28 December 2014

ADA APA DENGAN SEMINIT DUA?

lets try!
Bismillahirrahmanirrahim...

Tersentap jugak la bila mndengarkn kata2 ustaz aku last week, huh. It was smth like, "Allah beri kita 1440mis per day tapi tkda seminit pn masa kita untuk Allah…". Klishe je ayat ni, but seriusly fr me ia sangat deep. Sampai sekarang aku teringat kata2 ustaz ni, totally right kot! Lagi2 dunia akhir zaman, umat semakin leka dengan dunia. Ada member jawab, bukan ke solat kita 5x sehari tu merupakn masa kita untuk Allah. Once again, ustaz bagi ayat deep! Jawab ustaz, "kamu yakin ke setiap solat kamu itu kusyuk mngingati Allah…??". Ya Tuhan! I feel scared, dn masa tu jugak la aku terus jadi alim dengan beristighfar selama yang bole. 

Mood tu hanya akn datang semula bila aku duk sorang2, like hw i am right now! Cuma tu lah, i was wondering. Actually bole je kn dalam masa 1-2mins yang aku TER-alim itu untuk diisi dengan amalan2 akhirat seperti recite surah al-Fatihah 3x within dat particular time. Besides, we cn baca surah al-Ikhlas more den 3times kot!! Heyy, have u guys heard about dis Hadis: 'baca 3x surah al-Ikhlas adalah menyamai mmbaca seluruh Quraan'?? MasyaAllah... semoga kita terpelihara dari menjadi  manusia yang leka, aamiin


24 December 2014

PERMULAAN CITA-CITAKU


Pernah juga nak jadi angkasawati pertama Negara
Bismillahirahmanirahim...

Sementara nak tunggu grad pada September tahun depan, meh la i throwback sikit moments sebelum mengambil keputusan untuk menyambung Pengajian di peringkat diploma Law and Shariah.

Masa tu form 2 di kelas Pendidikan Islam, ustazah Rasyidah tetiba tanya saya "boleh tak kamu baca sajak untuk majlis Maulidur Rasul minggu depan?". Untuk pengetahuan, saya ni pemalu orangnya. Bukan sejenis pelajar yang menonjol kalau dalam kelas, melainkan dengan kawan2 la saya selalu terlebih menonjol. Saya jawab persoalan ustazah Rasyidah dengan senyuman kerang busuk (nak terima sebab i want to challenge myself tapi pada masa sama maluuuu, tak pernah bercakap depan orang ramai), melihatkan senyuman kerang saya tu ustazah Rasyidah meyakinkan saya "suara awak kuat, sesuai baca sajak. Cubalah". Akhirnya saya mengangguk, tanpa saya tahu itulah permulaan saya mula dikenali di sekolah sebagai pendeklamasi sajak- peserta syarahan dan sajak peringkat sekolah dan daerah- pengerusi majlis- ketua promosi dll.

Hebat kan ustazah saya, betapa dia sangat arif tentang potensi pelajarnya. Tanpa dia, mungkin saya tidak akan berpeluang menjadi juara bagi pertandingan syarahan dan sajak. Sejak peristiwa itu, ramai guru lihat potensi saya sehingga waktu saya lepas habis pertandingan syarahan dan dapat tempat kedua.. guru sejarah saya Pn Nor Fadzilah mengucap tahniah dan menepuk bahu saya sambil berkata "nanti dah besar jadi lawyer tau..". Kata2 dia menaikkan semangat saya yang sebelum ini memang bercita2 untuk menjadi peguam, peguam syarie to-be precise sebab antara lain saya suka unit shariah dalam subjek Pendidikan Islam tingkatan 4-5. 

Saya pelajar aliran sains tulen, semasa tingkatan 4 dengan beraninya saya drop subjek Add Maths yang merupakan "nadi" bagi pelajar aliran sains. Saya begitu jelas dengan matlamat untuk mengambil jurusan Law and Shariah, jadi saya ambil subjek Tasawwur Islam dan drop subjek AddMaths walaupun saya tau akibatnya akan merumitkan kemasukan saya ke IPTA kelak. Maka lepas SPM, memang saya tak layak apply UPU kerana tak cukup syarat (sapa suruh kau drop addmath) tapi saya dah ready dengan itu dan kerana itu saya memohon IPTS: Kolej University Islam Melaka KUIM sebagai persinggahan untuk saya menjadi pelajar undang2 dan shariah... begitulah permulaannya.

