22 May 2013

WELCOME TO KUIM!

see u at KUIM~
Assalamualaikum!

sejak kebelakangan ni, saya mendapati post Kolej Universiti Islam Melaka dalam blog saya ni mendapat carian paling tinggi berbanding post-post saya yang lain. saya agak terkejut, dn tertanya-tanya apa yang menarik nya dengan post tu. ahaa, baru saya teringat! sekarang musim pelajar mencari tahu tentang tempat pengajian yang bakal mereka sambung study, no wonder lah! dulu pn saya macam tu jugak, seboleh-boleh nak search sampai lubang cacing pasal tempat baru yang akan saya pergi tu. macam-macam perasaan ada, tapi apa yang pasti! semakin hampir dengan tarikh keramat untuk mendaftarkan diri ke KUIM, semakin lemah semangat saya. tapi saya kuatkan jugak semangat, saya cubaaaa! berkali-kali saya bagitau ibu dn ayah supaya jangan terus balik KL lepas anta saya, saya sampai ajak mereka untuk tidur sekali dengan saya dalam asrama kat KUIM tu nanti. haha, budak kecik ni kn!

minggu pertama adalah minggu membasahkan mata dengan air mata rindu, rindu pada segala-galanya yang saya tak dapat bawak ke KUIM! expecially, my lovely parents. setiap hari jugak saya bagitau ibu dn ayah yang saya tanak duduk asrama kat KUIM, saya nak duduk luar. ada hati youuu, padahal baru sem satu! tapi ayah dn ibu banyak bagi support, dn support itulah yang menyebabkan saya rasa gembira yang teramat sangat setelah 1tahun menuntut di bumi KUIM ni. alhamdulillah, semoga kenikmatan ini berkekalan sehingga saya selamat menamatkan pengajian nanti. lagipun, tak lama dah. pejam celik- pejam celik, saya akan merindui pulak suasana di bumi KUIM ini. semestinya hari-hari terakhir di KUIM pasti juga akan ditemani air mata sepertimana hari-hari pertama saya melangkah masuk ke sini, semoga semuanya akan dipermudahkan! ameen, huhu. anyway, for those yang bakal melanjutkn pelajaran ke KUIM- ahlan wa sahlan! semoga kita dapat bersama-sama menjadi putera puteri Islam yang berjaya di dunia dn akhirat, Allahumma Ameen! :')
sekian, wasallam.