July 2012

WELCOME RAMADAN!

puasa kt KUIM, 1st time!!
Assalamualaikum!

today is the day, dah masuk bulan Ramadan! its only comes once a year, so lets take this opportunity to gain as much pahala as we can! ok, tahun ni pertama kali saya tk berpuasa dengan family. kebanyakkan harinya saya akan tempuhi dengan member-member kat KUiM, hanya beberapa hr saja saya akn laluinya dengan family. tu pn kalau saya balik KL lah, kalau tk semua tu hanya angan kosong. 

last week saya dimaklumkan bahawa makanan akan disediakan untuk 400orang berbuka kat masjid di KUiM, betul ke? saya tk sure lah, tapi apa yang pasti nombor 400 tu memang betul. and nanti akan ada bazar Ramadan berhampiran tasik kt KUiM tu, of course lah tempat tu jual makanan kn. tak kan nk jual besi buruk pulak, tapi saya rasa pelik. makanan bagi free, cafe pn bukak. so buat apa nk kena ada bazar, nanti kalau takda orang nak beli camneee. Apa punya overthinking, saya yakin mesti akan ada orang yang beli jugak. bazar ni pn sebenarnya membantu mengimarahkn bulan Ramadan, so tkda masalah langsung dengan persoalan di atas. selamat mengumpul pahala di bulan yang penuh keberkatan ini, im not a good muslim either. but i will try to be better compare to last year, insyaAllah!
sekian, wasallam.

# it will be a great lost if you dont do anything for this month!

20 July 2012

ITS MY BORN-DAY!

kata Ustaz Azhar Idrus.
Assalamualaikum!

alhamdulillah, today is my birthday. as usual, my father will be the first person yang wish birthday saya. masa tu saya baru balik dari program Law Kana Bainana versi KUiM dalam pukul 12am baru sampai rumsis, then dapat SMS frm my ayah. terharu gila masa tu, tapi kena kawal emosi sebab member ade kat sebelah. then bila sampai rumsis, kakak senior pulak buat suprise yang memang terbaek dari ladang! muka saya disapu dengan pati air asam jawa sambil dinyanyikan lagu Happy Birthday, then saya dibawa ke bilik air dengan alasan kakak senior saya tu nk tolong bilaskn muka saya yang sememangnya dh bertukar warna oren akibat dari tindak balas kimia pati air asam jawa tu! dah tu susah pulak nk hilang, huhu. sedang asyik saya menggosok muka, saya disiram pulak dengan sebaldi air! mak aih, kuyup saya dibuatnya! tapi saya tk marah pn dorang buat cmtu, terharu adalah! suprise dorang memang menjadi, tabik sprinngggg! Ya, kakak2 senior rumah saya sangat baikkk. Dah macam kakak sendiri, mereka tempat saya mengadu dan membebel! Baru terasa nikmat ada kakak, terima kasih Allah.

Apapun, hampir satu jam jugak laa saya ambik masa untuk membersihkan diri. Ni kategori membuli ke?? Hahha seronok, then saya dapat birthday wishes dari kengkawan yang still ingat birthday saya, thnks uolls! alhamdulillah, saya bersyukur sangat kerana diberi peluang untuk merasai nikmat hidup tambahan satu tahun. dan sekarang saya nk tidur sebab bsk dh puasa, nnti nak bangun sahur! btw, selamat berpuasa!
sekian,wasallam.

17 July 2012

ORIENTASI PERSEPSI

kata En. Google.
Assalamualaikum!

pada 13-15 Julai yang lepas, saya telah terlibat dengan orientasi PERSEPSI. dengan berlangsungnya orientasi ni, maka tk bole laa saya balik rumah pada minggu tu. dh laa minggu sebelum tu pn saya tk balik sbb ade orientasi Kelab Mahasiswa Undang- Undang dan Syariah (KMU), huhu. tp nasib baik dalam minggu tu ada hari konvokesyen, so ramai lecturer yang terlibat dengan raptai untuk hr tersebut dan dengan besar hatinya saya nak bagitau yang kelas saya tkda dr hr Selasa- Jumaat! so apa lagi, saya balik KL lah time tu! 