16 December 2014

TERIMA KASIH KUIM!

One fine day insyaAllah~
Bismillahirahmanirahim...

Bila dah selesai latihan amali ni, rasa kejap betul masa berlalu. Perjalanan sebagai pelajar diploma Undang2 dan Shariah sudah hampir ke garisan penamat, bersediakah aku menghadapi tekanan dunia luar? Hakikatnya, masih jauh perjalananku untuk merealisasikan hasrat dan cita-cita sebagai seorang peguam syarie yang bertauliah dan cantik hohoho. 

Ni baru diploma, kena sambung ijazah sarjana muda dan kemudian latihan2 tertentu sebelum dapat diri ini mengukir senyuman atas segala kegigihan memenuhi impianku. Harapanku semoga Allah mudahkan langkah dan perjuangan ini, aamiin. Sekali lagi akan bergelar pelajar selepas ini, entah dimana aku juga tak pasti. Apapun jauh di sudut hati, berat sungguh hati ini nak tinggalkan bumi KUIM. Terlalu banyak yang aku belajar, lebih dari sekadar belajar mengenai perundangan dan shariah. Semoga setiap watak dan peristiwa yang berlaku dalam tempoh tersebut membawa kebaikan untuk dunia dan akhiratku, aamiin. 

Di KUIM lah aku bermula sebagai pelajar undang2 dan shariah, akan ku bawa semangat ini dalam setiap langkah mencapai cita-cita. Segala puji bagi Allah atas segala kesempatan dan kekuatan, terima kasih KUIM atas segala kenangan dan pengajaran. Huaaaaaa nangisss

12 December 2014

PRACTIKAL'S EXPERIENCE- Dip.

Bismillahirrahmanirrahim…

Alhamdulillah! Tamat sudah tempoh latihan amali ku selama lebih kurang sebulan lebih dekat Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Jalan Duta, Kuala Lumpur. Yang paling best praktikal kt sini sebab banyak kes2 artis tanah air, so secara tak langsung ada la pengalaman menghadapi pihak media. Ok, fr d first week diriku ditempatkn di Unit Mal dn Jenayah. Ni kira step paling awal la fr those yang nk bawa kes ke mahkamah, mereka akn daftarkn kes secara manual kt bahagian ni. And di sini lah jugak i mula baca kes2 yang didaftarkn and mostly kes yang berkait dengan divorce la, setiap hari banyak kes2 penceraian baru yang didaftarkn. For the next two week, aku ditempatkn di Dewan Mahkamah Tinggi dn Mahkamah Rendah Syariah and dekat sini aku diberi peluang mengikuti perbicaraan kes2 yang didaftarkn awal2 tadi. Di sini jugak la aku rasa macam berada dalam drama tv, such unbelieveable experience bila berpeluang melihat sendiri proceedings yang berlaku dalam kamar mahkamah.

And d most amazing part bila mahkamah ini turut dijadikn set penggambaran bagi drama2 tempatan, macam hari tu terserempak dengan Zul Ariffin! Curious jugak la masa tu sebab dia masih single so apa dia buat di sekitar kawasan mahkamah ni, ohhh rupanya ada pergambaran drama Istikharah Cinta hehe. Sebagai penutup, terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak dalam memudahkan urusan praktikal saya selama berbulan nii. Semoga Allah berkati

Okay sat, nk bagitau jugak la yang selama berpraktikal ni i akan kuar rumah very early in the morning sebab nk elak jem dan akan sampai rumah lepas Maghrib, ya Tuhan! Seriously sangat penat, idk hw working people out there boleh handle dis situasion. U guys memang hebat la sebab memiliki sifat sabar yang tinggi, congrats dn semoga dirahmati Allah selalu. Aamiin

