09 August 2013

INGAT PADA JANJI ALLAH

:')
Assalamualaikum!

saya adalah salah seorang manusia yang suka kesiankan orang lain sampai saya tak kesian kt diri saya sendiri, ia lebih kurang macam: saya sanggup susahkan diri sendiri semata-mata untuk tolong orang lain. dn selalu jugak saya rasa "dipijak kepala" sebab terlalu baik, huhu. mula-mula saya ok je, tapi bila dh lama-lama saya rasa menyirap pulak! because what, because some people sangat-sangat tak pandai nk menghargai what i have done! just imagine- kamu bagi bunga kat someone, then dia balas dengan batu. perghhh, menguji kesabaran betul. pernah jugak saya terfikir- kalau bukan kita yang kesiankn diri sendiri, siapa lagi kn?? asik nk kesiankn orang je, dh laa tk dihargai. huhu, sedih tau tak! sampai satu tahap, saya bertekad nk keraskan hati untuk tidak kesiankn orang lain, saya cuba jugak jadi selfish. tapi tak bole, saya tak sampai hati. ya Allah, huhu.

sampailah suatu hari tu saya terbaca Firman Allah dalam surah al- Nahl: 97, yang bermaksud: "barang siapa mengerjakan kebajikan, baik lelaki mahupun perempuan dalam keadaan beriman, maka pasti Kami akan berikan kepadanya kehidupan yang baik dan akan kami beri balasan dengan pahala yang lebih baik dari apa yang mereka telah kerjakan.."

masyaAllah, menolong orang lain itu kn satu kebajikan! teringat juga saya pada pesan ibu- jika kita permudahkan urusan orang lain, maka Allah akan permudahkan urusan kita. ya Allah, mana mungkin saya akan ketepikan Janji Allah SWT ini?? dengan ayat-ayat ini, saya teruskan sikap saya yang suka kesiankn orang lain dengan lebih ikhlas tau tak! dn saya cuba belajar untuk reda dengan setiap apa saja yang akan berlaku. samada orang tu akan hargai or not, i dont mind. dengan ayat ni jugak, saya yakin bahawa Allah SWT lah yang akan kesian pada diri saya apabila saya kesian kt orang lain! subhanAllah, tidak ada apa yang lebih baik selain mendapat rahmat dan keredhaan Allah SWT kn! dear readers, just remember! Allah Maha Mengetahui setiap perlakuan hamba- Nya, dn setiap perlakuan itu akan diberi balasan. kalau benar hidup kita di dunia ini untuk mencari redha Allah, maka ingatlah pada Janji Allah setiap kali hati menjadi resah ketika membuat kebaikkan/kebajikan!
sekian, wasallm!

# tidak ada apa yang mustahil kepada mereka yang berpegang pada JANJI ALLAH.