berbalik pd orientasi PERSEPSI, salah satu tugasan adalah setiap group kena perform on stage. huaaa, saya paling tak suka bila ada aktiviti macam ni! Kan dah kataaa, ingat orientasi lepas dah lega rupanya orientasi ni ada pulak task camnii

Tapi syukur sebab tkda tema untuk persembahan tu, so suka hati kami nk buat persembahan apa pn kn. dn saya tnk bagitau apa yang group saya perform, adoyai. malunya bila ingat balik, entah macam mana saya bole lupa lirik! ya Allah, sabar je lah. but, unexpected thing happened bila group kami dinobatkan sebagai 10 group terbaikkk! alhmdulillah, saya bersyukur sangat! seriously, saya rasa bersalah dengan group saya after kami perform. ahh, banyak kesilapan teknikal berlaku! Paling bersalah bila saya yang memandai cetuskan idea persempahan tu, so kalau benda tak menjadi mesti rasa guilty tahap gaban kn and thats what i feel before i knw the result. 

Tapi alhamdulillah, bila jadi group terbaik terus rasa proud dengan myself!! Syukur, berpotensi juga la diri ni kan dalam mengemukakan idea hehe. Thnks alot kepada my group-mates yang memang awesome dn sporting dalam menerima idea saya yang tk seberapa tu. i really appreciate it, ukhwah fillah! kbai.

11 July 2012

ORIENTASI KMU

Assalamualaikum!

hai, hari ni saya nk story pasal orientasi Kelab Mahasiswa Undang- Undang dan Syariah (KMU) yang berlangsung minggu lepas. tujuan program ni pn tk lain dn tk bkn adalah untuk merapatkan ukhwah antara junior dan senior dari jurusan law and shariah di KUKM, so dari program ni dapat laa saya kenal senior-senior saya yang sememangnya terbaek! as what they told me, ni orientasi pertama yang diadakan dalam KMU. Bermaksud, kami adalah first batch yang mengenali senior dengan lebih rapat. sebelum ni tkda pn program macam ni, so pandai-pandai sendiri laa nak cari senior ke apa ke kn. 

pada mulanya program ni ada 'malam kebudayaan'. maknanya kena buat performance lah kn, tapi alhamdulillah bnda tu dibatalkan sebab apa entah. im so happy, sebab saya ni penyegan kalau ada aktiviti cmtu. Maluuu, tak suka. Kalau boleh nak jadi penonton je tp kalau dah jadi peserta, kena la perform sekali ye dakk

Ok next, masa game explorace group saya juara! motif bagitau? hehe, saje je nk share kegembiraan sebab tk sangka pulak boleh menang sebab kami start lambat. then ada satu aktiviti dimana kami diberikan beberapa helai surat khabar dn segulung tisu toilet, kami kena dress-up one of our group member dengan benda tu and pakaian yang direka tu mesti menutup aurat. as im the smallest person in the group, so terpaksalah saya merelakan diri menjadi model yang tk bertauliyah. alhamdulillah, saya sangat seronok sepanjang program berlangsung. Di akhir program, setiap dari kami diberikan seorang mentor iaitu senior yang akan membantu kami sepanjang bergelar pelajar Dip. Undang- Undang dan Syariah (DUUS). and saya pn dapat sorang mentor, senior sem lima. syukur pada Allah swt kerana memberi keseronokkan pada saya dalam menghadapi hari-hari berorientasi ni, best sangat! minggu ni orientasi Akademi Pengajian Islam pulak, semoga semuanya berjalan lancar! in sha Allah, btw thnks fr reading!

#ehhh bukan hari tu tak suka orientasi ke?? Entah la labuu

05 July 2012

COP!! PINJAM 3 MINS BOLE?

Assalamualaikum!!

lately, saya suka tengok penyebaran dakwah menerusi animasi2 kartun ni. very easy to understnd, comey jah. moh ler tengok sekali, semoga bermanfaat bakal2 jenazah sekalian..