06 December 2014

CRACKERCHEESE CAKE: The Making

sumber Mr. Google
Bismillahirrahmanirrahim…

Hi penduduk bumi!! since hari ni adalah weeknd so i grab dis opportunity to, to… well, buat kek! Ohmaiii, such unbelievable!! Dis is my first time yang bernafsu untuk BUAT kek, selalu tau makan je. Actually aku mengidam satu kek ni, nk dapat susah sebab tkda siapa yang volunteer rajin nk buat so terpaksalah aku gagahkn diri buat muka tembok cari resepi kt Google. den lepas screenshot apa2 yang berkaitan, aku terus 'clear history'. Takut pulak kawan2 aku mengusik, lols. So kek yang aku mengidam ni namanya CrackerCheese Cake. Alhamdulillah, quite simple jugak la untuk buat dn bahan2 nya pn mudah untuk didapati. look at d photo and trust me dats d only bahan yang diperlukn to make such an amazing CRACKERCHEESE CAKE!!

  1. Firstly korang gaulkn Tatura Cream Cheese (d yellow one) dengan susu pekat manis F&N tu, susu tu guna setengah pn dh cukup. depends on korang punya deria rasa la, kalau suka makanan manis tambah la lagi. but i dont prefer u guys untuk guna terlalu banyak susu F&N tu, bukan kah mencegah penyakit itu sunnah?
  2. ok next, dh settle acuan untuk step 1 tu korang bole letakkn ia ditepi sekejap. sekarang korang perlu merendam biskut Hup Seng Deluxe Crackers dalam susu Dutch Lady Full Cream tu, mybe u guys bole tuangkn susu Dutch Lady tu dalam mangkuk besar den celup la biskut2 tu dalam tu.
  3. jangan sampai hancur, agak2 dh lembut tu korang susun pulak rapat2 dalam loyang or watever bekas yang nk digunakan. den lepas dh susun biskut Hup Seng yang dh lembut tu rapat2, kemudian sapukan kombinasi cheese dn susu F&N tadi atas biskut2 tersebut. Boleh bayang dak?
  4. kemudian, repeat step 2 and 3 sehingga biskut2 tu telah habis digunakn. untuk elak pembaziran, gunalah sampai habis kn? maksudnya di sini, setiap lapisan biskut lembut itu akn diselangi dengan kombinasi step 1.
  5. dn kalau nak lebih menarik, toping paling atas tu korang bole lah taburkan serbuk milo or nestum. up to you, mana2 pn boleh. 
  6. kemudian, masukn dalam fridge. bukan freezer ok, nanti beku susah nk potong. so agak2 dh keras macam kek tu korang boleh la cuba makan. good luck!
memang sengaja tak disediakan gambar untuk setiap step, sekadar menguji samada tahap imaginasi kalian masih berfungsi dengan baik atau jeng jeng jeng

30 November 2014

REL. STATUS


Assalamualaikum!

Cinta itu satu fitrah yang datangnya dari Allah, ia satu amanah. so please be serius in your relationship, kalau belum rasa matang untuk serius dalam sesebuah hubungan so u dont have to prentnd sebaliknya. Jadi bila ditanya tentang status diri yang sudah berpunya tu, just make it clear and simple macam ni:

"YA, SUDAH BERPUNYA. JANGAN DITANYA LAGI, CUKUP HANYA DOA..."


18 November 2014

"KARYA CINTA"

Assalamualaikum!

Tuhan,
saat aku menyukai seorang teman
ingatkanlah aku akan ada sebuah akhir
sehingga aku tetap bersama Yang Tak Pernah Berakhir

Tuhan,
ketika aku merindui seorang kekasih
rindukanlah aku kepada yang rindu Cinta Sejati- Mu
agar kerinduanku kepada- Mu semakin menjadi

Tuhan, 
jika aku hendak mencintai seseorang
temukanlah aku dengan orang yang mencintai- Mu
agar bertambah kuat cintaku kepada- Mu

Tuhan,
ketika aku sedang jatuh cinta
jagalah cinta itu
agar tidak melebihi cintaku kepada- Mu

