17 September 2013

AKADEMIK TIP TOP AKHLAK MANTOP!

jemput datang, hee
Assalamualaikum!

jika Allah mengizinkn perancangan hamba- Nya untuk berlaku, ia pasti akan berlaku. sesungguhnya kita merancang dengan cita-cita, tetapi Allah SWT merancang dengan CINTA! semoga Allah mempermudahkan segala urusan, aamiin. dear readers expecially mahasiswa/i Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM), saya dengan rendah dirinya ingin menjemput anda semua untuk hadir ke program anjuran saya selaku Exco Akademik dn Prestasi PERSEPSI pada ketetapan di sebelah. alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi kerana diberi kesempatan untuk merancang sebuah program ilmu ini. semoga ia akan terlaksana seperti apa yang telah dirancang, Allahumma Ameen! ok, dikesempatan ini juga saya nk share tentang objektif program ini.

[copied from p/work]
as we cn see, masalah sosial mahupun jenayah yang melibatkan penuntut IPT tidak terkecuali dari menjadi topik hangat yang menghiasi akhbar masa kini. meskipun golongan cerdik pandai ini memiliki pengetahuan akademik yang memuaskan sehingga melayakkan mereka untuk menyambung pengajian di IPT, namun! ketertinggian ilmu mereka sama sekali tidak mecerminkan akhlak dan peribadi mereka, dn tidak keterlaluan jika saya katakan bahawa remaja Islam tika ini terlalu taksub mengejar dan menguasai ilmu dunia sehingga mengabaikan ilmu akhirat. mereka juga seolah-olah lupa kepada indahnya budi pekerti yang dimiliki oleh Junjungan Besar- Nabi Muhammad SAW, yang sepatutnya menjadi model ikutan kita. buktinya, masih ramai mahasiswa/i yang ditangkap kerana menghisap dadah, meragut, berkhalwat dan sebagainya. lebih parah apabila ada di antara mereka yang didapati mengandung anak luar nikah hasil daripada perbuatan zina, nauzubillahiminzalik.

maka dengan itu, unit Akademik dan Prestasi PERSEPSI bercadang untuk mengadakan program berbentuk forum bagi mengupas dengan lebih lanjut tentang isu-isu yang berkaitan. keunggulan peribadi yang dimiliki oleh Nabi SAW akan diselitkan dalam program ini agar dapat dijadikan pedoman oleh mahasiswa/i KUIM, dn sememangnya program ini adalah sebagai salah satu jalan bagi merealisasikan motto PERSEPSI sesi 2013/2014 iaitu "Akhlak Islami Membentuk Kualiti Insan Bertamadun". ok, itu saja. semoga program ini dapat mencapai objektif yang telah ditetapkan dn semoga program perkongsian ilmu ini mempunyai nilai di sisi Allah SWT, ameen. diharapka juga agar ilmu yang bakal diperolehi oleh mahasiswa/i akan dimanfaatkan sebaiknya sebagai satu jalan dakwah islamiyyah dalam meningkatkan sahsiah diri seiring dengan prestasi akademik. semoga Allah meredhainya dn mempermudahkn segala urusan kelak, Allahumma Ameen!
sekian, wasallm.

# ibu dn ayah, anakmu ini sangat butukan doa dari kalian! Rabbi Yassir Wala Tuaasir, Allahumma Ameen!