20 July 2013

MENGHAMPIRI KEMATIAN

ameen ya Rabb! :')
Assalamualaikum!

alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah! ok, nampaknya hari ni hari jadi saya. taakkk, saya bukan nk hadiah atau wishes. cukuplah sekadar mendoakan kesejahteraan hidup saya kerana sesungguhnya doa itu senjata bagi orang-orang Mukmin, masyaAllah. bertuahnya saya apabila ramai saudara-saudara seagama saya yang mendoakan kebahagiaan hidup saya samada di dunia mahupun akhirat, syukraan! ketahuilah saudaraku, apa yang kalian doakan untuk diriku belum tentu dimakmulkn. tetapi doa-doa kalian itu pastinya akan dimakbulkn Allah ke atas diri kalian kerana sesungguhnya Malaikat sentiasa mengaminkan apa yang kalian doakn itu ke atas diri kalian, dn sesungguhnya doa para Malaikat pasti akan diperkenankan oleh Yang Maha Esa. subhanAllah, beruntunglah kamu wahai saudara-saudara seagamaku!

ok, dikesempatan ini juga saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada mereka yang berkesempatan meluangkn masa untuk "meng-wish" birthday saya. ada yang post di FB, ada yang text, ada yang bagi present/kejutan, dn tak kurang ada juga yang sanggup call saya. terima kasih, hanya Allah yang mampu membalas jasa baik kalian kerana telah membuat saya rasa dihargai sepanjang hari ini. i have nothing much to say, saya cuma ingin memberi peringatan khasnya buat diri saya bahawa saya kini semakin menghampiri kematian. ulangtahun hari lahir ini menandakan bahawa umur saya semakin pendek, ya Allah! terima kasih di atas kesedaran ini, akan saya lalui hari ini dengan penuh kesederhanaan dn keinsafan. in sha Allah, lagi-lagi sekarang bulan puasa kn! cakap pasal bulan puasa, ramai jugak yang offer nk belanja saya bukak puasa. hehe, rezeki jangan ditolak kn! terima kasih wahai sahabat-sahabat seperjuanganku, percayalah! hari ini akan menjadi antara saat terindah dalam hidup saya, terima kasih ya Allah!
sekian, wasallm.

# ya Allah, semoga pertambahan umur ini menambahkn lagi kecintaaku kepada- Mu! :')