Tuhan,
ketika aku ucap "i love you"
biarlah aku ucapkan kepada yang hatinya tertaut kepada- Mu
agar aku tak terjatuh dalam cinta yang bukan kerana- Mu



12 November 2014

SAHABAT SEBENAR

Assalamualaikum!

hmm, dalam dunia sekarang ni bukan senang nk cari kawan yang baik dn bukan senang juga nk menjadi kawan yang baik! kawan yang baik tk pernah mengumpat kawannya sendiri dn mereka tidak pernah cemburu dengan kejayaan kawannya, sebaliknya kawan yang baiklah yang banyak membantu kawannya untuk mencapai kejayayaan. kawan yang baik juga sentiasa mendoakan kesejahteraan kawan baiknya samada di dunia dn di akhirat dn kawan yang baik tidak pernah memaksa kawannya untuk sentiasa berada di sisinya tetapi kawan yang baik sentiasa ada di sisi kawannya di saat suka dn duka, dn mereka juga tidak pernah cemburu jika kawannya mempunyai ramai kawan baik kerana mereka tau apa yang terbaik untuk kawannya itu. 


kawan yang baik juga akan selalu menasihati kawannya untuk membuat kebaikkan dn mereka tidak sesekali mempengaruhi kawannya untuk melakukan benda-benda yang negatif atau sia-sia, hurm. baru saya tau yang saya bukan kawan yang baik sebab saya selalu ajak kawan saya lumba lari pergi kelas untuk cop tempat, huhu. sorry sahaAbatku, promise tk buat lagi! so apa-apa pn jujurlah dalam berkawan kerana setiap yang kita buat dn apa saja yang kita korbankan walaupun kawan kita tk pernah tau tapi Allah Maha Mengetahui, so mesti ada ganjaran insyaAllah. yang penting keikhlasan kita berkawan dengan cara dan niat yang betul, seperti biasa kalau kita nk something yang baik kita kenalah terlebih dahulu menjadi baik. semoga kita dapat menjadi buddy yang baik kepada best-buddyz kita, insyaAllah.

sekian,wassalam.

# fr my friends out there- uhibbuki fillah, hopefully ukhwah ini kekal hingga ke syurga!

15 October 2014

EXAM MODE: ON! (5)

Assalamualaikum!


SORRY, NO NEW POST.
SAYA TENGAH EXAM NI.
DOAKAN SAYA YE.
TERIMA KASIH.
MAY ALLAH BLESS YOU!! =)


# final year, wohooo~~

28 September 2014

WESTLIFE


hello bros! hee
Bismillahirrahmanirrahim…

Minggu ini dh start kot minggu study week since silibuss subjek semua sudah berjaya dihabiskn oleh lecturer2 ku yang ohsem lagi amazing! N btw next two month bermulalah era praktikal di salah sebuah Mahkamah Syariah di sekitar Masia, lulz. Of cos la Masia, tak kn sekitar Banghdad pulak kn. So actually i dont really have mood to study awal2 ni sebab 1st paper mula pn agak lewat, huh. Ok, nampak tak tanda2 hati tak kental bila suka menangguh. "How weak you are young lady„ such a dumb loser…". Amboiii, bole tahan deep suara hati ku ini. So bagi membuktikn yang diri ini tidak la se-'loser' seperti apa yang naluri ku perkatakn so i cari altenatif untuk kembalikn melawan kuasa TANGGUH ni, adoii. Mnyesal jugak la bila dh niat awal2 tak nak study, huhu

