03 August 2013

FASA PEMBEBASAN DARI API NERAKA

doa malam Lailatur Qadr.
Assalamualaikum!

masyaAllah, sedar tk sedar sekarang kita sudah berada di Fasa Ketiga bulan Ramadan. sungguh, Allah SWT menjanjikan kelebihan pada bulan ini yang tidak terdapat pada bulan-bulan lain. setelah kita memperoleh kasih sayang- Nya pada Fasa Pertama (Fasa Rahmah), diampunkan pula segala dosa-dosa kita pada Fasa Kedua (Fasa Maghfirah). setelah diampunkan segala dosa-dosa hamba- Nya, dibebaskan pula hamba- Nya daripada azab Api Neraka di penghujung 10 hari terakhir pada bulan mulia ini. subhanallah, Maha Suci Allah. 10 akhir Ramadan merupakan malam-malam yang mempunyai penuh keberkatan dn kelebihan tertentu, dn malam-malam ini amat dinantikan oleh seluruh orang Mukmin kerana salah satu dari malam tersebut merupakan malam yang lebih baik berbanding 1000 bulan.

dalam Fasa Ketiga ini, Allah SWT telah menganugerahkan kepada hamba- Nya satu malam yang dikenali sebagai malam Lailatul Qadar. masyaAllah, beruntunglah bagi golongan yang berkesempatan menemui malam Lailatul Qadar ini. ok, thats all fr today! i have no time to write panjang-panjang and add up whatever perencah as usual because im rushing right now! btw, selamat menjalani ibadah puasa pada 10 hari terakhir Ramadan! semoga segala ibadah kita diterima oleh Allah Azza Wa Jalla, ameen.
sekian, wasallm.

# cant wait fr iftar with my BIG family, 3more hours to go!