26 February 2013

AWAK COMEL SANGAT!

Assalamualaikum!

awak awak awak, tau tak yang saya selalu perhatikn awak? saya suka tengok awak sejak sem lepas lagi, tp saya takut nk bagitau awak! saya takut dengan awak, huhu. awak tau tk, boleh dikatakan everyday kita akan terserempak. selalunya kat cafe lah, masa awak tengah syok menjamu selera. saya usha je awak dari jauh, saya perhatikan awak senyap-senyap. ya Allah, awak comel sangat tau tak! awak selalu buat saya geram dengan kecomelan awak tu, sampai kadang-kadang saya rasa jeles! dh lah comel, manja pulak tu! ish, geramnya! saya tau awak ramai peminat kat KUIM, huhu. awak tau tk, saya dh mula ada perasaan sayang kat awak. perasaan ni hadir sejak saya mula-mula nampak awak, sungguh! saya rasa awak sedar yang saya selalu perhatikan awak, betul tk? 

satu hari tu awak tiba-tiba datang kat saya, saya tk perasan pn! dengan pandangan yang memukau a.k.a tajam, awak hampir membuatkn saya menjerit! kn saya dh cakap, saya takut dengan awak! tu masih ada jarak antara kita, just imagine kalau awak datang rapat kt saya! mak aihh, tk ke koma saya dibuatnya! awak, lain kali jangan buat lagi ye. saya belum sedia, huhu. hmm, awak tau tk. saya teringin sangat nk rapat dengan awak, tapi saya takut. saya tk berani, huhu. saya pn tk tau bila agaknya perasaan takut/gemuruh/gementar kat awak ni akan hilang. tulah, awat comel sangat?!! anyway, awak jangan risau. saya akan terus menjadi pemerhati awak yang setia. dalam diam, because im ur secret admirer! huhu, kadang-kadang bila tengok telatah awak bole buat saya ketawa. hilang stress saya, seronok tau! awak comel sangat, geram saya! seriusly, saya pn berkeinginan nk peluk awak macam orang lain. nk manja-manja dengan awak, tp saya belum berani. huhu, tp in sha Allah! masanya akan tiba, ye KUCING! sabar tau, ^_^
sekian, wasallm.

# menyayangi kucing adalah amalan Rasulullah SAW, subhanAllah! :')

20 February 2013

STOP! DONT SAY IT


Assalamualaikum!

hmm, im preety sure yang semua orang suka apabila dipuji. padahal orang yang memuji tu tk bermaksud pn nk memuji kamu, dia saja je nk suro awak belanja dia aiskrim Cornetto. hehe, tkpe tkpe. saya pn pernah kena cmtu, huhu. tp ayah saya selalu pesan, jangan bangga apabila dipuji. itu adalah satu ujian, nanti bole buat saya lupa diri. masa kecik-kecik saya iye kn je apa yang ayah saya cakap, padahal saya bukan faham pn. tp bila dh bosau ni barulah saya faham apa yang ayah cuba sampaikn, saya setuju! lagi-lagi perempuan, bila dh besar dia lain tau. kami sangat lemah dengan pujian, seriously!

so kepada kaum Adam, PLEASE. jangan puji wanita itu dihadapnnya, tk kesah lah yang berkaitan dengan cara dia bekerja ke, kecantikan muka dia ke, kesopanan dn kesusilaan dia ke, or apa-apa saja yang berkaitan dengan dia! jangan, jangan sesekali kamu memuji seseorang wanita itu lagi-lagi kalau kamu suka kt dia! fuhh, nk tau kenapa?? kerana pujian tu menghancurkn, ia mampu merapuhkn hati seorang wanita yang sememangnya lemah dengan pujian! pujian mampu membunuh kekentalan hati seorang wanita, percayalah! tp kalau dh tk tahan sangat nk puji, pujilah depan orang lain atau sekadar dalam hati. jangan sampai dia tau yang kamu sedang memujinya, tolong ya! terima kasih, ^_^
sekian, wasallm.

# kepada kaum lelaki: jika wanita itu isteri kamu, maka pujilah dia tanpa henti!

14 February 2013

TAKDA CINTA SEBELUM KAHWIN


Assalamualaikum!

as we all knw, Allah swt telah menganugerahkan manusia naluri untuk meneruskan keturunan. perkara ini sememangnya sudah menjadi fitrah manusia dan tidak haram sama sekali di sisi Islam, malah Islam memandang tinggi persoalan cinta yang menjiwai naluri setiap manusia. cinta perlu difahami sebagai satu rasa kasih sayang yang penuh rasa hormat, tanggungjawab, kesetiaan, komitmen, keikhlasan, bermaruah dn ada matlamat. kalau tk hubungan cinta kamu sekadar permainan dn kepura-puraan je, lagipun cinta dalam Islam hanya satu iaitu perkahwinan. ia berlaku setelah diijab kabulkan, dn inilah cinta bermaruah. mungkin ada yang menganggap cinta sebelum kahwin tu penting sebab kita akn kenal pasangan kita dengan lebih rapat kn, tapi awak dh lupa ke. cinta selepas kahwin adalah cinta Islam yang diredhai oleh Allah, so sudah pasti Allah swt akan memberi nikmat dan kelebihan kepada mereka yang mengikuti perintah itu!

