01 February 2014

TRIP TO KELANTAN

sweet memory, =')
Assalamualaikum!

saya sekarang berada di Tumpat, Kelantan. baru sampai semalam, naik train dr Tampin. perjalanan memakan masa 12jam, awesome!! pengalaman baru, Allahu Rabbi. dh rasa macam ada dalam plot cerita Harry Potter, tak bole duduk diam dalam train tu. kehulu kehilir, nk merasa suasana yang adventure!! tido pn tak sampai 5jam sebab banyak aktiviti yang kami buat dalam kereta api tu: karoke, petandingan berselawat, makan sate, makan, dn terus makaaaan! kami bertolak dari Tampin around 11pm, then sampai Tumpat around 11am. kami terus dibawa ke Homestay Kok Pasir Kelate~ sebelum masuk bilik, kami disambut dengan alunan selawat oleh penduduk sekitar kawasan tu. and terpaling best, makanan untuk lunch tu sedaaaaaap!! sedap sangat, Allah. then after Zohor, kami bertolak ke Pondok Darul Hanan. kt situ adalah rumah orang tua2, dn saya berkenalan dengan sorang nenek yang bernama Zaharah. borak2 cm biasa, tapi bila saya nk balik tu nenek Zaharah menangis. katanya dia rindukan cucu dn anak2 nya, Allahu Rabbi. semoga nenek sentiasa berada di bawah jagaan Allah Azza wa Jalla, ameen~ 

then lepas tu kami pergi ke Suluk Tok Selohor, haa. ni seram, kami dibawa masuk ke dalam bilik bawah tanah seluas 7kaki. dalam kawasan perkuburan you knw, huhu. tapi alhamdulillah, semua ok. malam pulak sesi LDK, berkenalan dengan fasi saya kak Ami. besoknya pulak (pagi tadi) kami ada treasure hunt kt Rantau Panjang, fuuh! ni yang paling awesome, kenapa awesome? sebab game ni menguji minda, sama macam sudoku. hihi, lepas tu kami dibawa pula ke Pantai Puteri Tujuh Kelate~ ada aktiviti pantai kt sini, ya Allah. kenangan yang sangat indah tau tk, pengalaman pertama naik apa entah nama benda alah tu. serious best, then malam kami shopping di Wakaf Che Yeh~ besok? hm. nak balik Tampin semula, tapi sebelum tu kami akan ke pantai semula sebab ada LDK kt sana! dn kami akan ke Kota Jembal, wow! sana banyak muzium, tak sabaaaar!! pastu nk singgah Pasar Siti Khadijah untuk shopping lagi. huhu, rasa macam tak nak balik je! sedih nk tinggalkn kenangan kt sini, terima kasih untuk segalanya ya Allah!!  =')
sekian, wasallm.

# bertambah lagi kenalan baru, seronokk