# looking fr more~~

26 June 2012

TERIMALAH KASIH

Assalamualaikum!

ok, i hv one question! korang pernah tk rasa bengang bila korang dh penat-penat sacrified something untuk tolong someone, then orang yang korang tolong tu buat selamber badak je. tk ucap terima kasih pn, senyum pn tk! Ish, ada ke patut kita diperlakukn sebegitu? Kenapa ye masih ramai manusia yang masih berat mulut nk ucapkan terima kasih, susah sangat ke? bukan kena guna kredit pn, alahai. serius, i hv no idea about that! ye tahu, hulur bantuan kena ikhlas tak boleh harap pape. Tapiii ni adab kot, a simple thanks might be enough to show politeness and respectness! so i dnt knw why it is so hard to say thank you, maybe dia sakit tekak sebab tertelan halkum kot. 

kalau camtu, senyum pn ok what! ni tidak, dengan muka selamber dia blah macam tu je. saya tau lah yang saya ni bukan princess that someone perlu melutut or say thank you in the most perfect way, but at least threat me as a human lah. honestly, i was raised to say 'thank you' and 'you are welcome' in order to show my respectfulness. Cuba lahhh, anda pasti akan lebih disayangi

# saying "thank you" is more than good manners, (Y)

20 June 2012

WHAT WE ALWAYS GO THROUGH

Assalamualaikum!
Every New Semester:
image

After First Week:
image

After Second Week:
image

Before the Mid- Term Test:
image

During the Mid- Term Test:
image

After the Mid- Term Test:
image

Before the Final Exams:
image

Once You Get to Know the Final Exam Schedule:
image

Before the Final Exam:
imageimageimage

During the Final Exam:
image

Once You Walk Out From the Examination Hall:
image

sekian,wassalam.

# asal terasa pedasnya ehh? 

14 June 2012

PENGALAMAN DI IPT

Assalamualaikum!

haa, dah tiba masanya untuk saya menceritakan pengalaman pertama berjauhan dengan family dn pengalaman berdikari. huhu, macam sedih je! ok, first week kat KUIM ada Minggu Haluan Siswa (MHS). saya ingat lelaki sahaja ya yang terlibat, dah cakap haluan siswa kan. takda pulak haluan siswi, so mengikut kepala otak saya siswi boleh bawak haluan masing-masing on that day. tapi rupanya tidak sama sekali, siswa dan siswi terlibat sama dalam program tu! yay, padan muka saya! saat yang tidak diingini telah tiba, huaa..!! pada mulanya, of course lah hati cepat rapuh. rasa macam nak melalak je bila family saya nak balik KL dan biarkan saya sendirian di tempat baharu, huhu.

saya pun nak ikut balikkk!! tapi semua kata-kata dan perasaan ni saya simpan dalam hati, saya tak tunjuk pun. eceh, berlagak lah tu. konon-konon dah dewasa kan, boleh hidup sendiri. pigi dahh, setiap kali nak tidur je mesti bertemankan air mata rindu pada family! huhu, i cannot stand anymore! i wanna go home, padahal belum sampai seminggu!! And again, JANGAN HARAP LAH YE CIK ADIKK.. everytime family saya call, saya diam je. saya tak bercakap sebab masa tu sebak gila dengar suara mereka, ya Allah! hanya Allah yang tau keadaan saya masa tu, saya cuba tahan tangisan sebaik mungkin! tanak terkantoi lah katakan, hehe. i try to act macam biasa, nothing happen kn. tapi hakikatnya, hati dah banjir sebab meraung nak balik. huhu, kesiannye bila teringat balik! anyway, saya bersyukur kerana hari-hari tersebut telah berjaya ditempuhi. Next, nak kena face a pile of books around me! Buku undang2 ya adik kakak

08 June 2012

MINGGU HALUAN SISWA (MHS)- KUIM

Assalamualaikum!

