29 September 2013

SUKARNYA MEMAAFKAN

in sha Allah.
Assalamualaikum!

as a human being, saya juga mempunyai hati dn perasaan. ada sesuatu perkara yang akan menyebabkan hati ini berasa sangat marah- sedih- kecewa dn semua yang sewaktu dengannya, ya Allah! hanya pada- Mu tempat aku mengadu di saat hati kecil ini ditusuk dengan pelbagai perasaan yang mampu melemahkn diri ini andai terus dilayan, Allahu Rabbi. kadang-kadang bila ditimpa musibah sebegini,  otak ini dah tak mampu nk fikir panjang. for me, what can i do is CRYING. honestly, saya seorang perempuan yang susah nk menangis. selagi bole tahan memang saya akan tahan, bukan sebab saya cover macho ok! dn kalau nampak saya menangis tu, imaknanya ada sesuatu yang betul2 telah menusuk hati saya. sehinggakan saya tak mampu bertahan lagi, huhu. bila perkara ni berlaku, susah betul saya nk memaafkan si pelakunya! tapi disebabkan saya adalah umat Muhammad SAW, saya cuba sedaya upaya untuk memaafkan insan-insan yang pernah menyakiti hati ini. how sweet, terima kasih ya Allah~

sedangkan Junjungan Besar SAW mempunyai kelembutan hati untuk memaafkan umatnya, apatah lagi saya seorang insan kerdil yang tidak langsung memiliki sebarang jaminan untuk menjejakkan kaki ke Syurga Ilahi. tetapi diri ini belum cukup kuat untuk memaafkan, aku tidak mampu ya Allah! masih terngiang-ngiang kata-katanya, masih terbayang-bayang perbuatannya! bagiku, kemaafan yang diberikan ibarat menggadai maruah diri! ya Allah, huhu. tapi bila difikirkan, mulut ini sering mengungkapkan rasa cinta dn rindu kepada Baginda SAW, tetapi kenapa sukar untuk aku mencontohi Baginda di saat menghadapi ujian Allah ini? ya Allah, ampuni aku kerana terlalu bongkak melayan emosi sehingga terlupa bahawa aku hanya seorang hamba yang tidak mempunyai apa-apa sedangkan Engkau Sang Pencipta memiliki sifat Maha Pengampun dan Pemaaf! ya Allah, ampunkn aku kerana menumpang Hak- Mu! kalau bukan kerana Islam itu agama saya, tak mungkin mudah untuk saya memaafkn mereka yang telah menyakiti hati ini. terima kasih ya Allah di atas nikmat Iman dn Islam ini, sungguh! kebaikkan itu sukar dilakukan, tetapi mana mungkin Allah akan membiarkan hamba yang bergantung harap kepada- Nya untuk bersedih tanpa menyediakan sesuatu yang lebih baik kn?
sekian, wasallam.

# dendam itu DOSA. memaafkan itu PAHALA.

23 September 2013

BERAKHIR SUDAH PROGRAM PERTAMA

nantikn sekual keduanya, hihi.
Assalamualaikum!

alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah! bersyukur ke hadrat Ilahi kerana mempermudahkan segala urusan bagi melaksanakan program "Akademik Tip Top Akhlak Mantop", even banyak kekangan yang dihadapi sebelum ini. tapi alhamdulillah, Allah sentiasa memberi jalan penyelesaian untuk setiap masalah. syukur pada Allah, alhamdulillah. akhirnya terlaksana sudah impian saya untuk mengadakan sebuah program perkongsian ilmu bersama Ustazah Fatimah Syarha dn suaminya, Dr. Farhan Hadi. ya Allah, terima kasih di atas peluang dn kesempatan ini. terima kasih di atas kenangan manis ini, it will be one of the sweetest moments yang berlaku in my entire life selama menuntut di bumi KUIM. dikesempatan ini, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua AJK Pelaksana yang terlibat secara langsung atau tidak bagi menjayakan program ini. tidak dilupakan kepada Timb. saya yang setia berada di samping saya tak kira apa yang berlaku- terima kasih Ummu sayang! juga kepada AJK saya yang setia, yang selalu ada dibelakang- depan- kiri- kanan- atas- dn bawah saya untuk menjayakan program ini meskipun mulutnya tak pernah berhenti bercakap. thaanks fr making my day seceria pelangi petang my dear Farah, hopefully kamu akan touching bila baca entry ni! juga kepada ibu dn ayah tercinta, terima kasih di atas doa dn sokongan kalian!

