jika dosa mempunyai bau, pasti ramai yang tidak mahu mendekati saya. termasuk ibu dn ayah saya sendiri, ya Allah! terima kasih kerana menutup keaiban hamba- Mu yang hina ini, sungguh! terlalu banyak dosa yang telah saya lakukan, meskipun telah berkali-kali saya menyesalinya. tapi saya masih lagi jatuh ke dalam lubang dosa, bahkan berkali-kali! sehingga saya takut untuk berbicara soal dosa yang telah saya lakukan serta Rahmat dn Keampunan dari Allah SWT, Allahu Rabbi. tapi ketahuilah, sesungguhnya Allah itu Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang! sebanyak mana dosa yang pernah dilakukan, percayalah bahawa cinta Allah SWT selalu hadir dalam diri ini. Allah tidak pernah jauh apatah lagi meninggalkn diri ini meskipun diri ini telah banyak bergelumang dengan dosa, malah Allah sentiasa memberi peluang untuk bernafas dalam jiwa hamba untuk memohon Keampunan dari- Nya! dn semestinya ganjaran ini pasti lebih hebat dn berlipat-ganda pada bulan yang penuh keberkatan ini apatah lagi sekarang kita berada dalam Fasa Kedua bulan Ramadan iaitu Fasa Pengampunan (Maghfirah). Allah SWT sentiasa membuka pintu taubatnya, sepertimana maksud hadis Qudsi yang sememangnya memberi semangat kepada saya untuk terus bertaubat kepada Allah. sebak rasa hati, terima kasih ya Allah! :'(
dari Anas bin Malik, Rasulullah SAW bersabda bahawa Allah SWT berfirman:
"wahai anak Adam! selama mana engkau terus berdoa, Aku akan ampunkn dosa-dosa darinya. sekiranya dosamu terlalu rapat sehingga mencecah langit, Aku akan tetap mengampunkn. dn Aku tidak peduli, wahai Adam! seandainya sepenuh ruang di antara langit dn bumi itu adalah dosa-dosa kamu, dn engkau datang kepada Aku untuk memohon keampunan- Ku dn engkau tidak mensyirikkan- Ku, maka Aku akan datang kepadamu bersama keampunan- Ku juga seluas langit dn bumi.."
sekian, wasallm.
# gunakanlah peluang ini sebaiknya, rebutlah keampunan Allah SWT selagi masih berkesempatan.