Nk dijadikn cerita, kononnya nak mengadaptasi semangat dari music yang didengar melalui mp3. Niat utama nk dengar la zikr or selawat yang mampu mmbangkitkn jiwa yang sedang lemah ini tapi entah macam mana 1st song yang dimainkn oleh mp3 ni adalah lagu UptownGirl by Westlife. Serious no lie, lagu ni sangat lejen untuk budak 90an. Ke salah?? Watevah la, yang penting lagu ni secara tak sengaja menaikkn semangat ku untuk menghadap buku2 subjek bcs i love dis song very much! Lepas habis je lagu ni terus beralih pulak pada lagu I Wana Grow Old With You oso by Westlife, perghhh! Ni pn lagu lejen kot, okay lepas habis lagu ni baru tukar kepada lagu keagamaan. Study punya study, lagu ni pn habis dn automatically beralih kepada lagu Unbreakable juga dari Westlife! Tak bole jadi so i check list lagu untuk tanda awal2 zikr2 yang sepatutnya dimainkn sebagai lagu seterusnya, but u knw wat! Semua list menunjukn kompilasi lagu Westlife SAHAJA dn bagi elak rasa bersalah i cepat2 ambik Yassin dn letak betul2 atas meja depan mata. At d same time, lagu2 Westlife masih berkumandang dn dapat la study sampai ke sudah.  

Ya Allah! Im sorry…

22 September 2014

IKHWAN RASULULLAH SAW

Allahumma Solli 'Ala Sayyidina Muhammad~
Assalamualaikum!

pernah suatu ketika, 
Rasulullah SAW menyebutkn kecintaannya yang amat sangat dn kerinduan yang begitu mendalam kepada para Ikhwannya dengan sabdanya: 
"aku tersangat rindu kepada para Ikhwanku.."

maka bertanyalah para sahabat: 
"ya Rasulullah! bukankah kami ini Ikhwanmu??" 

kemudian Baginda SAW menjawab: 
"bukan, kalian adalah sahabatku. 
sedangkn Ikhwanku adalah orang yang beriman denganku w/pn mereka tidak pernah melihatku.."

# Boleh jadi Ikhwan Rasulullah adalah kamu, yang sedang membaca post ini

16 September 2014

KATA NAK TILL JANNAH?? HM

in sha Allah.
Assalamualaikum!

ok cmni, ramai yang nk masuk Jannah kn. come on, dats our goal kot as a Muslim. tapi jalan menuju Jannah tu is not dat easy even benda2 tu baik2 belaka, see? Shaitan dh berjaya hijabkn hati kita dengan maksiat sampai benda yang indah di sisi Islam pn kita tak nampak, nauzubillah. ok wait, dis entry is fr myself jugak ya. im also human dn saya juga perlu kepada peringatan, ok! straight to the point, hm. kita selalu cakap, nak kawan sampai syurga. nak bercinta sampai syurga, nk berjiran sampai syurga dn nk macam2 lagi yang bole together2 sampai syurga. tapi apa usaha kita ke arah itu?? contoh, kita sayang sangat kat sahabat kita. kita selalu cakap kat dia yang kita nak bersahabat dengan dia sampai syurga, nk bimbing dia masuk syurga. supaya nanti bole jumpa lagi kt syurga, kan? tapi tapi, ni contoh ok!! kita bangun solat Subuh, pastu tidur balik. kita tak kejut pn kawan kita tadi untuk solat Subuh, alasan? "kesian, dia penat. tanak kacau dia tidur..". perghhh, pn bole~ kalau ini yang kita rasa, betul ke kita nk kawan dengan dia sampai syurga??

berkawan kerana Allah, bercinta kerana Allah. menulis blog ni pn kerana Allah, semuanya kerana Allah! kalau betul semuanya kerana Allah, kita akan makin dekat dengan Allah. Dn semestinya kita akan bawa orang yang kita sayang juga untuk mendekati Allah, logik kn? Tak nak kejut kawan bangun Subuh sebab kesian dia penat, abis kalau dia dibakar oleh api Neraka Jahannam nanti tk kesian pulak?? kn lebih elok sekiranya kata2 itu digantikan dengan tindakan, di situ akan lebih terbukti kesungguhan kita berbuat sesuatu kerana Allah. ingat ye wahai diri yang sedang menulis ini, Shaitan itu sangat licik! dia bole mengkaburi mata dn hati kita dengan perkara2 yang kita rasa tidak salah, nauzubillah. contoh macam kesiankn kawan tadi, Shaitan telah 'menyelimuti' kesilapan kita dengan sikap belas kasihan kita sendiri. hakikatnya kita sedang manjauhkan sahabat kita itu dari Jannah Allah, hw dare you?? dats why, kita kena sentiasa alert dengan perbuatan kita! Fikir berlandaskn iman, adakah perbuatan itu lebih mendekatkan kita dengan Allah atau sebaliknya. lebih2 lagi yang melibatkan orang yang kita sayang, adakah tindakn kita membawa mereka ke jalan Allah?? you decide!
sekian, wasallm.