alhamdulillah, dh selesai pn Minggu Orientasi kt KUIM selama seminggu (Isnin-Jumaat). at last bole pn saya balik rumah jap, lega!! well, MHS di KUIM takda la teruk sangat. dh nama pn minggu orientasi kn, so memang kena jadi askar la time tu. entah macam mana saya bole jadi sangat berdisiplin, haha. tapi alhamdulillah, abang2 dn kakak2 fesi semua baik2 dn sporting belaka. dn secara tidak sengaja saya turut menyimpan hasrat untuk mengantikn tempat mereka bagi pimpinan akan ada, agak2 ada peluang tak? Ok2 get back on track, rasanya kt mana IPT pn akan ada minggu orientasi ni untuk pelajar2 baru kn. so terpaksalah saya merelakn semua ini, dalam hati tak putus2 berdoa supaya dipercepatkn tempoh pengajian aku selama 3tahun di sini. aamiin

untuk penempatan pulak, alhamdulillah. saya ditempatkn dengan 4orang pelajar satu batch tapi berlainan kos dn 4orang yang selebihnya adalah pelajar senior, Allah. seram pulak bila dengar perkataan 'senior' ni, semoga mereka baik2 belaka dn mampu menerima kehadiran kami adik2 dengan lapang hati. memandangkn senior2 masih bercuti semester, so we (juniors) hanya dapat bertemu mereka pd minggu hadapan. Semoga kisah yang saya baca dn buat research pasal senior buli junior ni tak berlaku lah pada saya dn kawan, aamiin ya Allah! 


02 June 2012

PLEASE, DONT GIVE UP!

Allah ada bersama kita, YAKINLAH.
Assalamualaikum!

hmm, saya yakin setiap daripada kita mesti pernah mengalami saat getir dalam hidup. saya akui, dengan dugaan dan ujian yang bertimpa-timpa kadangkala menewaskan semangat yang ada. dalam masa yang sama, kita perlu yakin dan percaya bahawa kegagalan merupakan tiket untuk mendapat kejayaan! apa yang penting kita tak boleh berterusan meratapi kegagalan, ianya akan memakan diri sendiri. kejayaan dan kebahagiaan yang kita idamkan itu memerlukan pengorbanan, teruskan berusaha dan jangan sesekali menyerah kalah.

Selain kerjasama, apa yang penting adalah jangan berputus asa untuk terus mencuba. kita perlu berani memperbaiki kelemahan agar kegagalan yang diperolehi tidak berterusan, yakin pada diri sendiri! yakin yang kita boleh, boleh mengubah kegagalan untuk menjadi kejayaan! ujian Allah swt sebenarnya mengajar kita untuk menjadi lebih kuat dan sabar dalam menghadapi saat kegagalan, alhamdulillah. saya cuma berharap agar segala kesulitan yang bakal dihadapi akan dipermudahkan, insyaAllah. kegagalan juga mematangkan pemikiran kita, kerana pelbagai usaha yang akan kita fikirkan untuk mencari jalan keluar dari kegagalan. tanpa kegagalan, kita tak akan menang! kerana kegagalan yang mengajar kita untuk mencapai kejayaan yang cemerlang, yang pasti jangan sesekali berputus asa. dn ketahuilah, sesiapa yang berputus asa maksudnya dia tidak redha dengan ketentuan Ilahi. nauzubillah, semoga kita dijauhkan.
sekian, wasallam.

# giving up is the worst thing in the world!

21 May 2012

HAVE YOUR DREAM!

Assalamualaikum!

seronoknya bila berangan, berangan tentang future lah for sure kn. saya suka berangan tentang diri saya pada masa depan, contohnya diri saya 1-10 tahun akan datang. of course lah, kalau kita berangan mesti yang positif kan. contoh macam nak berjaya, nak jadi kaya, nak hidup bahagia dan macam-macam lagi. mana ada orang yang berangan nak masuk penjara ke, kemalangan jalan raya ke ape ke kan. sama jugak macam saya, saya selalu berangan benda yang sweet dan indah-indah je. dengan berimaginasi gambaran untuk berjaya pada masa hadapan, ia sebenarnya dapat membakar semangat saya untuk mencapai gambaran tersebut! so, kesimpulannya tak salah pun kalau nak berangan. malah, ia akan memberi semangat kepada kita untuk mencapai apa yang kita angankan itu.