tidak dilupakan kepada Penasihat Kehormat saya yang tak pernah jemu mendengar idea-idea saya yang agak entah apa-apa, dn terima kasih juga di atas idea-idea bernas yang telah disumbangkn untuk meMANTOOPkan program ini. terima kasih juga kerana sanggup bersusah payah untuk merealisasikan impian saya ni, i really appreciate it! terharu sangat, terima kasih ye abg Zameer! juga kepada barisan MT PERSEPSI- YDP (walid), TYDP (ummi), S/U (kak Ikim) dan BEND. (kak Jumm) serta barisan kepimpinan PERSEPSI bagi sesi 2013/2014. terima kasih sebab sudi jaga kaunter, terima kasih sebab sudi traning nasyid sampai tak tidur malam selama 4 hari. ya Allah, hanya Tuhan yang tau betapa beruntungnya diri ini dapat mengenali kalian! ingatlah sahabat-sahabatku yang berlatih nasyid tu, sesungguhnya Allah SWT pandang pada usaha kita! tahniah diucapkan, saya sayang kalian kerana Allah SWT! terima kasih juga kepada mahasiswa/i yang sudi hadir, dn terima kasih juga kepada panel jemputan khususnya kerana sanggup meluangkn masa untuk berkongsi ilmu bersama mahasiswa KUIM. semoga ilmu yang dikongsikan dapat menjadi asbab kepada perubahan kita ke arah yang lebih baik, in sha Allah.
sekian, wasallm.

# sepatutnya tajuk yang sesuai untuk entry adalah TERIMA KASIH, T.T

17 September 2013

AKADEMIK TIP TOP AKHLAK MANTOP!

jemput datang, hee
Assalamualaikum!

jika Allah mengizinkn perancangan hamba- Nya untuk berlaku, ia pasti akan berlaku. sesungguhnya kita merancang dengan cita-cita, tetapi Allah SWT merancang dengan CINTA! semoga Allah mempermudahkan segala urusan, ameen. dear readers expecially mahasiswa/i Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM), saya dengan rendah dirinya ingin menjemput anda semua untuk hadir ke program anjuran Exco Akademik dn Prestasi PERSEPSI pada ketetapan di sebelah. alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi kerana diberi kesempatan untuk merancang sebuah program ilmu ini. semoga ia akan terlaksana seperti apa yang telah dirancang, Allahumma Ameen! ok, dikesempatan ini juga saya nk share tentang objektif program ini.

[copied from p/work]
as we cn see, masalah sosial mahupun jenayah yang melibatkan penuntut IPT tidak terkecuali dari menjadi topik hangat yang menghiasi akhbar masa kini. meskipun golongan cerdik pandai ini memiliki pengetahuan akademik yang memuaskan sehingga melayakkan mereka untuk menyambung pengajian di IPT, namun! ketertinggian ilmu mereka sama sekali tidak mecerminkan akhlak dan peribadi mereka, dn tidak keterlaluan jika saya katakan bahawa remaja Islam tika ini terlalu taksub mengejar dan menguasai ilmu dunia sehingga mengabaikan ilmu akhirat. mereka juga seolah-olah lupa kepada indahnya budi pekerti yang dimiliki oleh Junjungan Besar- Nabi Muhammad SAW, yang sepatutnya menjadi model ikutan kita. buktinya, masih ramai mahasiswa/i yang ditangkap kerana menghisap dadah, meragut, berkhalwat dan sebagainya. lebih parah apabila ada di antara mereka yang didapati mengandung anak luar nikah hasil daripada perbuatan zina, nauzubillahiminzalik.

