30 July 2013

PUPPY LOVE

Allahumma Ameen.
Assalamualaikum!

one year ago, bertempat di bumi bersejarah. seorang puteri Islam yang baru 2minggu berhijrah ke tempat baru telah bermimpi akan seorang lelaki, pelik. serius pelik, kenapa? sebab sang puteri tk pernah kenal siapakah lelaki yang dia mimpikn itu, sebaik terjaga dari tidur dia terus lupa akan rupa paras lelaki tersebut. tidak ada apa yang istimewa baginya, kerana bagi dia mimpi hanya sekadar mainan tidur. sang puteri langsung bersiap untuk ke taman, sesampai sahaja di sana sang puteri terpandang kepada seorang jejaka yang juga sedang memandang sang puteri. entah kenapa, masa dirasakan seakan berhenti. hati sang puteri berdegup kencang dn sang puteri berbisik sendiri- ya Allah, dialah lelaki yang aku mimpikan malam tadi! sang puteri cepat-cepat mengalihkn pandangannya, namun jauh disudut hati dia ingin sekali memandang putera Islam tersebut. ahh, terkantoi. putera itu juga curi-curi pandang sang puteri, keadaan ini menyebabkn sang puteri bermonolog sekali lagi- ya Allah! adakah dia juga bermimpikn aku malam tadi??

selang beberapa jam, sang puteri bersiar-siar bersama dayang-dayang istana. hatinya sekali lagi berdegup kencang apabila terserempak dengan sang putera, sang puteri cuba untuk berselindung di sebalik dayang-dayang. tetapi putera tersebut berusaha untuk memandang sang puteri, sekali lagi mereka bertentang mata. belum sempat sang puteri mengalihkan pandangannya, sang putera sempat mengukirkan senyuman kepada sang puteri. sang puteri kurang pasti samada senyuman itu dibalas dengan senyuman atau jelingan, tapi apa yang pasti putera Islam itulah yang dimimpikan oleh sang puteri malam tadi. kengkawan, itu apa yang berlaku satu tahun yang lepas. minggu lepas pulak, Allah SWT telah mempertemukan sekali lagi putera Islam tersebut dengan sang puteri bersama ayahanda dn bonda sang puteri. pertemuan yang tidak dirancang, itulah ketentuan Allah. masjid di sebuah kawasan perkampungan menjadi saksi, tanpa disangka juga sang putera menjadi imam solat Asar kepada ayahanda sang puteri. masyaAllah, sweetnya kisah ni. TETAPI, adakah kehadiran sang putera hanya sekadar ujian hati untuk sang puteri Islam? atau ia merupakan petanda bahawa mereka memang ditakdirkn bersama? sesungguhnya hanya Allah yang Maha Mengetahui, btw selamat beramal di fasa terakhir bulan Ramadan!
sekian, wasallm.

# kisah dongeng, just for fun~

24 July 2013

MAGHFIRAH DI BULAN RAMADAN

Assalamualaikum!

jika dosa mempunyai bau, pasti ramai yang tidak mahu mendekati saya. termasuk ibu dn ayah saya sendiri, ya Allah! terima kasih kerana menutup keaiban hamba- Mu yang hina ini, sungguh! terlalu banyak dosa yang telah saya lakukan, meskipun telah berkali-kali saya menyesalinya. tapi saya masih lagi jatuh ke dalam lubang dosa, bahkan berkali-kali! sehingga saya takut untuk berbicara soal dosa yang telah saya lakukan serta Rahmat dn Keampunan dari Allah SWT, Allahu Rabbi. tapi ketahuilah, sesungguhnya Allah itu Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang! sebanyak mana dosa yang pernah dilakukan, percayalah bahawa cinta Allah SWT selalu hadir dalam diri ini. Allah tidak pernah jauh apatah lagi meninggalkn diri ini meskipun diri ini telah banyak bergelumang dengan dosa, malah Allah sentiasa memberi peluang untuk bernafas dalam jiwa hamba untuk memohon Keampunan dari- Nya! dn semestinya ganjaran ini pasti lebih hebat dn berlipat-ganda pada bulan yang penuh keberkatan ini apatah lagi sekarang kita berada dalam Fasa Kedua bulan Ramadan iaitu Fasa Pengampunan (Maghfirah). Allah SWT sentiasa membuka pintu taubatnya, sepertimana maksud hadis Qudsi yang sememangnya memberi semangat kepada saya untuk terus bertaubat kepada Allah. sebak rasa hati, terima kasih ya Allah! :'(

