16 December 2014

TERIMA KASIH KUIM!

One fine day insyaAllah~
Bismillahirahmanirahim...

Bila dah selesai latihan amali ni, rasa kejap betul masa berlalu. Perjalanan sebagai pelajar diploma Undang2 dan Shariah sudah hampir ke garisan penamat, bersediakah aku menghadapi tekanan dunia luar? Hakikatnya, masih jauh perjalananku untuk merealisasikan hasrat dan cita-cita sebagai seorang peguam syarie yang bertauliah dan cantik hohoho. 

Ni baru diploma, kena sambung ijazah sarjana muda dan kemudian latihan2 tertentu sebelum dapat diri ini mengukir senyuman atas segala kegigihan memenuhi impianku. Harapanku semoga Allah mudahkan langkah dan perjuangan ini, aamiin. Sekali lagi akan bergelar pelajar selepas ini, entah dimana aku juga tak pasti. Apapun jauh di sudut hati, berat sungguh hati ini nak tinggalkan bumi KUIM. Terlalu banyak yang aku belajar, lebih dari sekadar belajar mengenai perundangan dan shariah. Semoga setiap watak dan peristiwa yang berlaku dalam tempoh tersebut membawa kebaikan untuk dunia dan akhiratku, aamiin. 

Di KUIM lah aku bermula sebagai pelajar undang2 dan shariah, akan ku bawa semangat ini dalam setiap langkah mencapai cita-cita. Segala puji bagi Allah atas segala kesempatan dan kekuatan, terima kasih KUIM atas segala kenangan dan pengajaran. Huaaaaaa nangisss