maka dengan itu, unit Akademik dan Prestasi PERSEPSI bercadang untuk mengadakan program berbentuk forum bagi mengupas dengan lebih lanjut tentang isu-isu yang berkaitan. keunggulan peribadi yang dimiliki oleh Nabi SAW akan diselitkan dalam program ini agar dapat dijadikan pedoman oleh mahasiswa/i KUIM, dn sememangnya program ini adalah sebagai salah satu jalan bagi merealisasikan motto PERSEPSI sesi 2013/2014 iaitu "Akhlak Islami Membentuk Kualiti Insan Bertamadun". ok, itu saja. semoga program ini dapat mencapai objektif yang telah ditetapkan dn semoga program perkongsian ilmu ini mempunyai nilai di sisi Allah SWT, ameen. diharapka juga agar ilmu yang bakal diperolehi oleh mahasiswa/i akan dimanfaatkan sebaiknya sebagai satu jalan dakwah islamiyyah dalam meningkatkan sahsiah diri seiring dengan prestasi akademik. semoga Allah meredhainya dn mempermudahkn segala urusan kelak, Allahumma Ameen!
sekian, wasallm.

# ibu dn ayah, anakmu ini sangat butukan doa dari kalian! Rabbi Yassir Wala Tuaasir, Allahumma Ameen!

11 September 2013

AS BUSY AS A BEE

my family at KUIM.
Assalamualaikum!

ya Allah, dh lama rasanya tak merasa nikmat tidur awal. i really miss it, huhu. semakin hari semakin banyak pengalaman baru yang saya dapat, semakin banyak juga cabaran dn dugaan yang terpaksa ditempuhi. tapi alhamdulillah, Rahmat Allah sentiasa bersama saya. saya masih ada rakan-rakan seperjuangan yang berebut-rebut untuk menaikkan semula semangat saya disaat saya ditimpa musibah atau sebagainya, thaaaanks sahabat PERSEPSI 13/14. saya sangat menyayangi kalian, lillahi Ta'alla! terima kasih juga diucapkan kepada permata hati saya yang berada jauh beribu batu di Kuala Lumpur, ibu dan ayah! thaaanks fr always mendoakan kejayaan saya di bumi tarbiyyah ini. ya Allah, dah lama juga kaki ini tidak menjejakkan kaki ke rumah! kesibukkan saya sekarang mengalahkan lebah-lebah yang bersarang di atas pokok mangga belakang rumah nenek saya, huhu. tapi saya bersyukur dengan kesibukkan ini kerana tanpanya, mungkin masa remaja saya akan terbuang begitu sahaja. dn sejujurnya saya akan merindui pengalaman yang sangat berharga ini, saya akaannn! pengalaman yang tkda pada orang lain, terima kasih ya Allah kerana memilih diriku untuk merasai nikmat menjadi pelajar dn pemimpin pelajar di bumi KUIM.

tidak pernah terlintas di hati mahupun kepala hotak ini untuk menjadi sebahagian dari pemimpin fakulti, tapi itu yang telah tertulis untuk diri ini. alhamdulillah, plus saya memang suka 'menyibok' dalam berorganisasi. bila teringat zaman sekolah, siapalah yang tak kenal saya ni. rata-rata orang kenal tau, phewwww. astaghfirullahaladzim, bukan nk riak tau. just nk share pengalaman saya masa zaman sekolah, and for sure saya dikenali bukan sebab selalu ponteng kelas or melawan cikgu ke apa eh! saya budak baik tau dulu, sekarang pn sama ok! yeke? iyeeee, tak percaya sudah! cuma kat KUIM ni lebih praktikal, lebih hebat cabarannya! tapi takpe, Allah kn ada. lagipun tak lama lagi saya nk letak jawatan dh, huhu. sedihnya, cepat betul masa berlalu! disebabkn itu juga saya berazam untuk mengisi masa yang ada ini dengan sebaiknya, saya tak nak sia-siakan! at least ada something yang saya sumbangkn kepada students KUIM before saya letak jawatan, in sha Allah. semoga Allah permudahkn urusan saya, doakan saya ok!
sekian, wasallm.

# PERSEPSI PERSEPSI, aku akan merinduimu!

05 September 2013

THE COOLEST ANIMATION ABOUT AURAH


Assalamualaikum!

lets spend your 3 mins to watch dis ohsem animation, 3 mins je pn!! kbai

# usaha dakwah yang perlu dipuji, thumbs up!