16 January 2014

WAKTU ITU~

Assalamualaikum!

beberapa hari yang lepas, ada sorang kakak (kenalan baru) ask me to create satu puisi tentang dia. well, pertemuan kami sangat singkat tapi meningglkn kesan yang sangat hebat! so saya sahut cabaran dia, tengah malam. eh tak, tengah pagi. around 4am, saya imbas balik sesi perkenalan kami. dn ini hasilnya, just wanna say: IM PROUD OF MYSELF! terima kasih ya Allah, =')

waktu itu.
dirimu sungguh asing bagiku.
tidak pernah ku lihat.
apatah lagi bertegur.

waktu itu.
berlalu seperti biasa.
engkau adalah engkau.
aku adalah aku.

waktu itu.
tanpa sedar.
terjalin satu ikatan.
bermula dengan teguran yang tidak diduga.

waktu itu.
makin terasa jalinan ini.
sungguh kuat dan semakin kuat.
atas nama Dia Yang Esa.

waktu itu.
segalanya dikongsi bersama.
mula terasa nikmat ukhwah.
gelak tawa terus terpalit.

waktu itu.
kekuatan diri menjadi lemah.
hakikat perlu diterima.
setiap pertemuan ada perpisahan.

waktu itu.
senyuman terus dikongsi.
atas sekeping foto.
yang kini menjadi saksi.

waktu itu.
diharap terjadi lagi.
kerana aku terlalu rindu.
rindu kepada insan yang sedang membaca puisi ini.

# thats deep man, really deep~