21 May 2012

HAVE YOUR DREAM!

Assalamualaikum!

seronoknya bila berangan, berangan tentang future lah for sure kn. saya suka berangan tentang diri saya pada masa depan, contohnya diri saya 1-10 tahun akan datang. of course lah, kalau kita berangan mesti yang positif kan. contoh macam nak berjaya, nak jadi kaya, nak hidup bahagia dan macam-macam lagi. mana ada orang yang berangan nak masuk penjara ke, kemalangan jalan raya ke ape ke kan. sama jugak macam saya, saya selalu berangan benda yang sweet dan indah-indah je. dengan berimaginasi gambaran untuk berjaya pada masa hadapan, ia sebenarnya dapat membakar semangat saya untuk mencapai gambaran tersebut! so, kesimpulannya tak salah pun kalau nak berangan. malah, ia akan memberi semangat kepada kita untuk mencapai apa yang kita angankan itu.

tapi, ingat! kalau kita asik mimpi di siang hari tanpa usaha dan perancangan, tak jauh bezanya dengan 'angan-angan mat jenin'! ingin saya tegaskan disini, sebagai manusia normal hari-hari kita pasti tak luput dari berazam tentang keinginan dan angan-angan. cuma yang membezakan, hanya usaha dan perancangan untuk merealisasikan angan-angan tersebut. angan-angan memang sesuatu yang indah, tapi ia amatlah memerlukan tenaga dan pengorbanan. sememangnya, angan-angan merupakan inspirasi utama untuk mencapai cita-cita ke arah kejayaan yang lebih cemerlang pada masa hadapan! untuk berjaya kita perlu ada matlamat, dan matlamat adalah angan-angan positif. tetapi kita perlu juga ada tempoh untuk mencapainya, barulah kita akan berusaha ke arah itu dan berjaya! kalau nak berjaya mestilah kita berangan dulu, lepas tu Doa-Usaha-Ikhtiar-Tawakal. nanti dapatlah hasilnya- DUIT! cubalah menjadi manusia bijak yang mampu mengubah angan-angan menjadi impian yang bernilai di alam realiti~