02 June 2012

PLEASE, DONT GIVE UP!

Allah ada bersama kita, YAKINLAH.
Assalamualaikum!

hmm, saya yakin setiap daripada kita mesti pernah mengalami saat getir dalam hidup. saya akui, dengan dugaan dan ujian yang bertimpa-timpa kadangkala menewaskan semangat yang ada. dalam masa yang sama, kita perlu yakin dan percaya bahawa kegagalan merupakan tiket untuk mendapat kejayaan! apa yang penting kita tak boleh berterusan meratapi kegagalan, ianya akan memakan diri sendiri. kejayaan dan kebahagiaan yang kita idamkan itu memerlukan pengorbanan, teruskan berusaha dan jangan sesekali menyerah kalah.

Selain kerjasama, apa yang penting adalah jangan berputus asa untuk terus mencuba. kita perlu berani memperbaiki kelemahan agar kegagalan yang diperolehi tidak berterusan, yakin pada diri sendiri! yakin yang kita boleh, boleh mengubah kegagalan untuk menjadi kejayaan! ujian Allah swt sebenarnya mengajar kita untuk menjadi lebih kuat dan sabar dalam menghadapi saat kegagalan, alhamdulillah. saya cuma berharap agar segala kesulitan yang bakal dihadapi akan dipermudahkan, insyaAllah. kegagalan juga mematangkan pemikiran kita, kerana pelbagai usaha yang akan kita fikirkan untuk mencari jalan keluar dari kegagalan. tanpa kegagalan, kita tak akan menang! kerana kegagalan yang mengajar kita untuk mencapai kejayaan yang cemerlang, yang pasti jangan sesekali berputus asa. dn ketahuilah, sesiapa yang berputus asa maksudnya dia tidak redha dengan ketentuan Ilahi. nauzubillah, semoga kita dijauhkan.
sekian, wasallam.

# giving up is the worst thing in the world!