Showing posts with label Srikandi Solehah. Show all posts
Showing posts with label Srikandi Solehah. Show all posts

12 June 2014

BIAR BIDADARI MENCEMBURUI DIRIMU

patutlah dicemburi bidadari, Allah.
Assalamualaikum!


ketahuilah bahwa seorang perempuan yang baik bukan dilihat dari kecantikan dan keayuan wajahnya semata-mata, wajahnya hanyalah satu perananan yang sangat kecil. tapi perempuan yang baik dilihat dari ketulusan dn kecantikan hatinya yang tersembunyi, itulah yang terbaik! muslimah sejati jugak bukan dilihat dari seberapa indah lantunan suaranya yang mempersona tapi dilihat apa yang sering dia ucapkan, dn mereka juga tidak dilihat dari bentuk tubuh badannya yang mempersona tapi dilihat sejauh mana dia menutupi bentuk tubuhnya yang mempersona itu. semua wanita boleh menjadi muslimah sejati tapi semuanya bergantung kepada effort masing-masing untuk menjadi seperti itu, so good luck girlsss!! 

setiap insan yang bernama wanita mesti ada perasaan untuk jadi yang terbaik dalam hidup, betul tk? perasaan ni merupakan petanda awal bahawa iman masih ada dalam diri kita walaupun kadang-kadang kita berasa terlalu dekat dengan kemungkaran dn terlalu jauh dengan hidayah- Nya, so kita kena selalu muhasabah diri agar kita terpelihara dari bisikan syaitan! yakinlah dengan pertolongan Allah, in sha Allah. niat yang baik pasti akan dibantu oleh Allah, so come on! rebutlah peluang untuk menjadi solehah di dunia dn akhirat, nnti dapat suami pn yang baik-baik! kn kn, hehe. in sha Allah, ameen!
sekian,wasallam.


# wanita solehah lebih baik dari bidadari syurga, :')

19 February 2014

HINDARI TABARRUJ

HR Anas bin Malik.
Assalamualaikum!

TABARRUJ- dosa yang dianggap biasa. dear sisters, listen here! berdandan keterlaluan, berlebihan, boros, palsu dn menampilkan kelebihan luaran je adalah perkara yang dilarang oleh Allah SWT bagi melekat pd diri hamba wanita beriman yang diredhai- Nya. Allah mahu kita cantik, mulia dn mempersona dengan dandanan iman. cantik disebabkn akhlak, bukan mulia disebabkn diri kita dijadikan seperti pameran bergerak yang ditatap dn diamati org ramai. ya ukhti, janganlah jadikn dirimu berkeinginan untuk dipandang cantik oleh lelaki.

biarlah cantikmu hanya untuk suamimu, apalah gunanya kamu menjadi idaman banyak lelaki sedangkn dirimu hanya boleh memiliki seorang saja untuk dijadikn suami! awk tk rasa hina ke bila menjadi rebutan lelaki seolah-olah awk tu barang yang boleh dimiliki sesuka hati, dn awk nk ke jadi penyebab kejatuhan seorang lelaki yang dikecewakn sebab terlalu mengharap sesuatu yang awk tk dapat bagi? apa awk nk jwb di hadapan Allah jika ditanya itukah sumbangan awk kepada manusia selama hidup di muka bumi?? awak, jadilah wanita yang diibaratkn seperti berada dalam bekas kaca. akhlak dn peribadi dijaga rapi, sangat cantik apabila dipandang bekas kaca tu. tp hanya yang berkelayakkn saja boleh memiliki dn menyentuhnya, iaitu suami kamu!
sekian,wasallm.

# jadilah seorang wanita yang MUDAH DIDEKATI, namun SUKAR DIMILIKI.

18 July 2013

MY DEAR PRINCESSes

subhanAllah.
Assalamualaikum!

kepada srikandi di luar sana, kecantikan yang anda miliki mungkin lebih cantik berbanding matahari. keindahan akhlak anda mungkin lebih harum berbanding minyak wangi, dan sikap tawaduk anda mungkin lebih baik dari bulan purnama. cinta anda pula mungkin lebih segar dari rintik-rintik hujan yang gerimis, so jagalah kecantikan itu dengan keimanan, keredaan dengan kepuasan dan kehormatan, maruah, dengan hijab yang menutup aurat. sesungguhnya perhiasan itu bukanlah emas, perak atau permata. perhiasan adalah dua rakaat ketika sahur, menahan rasa haus dengan menegah diri dari larangan-larangan dan disertai pula niat puasa kerana Allah, dan bersedekah tanpa diketahui orang melainkan Allah SWT.