# think before you speak, think before you act. THINK!

10 September 2014

CAKAP MEMANG SENANG

Assalamualaikum!

setiap kali melihat orang disekeliling ditimpa musibah, i will try my super-duper best to give them a favour. i try to get into their shoes, just to make them happy!! expecially jika mereka itu adalah insan-insan yang sangat rapat dengan saya, ya Allah! mana mungkin saya tergamak membiarkan mereka bersedih dengan ujian Allah sedangkan saya enjoy makan Pizza Hut kn, tak patut langsung!! well, saya ni bukan orang sastera. so saya memang tak pandai nk bermadah pujangga atau berjiwang keparat untuk membina ayat yang boombastic bagi merawat luka di hati mereka, so normally saya akan gunakan ayat yang 'back to basic'. fr example: Allah will never give you anything you cant handle, so dont strees! mungkin ayat ini nampak simple, but for me it brings a lot of kekuatan! tapi benar kata orang, cakap memang senang tapi nk buat kemain payah lagi haa.

honestly, saya sendiri susah untuk mengaplikasikan kata2 itu kepada diri saya disaat ditimpa ujian Allah. sampailah satu saat, saya cuba muhasabah diri yang penuh dosa ini dengan mengimbau kembali saat saya dilahirkan di bumi Allah. terbayang muka comel saya time baby tu, ya Allah! mana mungkin saya tergamak membiarkan bayi comel itu terus bersedih hati di atas ujian yang sedang dihadapinya ketika ini, huhu. sedangkn melihat orang-orang disekeliling saya menghadapi ujian pn saya dh tak sanggup, apatah lagi bayi itu?? start dari saat itu, saya seakan-akan mendapat semangat untuk sentiasa melindungi bayi comel itu dari tipu daya syaitan yang hanya melemahkan umat Muhammad SAW saat ditimpa musibah! saya ingin sekali menjadi hero untuk bayi comel itu dengan harapan suatu hari nanti dia bakal menjadi seorang yang berguna untuk agama Allah, dn tak mungkin ujian yang sedikit ini mampu untuk melemahkan semangat jihadnya! bangkitlah wahai anak kecil, ketahuilah bahawa diri ini akan terus menjadi hero untuk dirimu kerana engkau adalah aku!
sekian, wasallm.

# "always BACK TO BASIC.."- YDP PERSEPSI 13/14

19 August 2014

#PRAYFORMH17

any komen? hm
Assalamualaikum!

sekali lagi, "tragedi" menjadikn Malaysia perhatian dunia. pesawat yang dijadualkan berlepas dari Amsterdam ke Kuala Lumpur disahkan terhempas di Ukraine akibat ditembak, huh. masih tak tau punca sebenar tapi kebanyakkn teori mempercayai tragedi yang menimpa pesawat MH17 ni adalah akibat dari pergolakkan dua buah kuasa besar antara Russia dn Ukraine, dn difahamkn jugak pesawat yang menjadi sasaran awal untuk ditembak adalah pesawat Russia yang membawa VVIP Russia. 

tapi berlaku kekeliruan sebab terdapat persamaan antara kedua-dua pesawat tersebut, Allah. kesiannya, yang paling sedih bila dapat tau my lecture punya cousin merupakan antara korban tragedi ini. hm. tapi ada jugak teori yang mengatakan nahas ini adalah untuk mengalihkan pandangan rakyat Malaysia dari terus memberi perhatian kepada pertumpahan darah yang semakin tragis di bumi Gaza since Malaysia merupakan Negara Asia yang mengamalkan cara hidup Islam paling kuat antara Negara Asia yang lain, dn Malaysia jugak merupakan penyumbang terbesar di Negara Asia yang menghulurkan bantuan ke Gaza. entahlah, wAllahu'alam. hanya Allah yang Mengetahui segala sesuatu, but thats not the excuses for us to give up or whatever. sesungguhnya ujian itu merupakan peringatan dari Allah untuk kita kembali dekat dengan- Nya, in sha Allah. sama2 kita muhasabah diri, NOTE TO SELF
sekian, wasallm.

