24 December 2014

PERMULAAN CITA-CITAKU


Pernah juga nak jadi angkasawati pertama Negara
Bismillahirahmanirahim...

Sementara nak tunggu grad pada September tahun depan, meh la i throwback sikit moments sebelum mengambil keputusan untuk menyambung Pengajian di peringkat diploma Law and Shariah.

Masa tu form 2 di kelas Pendidikan Islam, ustazah Rasyidah tetiba tanya saya "boleh tak kamu baca sajak untuk majlis Maulidur Rasul minggu depan?". Untuk pengetahuan, saya ni pemalu orangnya. Bukan sejenis pelajar yang menonjol kalau dalam kelas, melainkan dengan kawan2 la saya selalu terlebih menonjol. Saya jawab persoalan ustazah Rasyidah dengan senyuman kerang busuk (nak terima sebab i want to challenge myself tapi pada masa sama maluuuu, tak pernah bercakap depan orang ramai), melihatkan senyuman kerang saya tu ustazah Rasyidah meyakinkan saya "suara awak kuat, sesuai baca sajak. Cubalah". Akhirnya saya mengangguk, tanpa saya tahu itulah permulaan saya mula dikenali di sekolah sebagai pendeklamasi sajak- peserta syarahan dan sajak peringkat sekolah dan daerah- pengerusi majlis- ketua promosi dll.

Hebat kan ustazah saya, betapa dia sangat arif tentang potensi pelajarnya. Tanpa dia, mungkin saya tidak akan berpeluang menjadi juara bagi pertandingan syarahan dan sajak. Sejak peristiwa itu, ramai guru lihat potensi saya sehingga waktu saya lepas habis pertandingan syarahan dan dapat tempat kedua.. guru sejarah saya Pn Nor Fadzilah mengucap tahniah dan menepuk bahu saya sambil berkata "nanti dah besar jadi lawyer tau..". Kata2 dia menaikkan semangat saya yang sebelum ini memang bercita2 untuk menjadi peguam, peguam syarie to-be precise sebab antara lain saya suka unit shariah dalam subjek Pendidikan Islam tingkatan 4-5. 

Saya pelajar aliran sains tulen, semasa tingkatan 4 dengan beraninya saya drop subjek Add Maths yang merupakan "nadi" bagi pelajar aliran sains. Saya begitu jelas dengan matlamat untuk mengambil jurusan Law and Shariah, jadi saya ambil subjek Tasawwur Islam dan drop subjek AddMaths walaupun saya tau akibatnya akan merumitkan kemasukan saya ke IPTA kelak. Maka lepas SPM, memang saya tak layak apply UPU kerana tak cukup syarat (sapa suruh kau drop addmath) tapi saya dah ready dengan itu dan kerana itu saya memohon IPTS: Kolej University Islam Melaka KUIM sebagai persinggahan untuk saya menjadi pelajar undang2 dan shariah... begitulah permulaannya.