dari Anas bin Malik, Rasulullah SAW bersabda bahawa Allah SWT berfirman:
"wahai anak Adam! selama mana engkau terus berdoa, Aku akan ampunkn dosa-dosa darinya. sekiranya dosamu terlalu rapat sehingga mencecah langit, Aku akan tetap mengampunkn. dn Aku tidak peduli, wahai Adam! seandainya sepenuh ruang di antara langit dn bumi itu adalah dosa-dosa kamu, dn engkau datang kepada Aku untuk memohon keampunan- Ku dn engkau tidak mensyirikkan- Ku, maka Aku akan datang kepadamu bersama keampunan- Ku juga seluas langit dn bumi.."
sekian, wasallm.

gunakanlah peluang ini sebaiknya, rebutlah keampunan Allah SWT selagi masih berkesempatan.

18 July 2013

MY DEAR PRINCESSes

subhanAllah.
Assalamualaikum!

kepada srikandi di luar sana, kecantikan yang anda miliki mungkin lebih cantik berbanding matahari. keindahan akhlak anda mungkin lebih harum berbanding minyak wangi, dan sikap tawaduk anda mungkin lebih baik dari bulan purnama. cinta anda pula mungkin lebih segar dari rintik-rintik hujan yang gerimis, so jagalah kecantikan itu dengan keimanan, keredaan dengan kepuasan dan kehormatan, maruah, dengan hijab yang menutup aurat. sesungguhnya perhiasan itu bukanlah emas, perak atau permata. perhiasan adalah dua rakaat ketika sahur, menahan rasa haus dengan menegah diri dari larangan-larangan dan disertai pula niat puasa kerana Allah, dan bersedekah tanpa diketahui orang melainkan Allah SWT.

air mata keinsafan yang boleh membersihkan segala kesalahan, dan lakukan sujud yang panjang di atas sejadah serta hadirkan rasa malu kepada Allah SWT apabila digoda oleh naluri keburukan dan pelawaan-pelawaan syaitan. dear muslimah, pakailah pakaian takwa. pasti anda akan menjadi wanita yang paling cantik biarpun pakaian zahir anda compang-camping. jadikan rasa malu sebagai selendang, ia akan menjadikan anda wanita yang paling anggun di alam semesta. jadilah wanita yang berkedudukan mulia dan jauh dr perkara yang sia-sia serta selalu berwaspada terhadap sesuatu yang boleh merosakkan rasa malu. dengan itu anda akan sedar bahawa kekayaan tidak terdapat dalam timbunan harta benda, juga pada perhiasan dan pakaian baru untuk memenuhi tuntutan penampilan melainkan ketaatan kepada Allah Yang Esa.
sekian, wasallam.

# dunia adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah!

12 July 2013

DIAM-DIAM SUDAAAH

Assalamualaikum!

Dear Muslims, Happy Ramadan al- Mubarak! ok, straight to the point. setiap Muslim percaya bahawa sebagai hamba, kita diberi peluang untuk merancang. namun ternyata, Allah SWT adalah sebaik-baik Perancang. kadang-kadang apa yang diharapkan tidak berlaku, bukan kerana Allah tidak mendengar rintihan kita. tapi sebab Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba- Nya ini, Allahu Rabbi. saya bukan apa, kadang-kadang saya rasa kurang selesa membaca status-status di FB yang menghebohkn hubungan cinta yang masih belum pasti antara putera dn puteri Islam. i dont say it is wrong to have the feeling of love towards your couple, TAPI kamu sedang menghebohkan sesuatu yang belum pasti. sesuatu yang bukan milik kamu, plus we dont know what is going to happen next. bole jadi hubungan yang dibina terputus di tengah jalan, dont you think that??