air mata keinsafan yang boleh membersihkan segala kesalahan, dan lakukan sujud yang panjang di atas sejadah serta hadirkan rasa malu kepada Allah SWT apabila digoda oleh naluri keburukan dan pelawaan-pelawaan syaitan. dear muslimah, pakailah pakaian takwa. pasti anda akan menjadi wanita yang paling cantik biarpun pakaian zahir anda compang-camping. jadikan rasa malu sebagai selendang, ia akan menjadikan anda wanita yang paling anggun di alam semesta. jadilah wanita yang berkedudukan mulia dan jauh dr perkara yang sia-sia serta selalu berwaspada terhadap sesuatu yang boleh merosakkan rasa malu. dengan itu anda akan sedar bahawa kekayaan tidak terdapat dalam timbunan harta benda, juga pada perhiasan dan pakaian baru untuk memenuhi tuntutan penampilan melainkan ketaatan kepada Allah Yang Esa.
sekian, wasallam.

# dunia adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah!

28 May 2013

LA TAHZAN ADIK MANISSS

Assalamualaikum!

ohh my dear sisters, tkda apa yang mampu saya lakukn utk mengurangi tekanan jiwamu yang diruntun pilu. saya juga mmerlukan bantuan dn pimpinan dalam menghadapi ujian yang mendatang, cuma ada beberapa kata-kata yang ingin saya kongsi buat renungan bersama. sesungguhnya dua faktor yang menggolak perasaan dn emosi manusia adalah "kegembiraan yang memuncak" dn "musibah yang dasyat"! saat awak jatuh ditimpa musibah,jangan mudah putus asa. awk kena berusaha untuk bangkit, sesungguhnya jika Allah mencintai hamba- Nya maka Dia akan tenggelamkan hamba- Nya dalam musibah dn siapa yang tk pernah mengalami musibah maka ia akan jauh dr kasih sayang Allah SWT.

ingatlah bahawa Allah SWT tidak sekali-kali membebani hamba- Nya dengan sesuatu yang tk mampu terpikul olehnya, semua itu adalah ujian untuk mendekatkn kita kepada- Nya. jadi bersyukurlah, you are so lucky kerana Allah SWT merindukn rintihan dn tangisanmu! sesungguhnya bersyukur itu lebih tinggi nilainya dr sabar! ya ukhti, kuatkn jiwamu untuk mendengar kritikan, cemuhan dn hinaan. take it positively ok, be strong dear! jangan dibebani bahumu yang lembut itu dengan urusan dunia yang tk pernah sudah, dunia memang cmtu. kita bkn insan perkasa yang mampu menanggung segala, tetapi ketahuilah bahawa bukti Allah menyanyangi hamba- Nya adalah melalui ujian yang ditimpakan. so please, LA TAHZAN YA UKHTI. semoga awk diberi kekuatan untuk menghadapi ujian ini, ameen!
sekian, wasallm.

# orang yang bersabar belum tentu bersyukur, tp orang yang bersyukur adalah mereka yang turut bersabar!

16 May 2013

JANGAN MENYERUPAI BIARAWATI!

tips menutup aurat dgn sempurna.
Assalamualaikum!

"wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dn anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya. dengan cara demikian lebih sesuai untuk mereka dikenali sebagai perempuan yang baik-baik,maka dengan itu mereka tidak akan diganggu.." (surah al- Ahzab: 59) 

awak tau tak, sekarang pemakaian tudung orang Islam dh menyerupai biarawati Kristian! huhu, seramlah! saya pn dah tengok, exactly sama! ya Allah, kuatkn iman ku tabahkn hati ini untuk menghadapi segala dugaan dalam usaha untuk menjadi hamba- Mu yang solehah! in sha Allah, ameen! dear sisters, dalam al- Quran pn dh seru kita untuk menutup apa yang sepatutnya ditutup. sekarang memang trend orang berfesyen dalam bertudung, tk salah pn. tp aurat tu di-cover dengan sebaiknya tk?