# keep on praying fr Malaysia & Palestin!

13 August 2014

#SUPPORTGAZA


Assalamualaikum!

as we knw, Palestine has taught and continuing teaches the whole world the real meaning of courage! so lets show our care and support to them, in sha Allah. may Allah grant them ease, protection and strength! ameen. camne nk tunjukan sokongan kita?? post ni kt laman social korang, supaya penduduk Gaza tau yang mereka tak keseorangan. we are here to support them, tho mereka maybe tkda access internet untuk tengok sokongan kita kn. tapi Allah nampak, usaha yang sedikit ini moga2 ada nilai disisi Allah. tunjukkn sifat kemanusian kita, jom!! post ayat2 ni kt laman social korang:-

"my name is.."

"im from.."

"i #supportGaza"

im human. im Muslim. ive Malaysian Passport. im proud to say: i #supportGaza with all my heart!
sekian, wasallm

07 August 2014

HONEY AND KIDS


Honey and her kitties!!
Assalamualaikum!!

Honey. gelaran yang ku guna untuk panggil seekor kucing ni, hm. I ni seorang yang takut kucing, tapi Honey ni lah yang berjaya atasi masalah diriku ni. alhamdulillah. satu malam ni masa tengah nk siapkn satu projek kat kawasan luar rumah, tiba2 Honey datang dalam keadaan bunting. she looks tired, argh kesian tengok dia. tapi dia baik, dia tak kacau orang pun. So i gv her apa tah untuk Makan, cant remember tapi Honey makan makanan tu! and masa dia makan tu, ku gagahkan juga usap badan dia. I still remember, malam yang sama before sleep, i sempat bacakan doa tidur kt dia. Wehh tak tau syndrome apa yang telah menghantuiku sampai kesian nk biarkn dia seekor kat luar rumah but ive too. Sempat juga selawat kt dia, zikir sekali. besok pagi bangun Subuh, terus cari dia and nampak dia tido depan rumah. ya Allah. kesian sangat, huhu. tapi diri ini masih takut dengan dia, before pergi class, i sempat bagi dia makan lagi. I really enjoy watching her makan, dn selang beberapa hari kami ahli rumah setuju untuk bawak dia masuk rumah ke rumah sewa kami.

Honey tak banyak kerenah, dia tkda nk sepahkn barang. maybe sebab masa tu dia bunting, dia penat kot. I pun dah start google pasal "tanda2 kucing nk beranak" sebab tkda pengalaman but I really want to be the best for Honey. Gigih ku sediakn kotak untuk dia beranak, tapi dia tanak masuk dalam kotak tu. I always remind  Honey to stay strong, sebab bole nampak dia letih sangat. I really hope i can be by her side masa proses dia lahirkn anak nanti, im so excited to know anak dia berapa ekor!! 

and ya, petang tadi i just gt bck frm KL. masuk rumah je Honey terus datang dekat and gesel2 badan dia (well, i dh berani sikit, hehe), pastu i usap2 dia cam biasa. and guess wat!! I can see that her perut dh kempis but the kotak I prepare for her deliver tu empty faham takk! I asked about her kids but she didn't answer sampailah tetiba dengar suara anak2 dia bawah kerusi. ya Allah. ada tiga semuanyaaa, i bagi nama: HoneyStar, HoneyDew, HoneyMoon~~


01 August 2014

TANGISAN DI BUMI BERGOLAK


Assalamualaikum!

petang tadi kawan email video ni, Allah. rindunya, masa ni saya dijemput untuk mendeklamasikan sajak sempena Karnival Amal PERSEPSI (2014). sajak yang bertemakan penindasan Muslim di Bumi Anbiya'. Semoga memperoleh sesuatuu

