11 July 2012

ORIENTASI KMU

Assalamualaikum!

hai, hari ni saya nk story pasal orientasi Kelab Mahasiswa Undang- Undang dan Syariah (KMU) yang berlangsung minggu lepas. tujuan program ni pn tk lain dn tk bkn adalah untuk merapatkan ukhwah antara junior dan senior dari jurusan law and shariah di KUKM, so dari program ni dapat laa saya kenal senior-senior saya yang sememangnya terbaek! as what they told me, ni orientasi pertama yang diadakan dalam KMU. Bermaksud, kami adalah first batch yang mengenali senior dengan lebih rapat. sebelum ni tkda pn program macam ni, so pandai-pandai sendiri laa nak cari senior ke apa ke kn. 

pada mulanya program ni ada 'malam kebudayaan'. maknanya kena buat performance lah kn, tapi alhamdulillah bnda tu dibatalkan sebab apa entah. im so happy, sebab saya ni penyegan kalau ada aktiviti cmtu. Maluuu, tak suka. Kalau boleh nak jadi penonton je tp kalau dah jadi peserta, kena la perform sekali ye dakk

Ok next, masa game explorace group saya juara! motif bagitau? hehe, saje je nk share kegembiraan sebab tk sangka pulak boleh menang sebab kami start lambat. then ada satu aktiviti dimana kami diberikan beberapa helai surat khabar dn segulung tisu toilet, kami kena dress-up one of our group member dengan benda tu and pakaian yang direka tu mesti menutup aurat. as im the smallest person in the group, so terpaksalah saya merelakan diri menjadi model yang tk bertauliyah. alhamdulillah, saya sangat seronok sepanjang program berlangsung. Di akhir program, setiap dari kami diberikan seorang mentor iaitu senior yang akan membantu kami sepanjang bergelar pelajar Dip. Undang- Undang dan Syariah (DUUS). and saya pn dapat sorang mentor, senior sem lima. syukur pada Allah swt kerana memberi keseronokkan pada saya dalam menghadapi hari-hari berorientasi ni, best sangat! minggu ni orientasi Akademi Pengajian Islam pulak, semoga semuanya berjalan lancar! in sha Allah, btw thnks fr reading!

#ehhh bukan hari tu tak suka orientasi ke?? Entah la labuu