saya pn tkdalah perfect sangat sampai nk bagi ceramah kt kn, tapi saya just nk ingatkn. agenda kafir laknatullah tu sangat halus sehingga kita tk sedar, ketahuilah wahai manusia sekalian! agenda mereka amat dasyat untuk menjahanamkan umat Islam, huhu. ya Allah, lindungilah hamba-hambaMu yang daif ini!! ye, tk semestinya nk cover aurat kena pakai tudung labuh. you cn still wear tudung sarung or tudung bawal, as long as you looks like a muslim girl. dear sisters, dress to please Allah. not to please His creation, hijab is so much than just covering your hair. it also means to cover your modesty, have pity on the brothers. dont be trial fr them, please ok! mudah-mudahan akhlak di balik pakaian lebih indah daripada pakaian tersebut, in sha Allah! may Allah guide us all to truth and keep us on the straight path, insyaAllah!
sekian, wasallam.

19 March 2013

KAMU MEMANG CANTIK!

bersyukur dengan apa yang ada.
NOTE TO SELF (x1000)
Assalamualaikum!

pada prinsipnya, wanita solehah adalah wanita yang taat kepada Allah SWT dn Rasul- Nya. kemuliaannya bukan terpancar daripada beraneka aksesori yang menyaluti tubuh badannya, tp dia selalu menjaga kecantikan dirinya agar tidak menjadi fitnah kepada orang lain. saat menyedari kekurangan fizikal pada dirinya, wanita solehah tidak akan pernah merasa kecewa dn sakit hati. dia yakin bahawa kekecewaan adalah sebahagian daripada sikap kufur nikmat, dia tidak akan berasa susah hati dengan keterbatasan itu tp sebaliknya tetap redha dn bersyukur dengan kurniaan Allah SWT! peribadinya terlalu indah sehingga make-up apa pn yang dipakainya akan memancarkan cahaya kemuliaan, bahkan wajahnya tanpa make-up sekali pn tetap akan memancarkan kecantikan jiwa dn akan menyejukn hati setiap orang yang memandang.

semakin dia menjaga kehormatan diri dn keluarganya, semakin Allah memberi kurnia yang terbaik baginya di dunia dn akhirat! solehah atau tidaknya seorang wanita bergantung kepada ketaatannya terhadap aturan hidup yang Allah SWT perintahkn, berdampinglah dengan orang-orang yang akan membantu menambahkan kualiti ilmu, amal dn ibadah kita. bak kata orang, jika kita ingin mengenali seseorang maka lihatlah teman-teman di sekelilingnya. muslimah mempunyai peranan yang cukup penting dalam menentukan masa depan sesebuah bangsa, andai muslimah gagal memainkan peranannya maka runtuhlah tiang Negara. jika ingin menjadi tiang yang kuat, teruslah berusaha untuk menjadi wanita solehah dengan mencontohi peribadi srikandi Islam di zaman Rasulullah SAW. dengan terus berusaha menjaga kehormatan diri dn keluarga, insyaAllah pesona wanita solehah akan melekat pada diri kaum wanita semua!
sekian, wasallam.

# ramai wanita mampu berjaya, tp tak semua adalah solehah~

20 February 2013

STOP! DONT SAY IT


Assalamualaikum!

hmm, im preety sure yang semua orang suka apabila dipuji. padahal orang yang memuji tu tk bermaksud pn nk memuji kamu, dia saja je nk suro awak belanja dia aiskrim Cornetto. hehe, tkpe tkpe. saya pn pernah kena cmtu, huhu. tp ayah saya selalu pesan, jangan bangga apabila dipuji. itu adalah satu ujian, nanti bole buat saya lupa diri. masa kecik-kecik saya iye kn je apa yang ayah saya cakap, padahal saya bukan faham pn. tp bila dh bosau ni barulah saya faham apa yang ayah cuba sampaikn, saya setuju! lagi-lagi perempuan, bila dh besar dia lain tau. kami sangat lemah dengan pujian, seriously!

