29 September 2013

SUKARNYA MEMAAFKAN

in sha Allah.
Assalamualaikum!

as a human being, saya juga mempunyai hati dn perasaan. ada sesuatu perkara yang akan menyebabkan hati ini berasa sangat marah- sedih- kecewa dn semua yang sewaktu dengannya, ya Allah! hanya pada- Mu tempat aku mengadu di saat hati kecil ini ditusuk dengan pelbagai perasaan yang mampu melemahkn diri ini andai terus dilayan, Allahu Rabbi. kadang-kadang bila ditimpa musibah sebegini,  otak ini dah tak mampu nk fikir panjang. for me, what can i do is CRYING. honestly, saya seorang perempuan yang susah nk menangis. selagi bole tahan memang saya akan tahan, bukan sebab saya cover macho ok! dn kalau nampak saya menangis tu, imaknanya ada sesuatu yang betul2 telah menusuk hati saya. sehinggakan saya tak mampu bertahan lagi, huhu. bila perkara ni berlaku, susah betul saya nk memaafkan si pelakunya! tapi disebabkan saya adalah umat Muhammad SAW, saya cuba sedaya upaya untuk memaafkan insan-insan yang pernah menyakiti hati ini. how sweet, terima kasih ya Allah~

sedangkan Junjungan Besar SAW mempunyai kelembutan hati untuk memaafkan umatnya, apatah lagi saya seorang insan kerdil yang tidak langsung memiliki sebarang jaminan untuk menjejakkan kaki ke Syurga Ilahi. tetapi diri ini belum cukup kuat untuk memaafkan, aku tidak mampu ya Allah! masih terngiang-ngiang kata-katanya, masih terbayang-bayang perbuatannya! bagiku, kemaafan yang diberikan ibarat menggadai maruah diri! ya Allah, huhu. tapi bila difikirkan, mulut ini sering mengungkapkan rasa cinta dn rindu kepada Baginda SAW, tetapi kenapa sukar untuk aku mencontohi Baginda di saat menghadapi ujian Allah ini? ya Allah, ampuni aku kerana terlalu bongkak melayan emosi sehingga terlupa bahawa aku hanya seorang hamba yang tidak mempunyai apa-apa sedangkan Engkau Sang Pencipta memiliki sifat Maha Pengampun dan Pemaaf! ya Allah, ampunkn aku kerana menumpang Hak- Mu! kalau bukan kerana Islam itu agama saya, tak mungkin mudah untuk saya memaafkn mereka yang telah menyakiti hati ini. terima kasih ya Allah di atas nikmat Iman dn Islam ini, sungguh! kebaikkan itu sukar dilakukan, tetapi mana mungkin Allah akan membiarkan hamba yang bergantung harap kepada- Nya untuk bersedih tanpa menyediakan sesuatu yang lebih baik kn?
sekian, wasallam.

# dendam itu DOSA. memaafkan itu PAHALA.