dear readers, you must remember! mungkin saja perkenalan dengan dirinya adalah sebagai ujian dari Allah untuk menguji ketahanan hati ini, atau mungkin juga kehadirannya adalah satu proses untuk mematangkan diri ini. So please, jangan kamu expect or meletakkn harapan yang tinggi dalam sesebuah perhubungan yang belum pasti. The most important thing is, tak perlu kot rasanya nk tayang-tayang pasangan kamu tu selagi dia bukan halal untuk kamu. dia masih milik ibu dn ayah dia, so jangan perasan yang kamu ada hak ke atasnya even kamu dn dia sudah mengikat tali pertunangan sekali pn! Biasa-biasa sudah ler, tkyh nk heboh-heboh. Sabar ye, nnti kalau dh kahwin you are WELCOME to do so. apa yang saya tulis ni bukan sebab saya cemburu tengok kebahagiaan yang terjalin antara putera dn puteri Islam, tapi sebab saya rimaaas. bukak FB je berjeler cerita tentang hubungan cinta yang masih samar-samar ni, kalau dh kahwin tkpe jugak kn. so lepas ni jangan tanya kenapa saya dh tkda dalam senarai kawan FB kamu, harap faham. teguran ini atas dasar pengalaman, mana yang baik jadikn pengajaran ye.
sekian, wasallm.

# elakkn pembaziran di bulan puasa, peringatan khusus buat si penulis blog ini! >.<

06 July 2013

NAMA JUGA SATU DOA


Assalamualaikum!

i dont know why some people suka gelarkan orang disekeliling mereka dengan gelaran yang agak kurang sopan, padahal nama kawan dia tu sedap tau! contoh ek, nama seseorang ni Muhammad Tahajjud Ashraf. tapi disebabkn sifat fizikal dia yang agak berisi, kengkawan dia panggil dia "doremon". ohh maaannnn, spoil tau tak! masyaAllah, nama dah sedap dah mak dn ayah dia bagi. tapi sadisnya dia tak dipanggil dengan nama tu. heyy, come on! saya sangaaat tak setuju dengan mentality sesetengah individu yang macam ni, sedarkah anda? secara tidak langsung kamu telah menghina pemberian Allah SWT kepada dia?? how could you do that to your brothers and sisters, do you think you are perfect enough?? ya, maybe some people 'meng-istilahkn' perbuatan itu sebagai gurauan. alasan yang dah basi, tapi ingatlah!

kamu sedang menghina pemberian Allah SWT, dan yang paling dasyat kamu sedang menyakiti hati saudara kamu itu! memanglah dia tak tunjuk, nampak dia ok je kamu panggil dia 'pendek' lah, 'sengal' lah, 'hitam' lah. tapi jauh di sudut hati, dia sedih dengan kelakuan kamu. please, jangan jadikan saudara kamu seperti boneka yang boleh kamu hina sesuka hati walaupun dengan tujuan untuk bergurau. dan ingatlah, panggilan kamu itu adalah DOA. dan setiap doa kamu kepada saudaramu akan dibalas oleh Malaikat iaitu dengan berdoa untuk kamu. so, kalau kamu doakan saudaramu dengan panggilan yang hina… tidak mustahil kamu akan jadi hina jugak kerana sesungguhnya doa Malaikat itu pasti dimakbulkn, dn kalau bukan dimakbulkn ke atas kamu mungkin jugak anak keturunan kamu- nauzubillahiminzalik. jadi untuk itu, peringatan untuk saya dn semua pembaca! jangan panggil orang dengan panggilan yang buruk, tapi gelarlah mereka dengan panggilan yang baik-baik. semoga kita akan jadi baik kerana Malaikat mendoakan kita juga dengan panggilan yang baik-baik, in sha Allah

# jaga lisanmu kerana ramai yang celaka kerananya- NAUZUBILLAHIMINZALIK.