so kepada kaum Adam, PLEASE. jangan puji wanita itu dihadapnnya, tk kesah lah yang berkaitan dengan cara dia bekerja ke, kecantikan muka dia ke, kesopanan dn kesusilaan dia ke, or apa-apa saja yang berkaitan dengan dia! jangan, jangan sesekali kamu memuji seseorang wanita itu lagi-lagi kalau kamu suka kt dia! fuhh, nk tau kenapa?? kerana pujian tu menghancurkn, ia mampu merapuhkn hati seorang wanita yang sememangnya lemah dengan pujian! pujian mampu membunuh kekentalan hati seorang wanita, percayalah! tp kalau dh tk tahan sangat nk puji, pujilah depan orang lain atau sekadar dalam hati. jangan sampai dia tau yang kamu sedang memujinya, tolong ya! terima kasih, ^_^
sekian, wasallm.

# kepada kaum lelaki: jika wanita itu isteri kamu, maka pujilah dia tanpa henti!

24 December 2012

MIND YOUR WORDS

HR at- Tabrani
Assalamualaikum!

break jap, bersama Kit Kat! hei, Kit Kat kn product Nestle, Nestle tu produk Israel! puihhh, boikot boikot! ok, rehat bersama..... Kurma Yusuf Taiyoob! haa, settle. ok, hr ni ada cerita sikit. agak memanaskn hati saya, adoyai. cerita ni bkn untuk memburukkn sesiapa, just nk meluahkn apa yang terbuku di hati. sebelum tu saya nak admit yang saya ni pn bukan bagus dn hebat sangat sampai nk hentam orang lain kn, nauzubillah. bukan itu niat saya menulis post ni, harap maklum. saya juga manusia biasa mcm awak yang tengah baca post ni, sentiasa berusaha untuk menjadi yang terbaik disisi Allah SWT. kn kn, insyaAllah! ok, dengar ye. saya sedih sangat bila dengar orang disekeliling saya bebas mengeluarkan kata-kata kesat terutamanya masa tengah marah, ada jugak yang guna bad-words ni utk buat lawak.

lebih memalukan, ada yang menggunakannya untuk menjatuhkn orang dn membuka aib orang, masyaAllah! mana rasa kasihan dlm diri mereka terhadap sesama manusia?? saya yang tkda kena mengena pn sedih tau, apa lagi orang yang kena hina tu! the problem is, orang yang takda insurans mulut tu adalah mereka yang ternyata baik pada zahirnya! ya Allah, im so sad!! apa pandangan non- Muslims bila tengok keadaan sesetengah dr putera dn puteri Islam yang tkda insurans dalam menjaga percakapan ni? saya sedih, saya kecewa, saya hampa! saya tk kesah kalau orang lain turut mengecop saya tk pandai jaga mulut, sebab biasanya kerana nila setitik rosak susu sebelanga kn. tp apa yang lebih saya kisahkn is, awak mempermainkan agama saya!! awak seolah-olah menipu orang disekeliling dengan cara awak berpakaian, tp hakikatnya personaliti tk melambangkan peribadi awak!! huhu, peringatan untuk diri saya jugak! tk tau nk tulis apa dah, kecewa tau tak!
sekian, wasallm.

# ya Allah, jauhilah hamba- Mu ini dari sifat munafik! ameen, :'(

13 November 2012

BERTUAH MENJADI PUTERI ISLAM

HR Muslim.
Assalamualaikum!

hye, just nw im looking fr the isi fr my assignmnt then i found something yang agak special fr me! im so touched and realized that how lucky me and you (muslim girl out there) are to be born and be raised as a great muslim girl, huhu. thank you Allah, im so proud to be the one! as we all knw, seorang ibu adalah wanita. seorang isteri juga adalah wanita, dn seorang anak gadis semestinya seorang wanita. kn kn? beruntungnya seorang wanita Islam kerana, ehem! saat dia menjadi IBUsyurga berada di bawah telapak kakinya. awesome kn? terharunya, huhu. next, saat bergelar seorang ISTERI- dia melengkapi separuh agama suaminya. ya Allah, sweetnyaaa..!!

huhu, dn yang terakhir. saat dia dipanggil ANAK GADIS- dia membuka pintu syurga untuk ayah dn saudara-saudara lelaki dengan amal dn akhlak solehnya! wow, how lucky we are! im so proud again again and again, thank you Allah! so, memang terbukti beruntungnya seseorang yang bergelar wanita Islam. Islam sendiri telah mengangkat darjat wanita berada di tempat yang selayaknya, alhamdulillah. so girls, jagalah diri awak sebaiknya. hargailah keistimewaan dn ganjaran yang diberikan oleh Allah SWT terhadap puteri-puteri Islam, :')

