02 February 2013

WARKAH BUAT AYAH

daddy's pyienches~ ^^
Assalamualaikum!

hari ni birthday satu-satunya lelaki yang memiliki cintaku setelah Allah SWT dn Rasul, huhu. ayaaaahhhhhh, Selamat Hari Lahir..!!! kalau hati ini bole menulis, sudah pasti saya akan menulis dengan hati dn bukan dengan tangan kerana hati ini lebih mengetahui betapa dalamnya kasihku buatmu wahai ayah. semenjak kami berjauhan, saya selalu terkenangkan peristiwa bersama ibu dn ayah. hanya Tuhan yang tahu betapa rindunya saya kepada anugerah Allah SWT yang tiada gantinya ini, they are my everything! ya Allah, terima kasih kerana mengurniakn aku seorang ayah yang sentiasa membangkitkan rasa cinta kami sekeluarga terhadap- Mu dn kekasih- Mu!

sesungguhnya, aku ingin sekali menjadi saksi di hadapan- Mu bahawa ayahku telah menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang bapa yang baik terhadap anak-anaknya! terima kasih wahai ayah kerana sentiasa mendoakan yang terbaik untuk anakmu ini, sudah pasti saya tk akan mensia-siakan harapan ayah pada saya! walau saya tk akan pernah mampu membalas segala pengorbanan ibu dn ayah tapi biarlah saya sentiasa mampu untuk membuat ayah bersama permaisuri hatinya (ibu) tersenyum bahagia, in sha Allah! lastly, semoga ayah sentiasa berada dalam rahmat dan lindungan Allah Azza Wa Jalla. only Allah SWT knws hw much i love you my handsome daddy, and once again- Selamat Hari Lahir wahai ayahku dunia dn akhirat! :')
sekian, wasallm.

# ayah, your guiding hand in my shoulder will remain with me forever!