06 July 2013

NAMA JUGA SATU DOA


Assalamualaikum!

i dont know why some people suka gelarkan orang disekeliling mereka dengan gelaran yang agak kurang sopan, padahal nama kawan dia tu sedap tau! contoh ek, nama seseorang ni Muhammad Tahajjud Ashraf. tapi disebabkn sifat fizikal dia yang agak berisi, kengkawan dia panggil dia "doremon". ohh maaannnn, spoil tau tak! masyaAllah, nama dah sedap dah mak dn ayah dia bagi. tapi sadisnya dia tak dipanggil dengan nama tu. heyy, come on! saya sangaaat tak setuju dengan mentality sesetengah individu yang macam ni, sedarkah anda? secara tidak langsung kamu telah menghina pemberian Allah SWT kepada dia?? how could you do that to your brothers and sisters, do you think you are perfect enough?? ya, maybe some people 'meng-istilahkn' perbuatan itu sebagai gurauan. alasan yang dah basi, tapi ingatlah!

kamu sedang menghina pemberian Allah SWT, dan yang paling dasyat kamu sedang menyakiti hati saudara kamu itu! memanglah dia tak tunjuk, nampak dia ok je kamu panggil dia 'pendek' lah, 'sengal' lah, 'hitam' lah. tapi jauh di sudut hati, dia sedih dengan kelakuan kamu. please, jangan jadikan saudara kamu seperti boneka yang boleh kamu hina sesuka hati walaupun dengan tujuan untuk bergurau. dan ingatlah, panggilan kamu itu adalah DOA. dan setiap doa kamu kepada saudaramu akan dibalas oleh Malaikat iaitu dengan berdoa untuk kamu. so, kalau kamu doakan saudaramu dengan panggilan yang hina… tidak mustahil kamu akan jadi hina jugak kerana sesungguhnya doa Malaikat itu pasti dimakbulkn, dn kalau bukan dimakbulkn ke atas kamu mungkin jugak anak keturunan kamu- nauzubillahiminzalik. jadi untuk itu, peringatan untuk saya dn semua pembaca! jangan panggil orang dengan panggilan yang buruk, tapi gelarlah mereka dengan panggilan yang baik-baik. semoga kita akan jadi baik kerana Malaikat mendoakan kita juga dengan panggilan yang baik-baik, in sha Allah

# jaga lisanmu kerana ramai yang celaka kerananya- NAUZUBILLAHIMINZALIK.