tapi, ingat! kalau kita asik mimpi di siang hari tanpa usaha dan perancangan, tak jauh bezanya dengan 'angan-angan mat jenin'! ingin saya tegaskan disini, sebagai manusia normal hari-hari kita pasti tak luput dari berazam tentang keinginan dan angan-angan. cuma yang membezakan, hanya usaha dan perancangan untuk merealisasikan angan-angan tersebut. angan-angan memang sesuatu yang indah, tapi ia amatlah memerlukan tenaga dan pengorbanan. sememangnya, angan-angan merupakan inspirasi utama untuk mencapai cita-cita ke arah kejayaan yang lebih cemerlang pada masa hadapan! untuk berjaya kita perlu ada matlamat, dan matlamat adalah angan-angan positif. tetapi kita perlu juga ada tempoh untuk mencapainya, barulah kita akan berusaha ke arah itu dan berjaya! kalau nak berjaya mestilah kita berangan dulu, lepas tu Doa-Usaha-Ikhtiar-Tawakal. nanti dapatlah hasilnya- DUIT! Semoga kita dapat menjadi manusia yang mampu mengubah angan-angan menjadi impian yang bernilai di alam realiti insyaAllah

15 May 2012

KOLEJ UNIVERSITI ISLAM MELAKA



Assalamualaikum!

dear readers, tahu takkkkk!? saya dapat tawaran masuk Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM), so? ok, itu tak penting. yang penting, saya dapat kos Undang-Undang dan Shariah! alhamdulillah, im so happy!! just imagine, sebelum dapat tawaran ni makan tak lalu dn tidur pn tk lena. huhu, tapi alhamdulillah. finallyyy, Allah izinkan diri ini menjadi pelajar undang2 dan shariah! 

hmm, logo KUIM ni comel lah. warna pink pulak tu, at first saya ingat KUIM ni khas untuk student perempuan sahaja. Tapi ternyata saya salah, bila tengok website KUIM ada je gambar pelajar lelaki juga. so warna pink tu takda kena mengena langsung dengan pengkhususan untuk mana2 gender. huhu, harap maklum. thanks KUIM sebab merancakkan kematangan pemikiran saya. so lepas ni takdalah saya cakap warna pink tu khas untuk perempuan je. Okay now i tak sabar nak register sebagai official student KUIM. ehh, betul ke ni?? macam tak percaya je, terima kasih Allah! 

09 May 2012

BYE BYE HIGH SCHOOL

shud i cry? =(
Assalamualaikum!

i think it still not to late to talk about SPM's result for 2011, congrats for those yang dapat result yang amazing! and yang biasa-biasa je dont be sad, chill ok. saya yakin kamu dah lakukan yang terbaik, tkpe tkpe. Ini baru permulaan, bukan pengakhiran!

Okay, plan saya lepas nii tak kira apa pn yang bakal terjadi, saya nak sambung jurusan undang-undang. LAW AND SHARIAH, to-be precise! Hehe aamiin

kalau disuruh senaraikan 10 pilihan kerjaya sekali pn, saya pasti akan mengisi kesemuanya dengan kerjaya seorang peguam syarie. Nampak, betapa berkobar-kobar untuk mencapai cita-cita. Tak kisah lah samada kena ambik diploma dulu atau faundation in law, apa yang penting laluan tersebut akan ku tempuhi untuk menjadi seorang peguam syarie yang bermanfaat kepasa ummah. InsyaAllah! 

Mungkin bagi sesetengah orang, laluan diploma macam buang masa kn. lambat 2tahun dr student yang ambik faundation. but fr me it is ok, at least yang ambik diploma perjalanannya lebih jauh dan berliku. Maksudnya lebih banyak erti hidup yang akan dipelajari haha, saja gurau! act dua2 pn ok, masing2 ada kelebihan dan pengajaran. Just do ur best and let Allah settle the rest~~

sekian, wasallam.

# firma guaman Malaysia, nantikan kedatangan saya! :)

03 May 2012

ASSALAMUALAIKUM DUNIA!

err, hai! im new here, well...

im a muslim girl, a daughter, a sister, a granddaughter, a niece, a cousin, a friend.
im a student, a young girl and a grown woman.

im not a perfect, im pretty clumsy and sometimes i have a broken heart. my friends and i sometimes fight and maybe some days nothing goes right. but when i think about it and i take a step back, i remember how amazing my life truly is and that maybe (just MAYBE)- i like to be imperfect! err, abaikn. ok, anyway! thanks for reading, see you in the next entry! Alamakkk, kenapa lah saya guna bahasa penjajah dalam first entry ni?? Grr