lagipn cinta sebelum kahwin ni buang masa, kebahagiaan yang awak rasa tu takkan kekal sebab tk mendapat redha Allah swt! as wht Prophet Muhammad saw said: "hindarilah zina kerana ia menimbulkan enam kesan buruk, tiga di dunia dn tiga di akhirat. di dunia, zina akan menghilangkan kegembiraan. menyebabkan fakir dn mengurangi umur, sedangkan keburukan di akhirat pula ialah zina menyebabkan pelakunya diazab, dihisab secara ketat dn kekal di neraka." dalam Islam tiada istilah 'pakwe dn makwe', so tkyah nk bangga lah kalau awak ada semua tu! percayalah, cinta sebelum kahwin ni kalau kekal hingga jinjang pelamin pn tak mungkin mampu bertahan kenikmatannya seperti mana mereka yang melalui cinta selepas kahwin. sebabnya cinta yang diabadikan sebelum kahwin adalah cinta yang berteraskan maksiat serta hawa nafsu semata-mata, iaitu cinta yang tidak suci! mulianya cinta berlandaskan Islam ialah kerana cinta yang dibina bermatlamat dn sedia berkongsi rasa cinta dn kasih sayang sesama insan demi untuk mendapatkan kasih sayang Allah swt, kerana itu jugak lah masing-masing ingin menyelamatkn antara satu sama lain dari segi hubungan dn kehidupan di dunia untuk mengejar sesuatu yang abadi di akhirat.
sekian, wasallam.

# tak akan kau rasai indahnya cinta, andai tiada cinta buat Yang Esa!

08 February 2013

KESIAN BAHASA MELAYU

punah bahasa, punah lah bangsa~
Assalamualaikum!

"sowie cebab x balaz mcet awax, itew tatit pewot lah. awax mawrah kew? xmoh larh, xcomey tie. ecok itew blnjew awax mam tewim taw!" astaga, bahasa sanskrit ke apa ni?!! tolong lah, pakai Google Translate pn masih tk bole nk terjemah tau tk! huhu, virus apa yang dh merosakkan bahasa kebangsaan Negara ni? tk sah lagi, penangan SMS yang diubahsuai sesukati hati kn! perghh, terbeliat lidah nk menyebutnya! pstu nk kena baca banyak kali utk fahami apa sebenarnya kehendak ayat (bapak skema ayat ni), buang masa je tau. manalah awak belajar ayat yang 'super-duper' susah ni, saya rasa budak kecik yang baru pandai bercakap pn tk pelat smpai cmni! masyaAllah, please lah! wahai belia-belia Negara sekalian, janganlah hanyut dengan bahasa yang sukar difahami tu! kalau nk menulis SMS pn, pendekkn jelah. tkyh lah sampai nk tambah huruf-huruf yang tk sepatutnya, huhu.

tkyh susah-susah lah nk mencomelkn sebutan ayat tu, banyak lagi benda berfaedah yang awk bole buat. jangan merosakkn bahasa Melayu yang pernah menjadi 'lingua franca' suatu masa dulu, please ok? tu, ayat kt atas tu. dr tkda rasa nk marah, terus ada rasa nk tumbuk dinding tau tk! ye, mungkin saya agak ketinggalan zaman sebab tk expert nk guna ayat-ayat cmtu kn. tp kalau ayat-ayat ni membantu saya mendapat extra mark dalam exam, saya sanggup meredah lautan api untuk belajar ayat-ayat cmni tau tk! (bajet kuat mcm Superman) ingatlah, BAHASA JIWA BANGSA. bangsa Malaysia siapa lagi kalau bukan kita, dn bahasa Malaysia tu diumpakan macam jiwa kita. tk kn kita nk biarkn jiwa kita dijangkiti kuman-kuman yang dianggap 'comel' ni kn? plus, Islam mengajar kita untuk besederhana. so tk payah lah nk spelling-over-the-top ni, please lah! please open your mind, budak baru-nak-up pn tk guna ayat cmni tau! huhu, siapa lagi yang nk martabatkn bahasa Melayu kalau bukan kita kn?? :(
sekian, wasallm.

# kecomelan tk terletak pd bahasa yang dituturkn, harap maklum.

02 February 2013

WARKAH BUAT AYAH

daddy's pyienches~ ^^
Assalamualaikum!

hari ni birthday satu-satunya lelaki yang memiliki cintaku setelah Allah SWT dn Rasul, huhu. ayaaaahhhhhh, Selamat Hari Lahir..!!! kalau hati ini bole menulis, sudah pasti saya akan menulis dengan hati dn bukan dengan tangan kerana hati ini lebih mengetahui betapa dalamnya kasihku buatmu wahai ayah. semenjak kami berjauhan, saya selalu terkenangkan peristiwa bersama ibu dn ayah. hanya Tuhan yang tahu betapa rindunya saya kepada anugerah Allah SWT yang tiada gantinya ini, they are my everything! ya Allah, terima kasih kerana mengurniakn aku seorang ayah yang sentiasa membangkitkan rasa cinta kami sekeluarga terhadap- Mu dn kekasih- Mu!

sesungguhnya, aku ingin sekali menjadi saksi di hadapan- Mu bahawa ayahku telah menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang bapa yang baik terhadap anak-anaknya! terima kasih wahai ayah kerana sentiasa mendoakan yang terbaik untuk anakmu ini, sudah pasti saya tk akan mensia-siakan harapan ayah pada saya! walau saya tk akan pernah mampu membalas segala pengorbanan ibu dn ayah tapi biarlah saya sentiasa mampu untuk membuat ayah bersama permaisuri hatinya (ibu) tersenyum bahagia, in sha Allah! lastly, semoga ayah sentiasa berada dalam rahmat dan lindungan Allah Azza Wa Jalla. only Allah SWT knws hw much i love you my handsome daddy, and once again- Selamat Hari Lahir wahai ayahku dunia dn akhirat! :')
sekian, wasallm.

# ayah, your guiding hand in my shoulder will remain with me forever!