24 September 2012

YA RASULULLAH!

Allah ya Allah.
Assalamualaikum!

saya baru lepas khatam buku HIJRAH- Permulaan Sebuah Kegemilangan hasil nukilan Abdul Latip Talib. Ya Allah, sebak hati ni bila baca buku tu. selama ni saya hanya mengetahui mengenai baginda melalui bahan-bahan bacaan ilmiah, dendangan lagu-lagu nasyid dan ceramah-ceramah di tv. terdetik rasa di hati untuk berjumpa dengan baginda, setiap kali itu juga saya mengucapkan selawat pada baginda dengan harapan saya akan menjadi salah seorang umat yang paling dekat dengan baginda pada hari kiamat nanti!

siapalah saya untuk menulis secara terperinci tentang kisah hidup baginda, saya just nak share rasa rindu yang tak pernah saya alami sebelum ni. terlalu banyak dosa pada diri ini sehingga saya merasakan yang saya tidak layak untuk menjadi umat baginda, huhu. tapi yang pasti, semua orang boleh berubah untuk menjadi yang lebih baik. and of course i want to be one, insyaAllah. kerana sesungguhnya saya ingin sekali menjadi saudara (ikhwan) Rasulullah saw. as what prophet Muhammad saw said: "saudaraku ialah mereka yang belum pernah melihatku, tetapi mereka beriman denganku sebagai Rasulullah dan mereka sangat mencintaiku. Malahan kecintaan mereka kepadaku melebihi cinta mereka kepada anak-anak dan orang tua mereka. Aku sungguh rindu hendak bertemu dengan mereka.." huhu, sayunya hati ni!!