# so boys, dont be jealous ok! >.<

18 September 2012

COUPLE? NOT NOW


Assalamualaikum!

sape yang tk kenal saya, saya nk bagitau yg saya ni remaja tau! bukan kanak-kanak ribena atau orang dewasa yang dh matang, saya berada di pertengahan kedua-dua fasa tu. ini bermaksud, umur saya sekarang adalah tempoh permulaan untuk saya mematangkn fikiran dn membentuk iman dengan akidah dn akhlak beserta ibadah yg solehah. sekarang BUKAN masanya untuk saya dn awak mencari teman hidup, kenapa saya cakap pasal teman hidup? sebab remaja sekarang sangat sinonim dengan 'couple', kn kn! ketahuilah sahabatku, masa ni syaitan dn iblis akan menyolek muka dn mata awak supaya tertarik kepada anugerah kecantikn dn kecomelan makhluk ciptaan Allah! so jangan terpedaya dengan semua tu, percayalah!

masa ni nafsu menyuruh kita melakukn sesuatu yang membolehkn kita mendapat perhatian dn pujian, tak percaya sudah! awak semua, listen here! jangan pernah sesekali membiarkn syaitan bergembira diatas tindakan kita mengacau puteri-puteri Islam yang manis serta mengurat putera-putera Islam yang segak! dn jangan biarkn syaitan bergembira di atas kejayaan mereka menyelimuti kita supaya tk bangun menunaikn solat Subuh berjemaah apatah lagi bangun bertahajjud di hamparan sejadah Qiamulail, ok geng? lagi-lagi yang ada 'buaya-friend' dn 'gila-friend' tu, apa kes? memang Islam tk menghalang benih-benih cinta ditanam dalam hati setiap insan yang bergelar Muslim, tp sekarang kn kita masih remaja. fokuskn matlamat yang perlu dikecapi di usia remaja, peringatan fr me also!
sekian, wasallm.

# REMAJA- amanah yang diberikn bukan untuk menghampiri zina.

23 July 2012

WANITA ADALAH KURNIA, BUKAN MUSIBAH

Assalamualaikum!

kadang-kadang saya sedih bila baca kisah wanita malang dalam surat khabar tu, so hari ni saya nak share tentang ketinggian darjat mereka (termasuk saya) di sisi Islam. mungkin ramai yang tak tau tentang perkara ni, saya pun baru tau walaupun saya ni seorang perempuan. ok, baca ni-
  • doa wanita lebih makbul daripada lelaki,kerana sifat penyayangnya lebih kuat berbanding lelaki.
  • barangsiapa yang mengembirakan perempuannya,darjatnya umpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah swt.
  • setiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama,maka Allah swt memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya. (10 000 tahun)
  • perempuan yang menjaga solat,berpuasa di bulan Ramadan,memelihara kehormatannya,serta taat kepada suami akan diberi pilihan untuk masuk ke mana sahaja pintu syurga yang dikehendaki.
  • wanita solehah itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.
  • hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki,barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak nabi Ismail.
  • ikan di laut,burung di udara,malaikat di langit,matahari dan bulan semuanya beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.
  • wanita yang taat pada suami akan ditutup pintu-pintu neraka dan akan terbuka pintu-pintu syurga,mereka akan masuk ke syurga tanpa dihisab.
  • syurga di bawah tapak kaki wanita- seorang ibu.
  • sesiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya,lalu berbuat baik kepada mereka maka akan menjadi penghalang baginya dari api neraka.
  • barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan,lalu bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab maka syurga baginya.
  • wanita yang tinggal bersama anak-anaknya,akan tinggal di syurga bersama Nabi Muhammad saw.
ini adalah serba sikit tentang kelebihan wanita yang kita ketahui, selebihnya hanya Allah swt yang Maha Mengetahui. So, kaum wanita janganlah sesekali merasakan kita ini lemah. wanita sebenarnya yang membuat seseorang lelaki itu kuat, percayalah!
sekian,wasallam.

# behind every great man, there is a great woman!