# ending memang lawak, T.T

29 July 2014

SETELAH BERGELAR MANTAN


with my ladies, =')
Assalamualaikum!

hi. hm. rasa macam tanak share je perasaan setelah bergelar "mantan" Exco PERSEPSI, huhu. but isokey, dis is wht we call kenangan kn. ok, alhamdulillah. masa tidur saya bukan lagi after midnite, sekarang lebih teratur. same goes fr my lunch and dinner, and lagi penting adalah saya dh bole spend time fr my bsnz, HERBALIFE~ ohseeeeem, n nw i cn drink my shake every morning!! selalunya time free baru buat shake, kadang2 after lunch. kadang2 after dinner, n sometimes after i had my supper! just imagine, hw cn my wonderful shake nk process when i drink it a few seconds before i sleep kn?? Tapi tu je FREE time dat i hv masa pegang jawatan dalam organisasi dulu, T.T

bt seriously, i miss zaman busy tuu! serabut macam apa entah, but always look awesome~ moment yang paling tk bole blah is bila dh jadi Exco tu likers for my FB's status bertingkek-tingkek! kalau tidak dulu, nk cecah number 5 pn susah. Haha, just kidding. tp ssungguhnya t/jawab yang sedang saya pikul masa itu adalah amanah yang diberi oleh Allah, dn semoga usaha kecil saya itu ada nilai disisi Allah dn semoga apa yang telah saya lakukan selama menjalankn amanah tersebut mampu untuk menjadi hujah di hadapan Allah kelak untuk melayakan diri ini memperoleh Rahmat Allah.
sekian, wasallm.

# time flies, so fast~

23 July 2014

AMAZING SEVEN (7): MY FAVE NUM

hei. kami baby Julai. haha
Assalamualaikum!

as we know, angka 7 amat berkait rapat dengan penciptaan langit dn bumi. telah difirmankan oleh Allah bahawa langit itu terdiri dari 7 lapisan dn dijadikan juga 7 lapisan bumi! selain itu, permulaan surah al- Baqarah sehingga ke surah an- Naba', nombor 7 dinyatakan sebanyak 77 kali. manakala surah al- Fatihah yang merupakan penghulu segala surah juga terdiri dr 7 ayat. lagi apa ye, hmm. haa, rukun solat ke- 7 ialah sujud kn? untuk menjadikn sujud sah, hendaklah 7 anggota sujud (dahi, dua tapak tangan, dua lutut dn dua kaki) mencecah bumi. and and, solat juga diperintahkn apabila kanak-kanak mencapai usia 7 tahun! dn jangan lupa, Allah juga menciptakan 7 pintu syurga dn 7 pintu neraka!

tentang kiamat, al- Quran telah menyebutnya sebanyak 77 kali. berkenaan ibadah haji pulak, semuanya dilakukan sebanyak 7 kali mcm saie, melontar dn tawaf. kn kn? dn dalam kehidupan manusia pulak, pelbagai keistimewaan angka 7 digunakan. ada 7 hari dalam seminggu, dn juga dikategorikan 7 benua dn 7 lautan di bumi. haa, keindahan pelangi pn terdiri daripada 7 warna kn! angka 7 juga merupakan nilai natural antara sifat asid dn alkali, and the most amazing thing is tulang belakang leher manusia yang menyambungkn kepala mepunyai 7 cervical vetebratae! dlm maths, angka 7 digelar 'safe prime' iaitu sebagai penyelesaian kepada kebanyakn permasalahan dlm kira-kira. dn nmpknya assgmnt saya dh memanggil saya, ok bye! 
sekian,wasallm.

# 7- ia bkn semata-mata unik, malah mengandungi hikmah tersembunyi yang tk mampu diterjemah oleh akal manusia!

17 July 2014

HAFIZ DI PENJARA

Assalamualaikum!

dear Muslim! dont skip this video before you watch it, please!! thanks mum fr giving me this ohsem video, subhanAllah. mula2 macam seram nak tengok, tapi disebabkn my mum yang bagi so then i watch it. ok fine, i feel like crying even dah tengok video ni berkali-kali. Merdunyaa..