14 November 2013

PAST IS PAST

alhamdulillah.
Assalamualaikum!

bila kita kenal dengan someone, mesti kita berharap supaya ukhwah yang dibina itu akan berkekalan untuk selamanya. tapi langit tak selalu cerah, macam jugak persahabatan yang dibina tu. setiap perhubungan pasti akan diuji expecially dalam bab kejujuran, perghhh! ramai yang fail bab ni, and contoh lain maybe kawan yang dipercayai tu 'tikam belakang' kita or whatever lah kn. so bila jadi camni, memang sedih sangat. rasa macam nk report kt Barrack Obama sebab tak bole terima hakikat bahawa kawan yang kita percaya selama ni jahat, banyak persoalan yang timbul dalam kepala ni. huhu, tapi sebagai seorang hamba Allah siapalah kita untuk mempersoalkan takdir yang telah tertulis. Allah Maha Besar, setiap yang berlaku pasti ada hikmah. bersangka baiklah pada Allah,  mana mungkin Allah akan membiarkan hamba yang menadah tangan dn bergantung harap pada- Nya untuk terus bersedih tanpa menyediakan sesuatu yang lebih baik!

jika betul kita berpegang pada kalimah "Laillaha Illallah MuhammadarRasulullah", sudah tentu kita akan tenang menghadapi musibah tersebut even 1st 2 weeks tu kita rasa down sangat. biasalah, kita hanya manusia biasa dn bukannya gajet yang ada button "delete" or "format" tu kn. tapi apa yang pasti, the worst thing yang perlu dihadapi setelah meredhai apa yang tersurat ini adalah untuk melupakan semua kenangan yang telah tercipta! ya Allah, rasa macam susah sangat nk hadapi situasi ni. tapi apakan daya, we have to do it! HAVE TO ok, jangan biarkn kawan kita tu rasa hebat sebab dapat jatuhkn kita. hadapi dengan senyuman, dn yakinlah bahawa Allah sentiasa bersama kita. lepas tu banyakkn berzikir dn berselawat, mungkin juga ujian ini hadir sebab kita makin jauh dari Allah. then busy kn diri dengan aktiviti berfaedah, jangan duk terperap sorang2 layan emosi. memang tempah maut namanya tu, benda dh lepas buat apa dikenang! tak kn lah sebab dia sorang (dh laa jahat), kita nk musnahkn masa depan kita kn? dn ingatlah, ramai lagi yang sayang dn support kita kat luar sana. dn yang paling penting, ingatlah bahawa Cinta Allah sentiasa bersama kita dn sebab tu Allah beri ujian ini! ujian kn tanda kasih Allah pd hamba- Nya, maka beruntunglah kamu!
sekian, wasallm.

# let your past make you BETTER not bitter! (Y)

08 November 2013

PERGINYA SEBUTIR PERMATA BELIA ISLAM

Assalamualaikum!

for those yang masih belum mengenali siapakah asy- Syahid Ahmad Ammar, please spend ur precious time to watch this video. arwah merupakan anak kelahiran Malaysia yang telah dikebumikan bersama para syuhadah di bumi Turki, Allahu Rabbi. he is such an inspiration to me, al- Fatihah.
sekian, wasallm.

# semoga kita berjiran di Syurga nanti wahai Ammar, ameen ya Allah!

01 November 2013

R4BIA FOREVER!

Assalamualaikum!

dear Muslims, i dont know what you feel setelah sekian lama tak mendengar khabar berita dari President Morsi. tapi alhamdulillah, saya berasa rindu dn ingin tahu tentang perkembangan beliau. terima kasih di atas perasaan ini ya Allah, huhu. video kat atas ni dapat jugak mengubat rasa bimbang terhadap beliau, i love his spirit! may his spirit become a stake of the existence of leaders who are brave and modest, and may his supporters always under Allah's Protection and Strength! aamiin

# keep on praying for him and his country ya my dear brothers and sisters~

17 October 2013

EXAM MODE: ON! (3)

Assalamualaikum!


SORRY, NO NEW POST.
SAYA TENGAH EXAM NI.
DOAKAN SAYA YE.
TERIMA KASIH.
MAY ALLAH BLESS YOU!! =)


# salam Aidiladha, still in the mood of rayaaaa!

29 September 2013

SUKARNYA MEMAAFKAN

in sha Allah.
Assalamualaikum!

as a human being, saya juga mempunyai hati dn perasaan. ada sesuatu perkara yang akan menyebabkan hati ini berasa sangat marah- sedih- kecewa dn semua yang sewaktu dengannya, ya Allah! hanya pada- Mu tempat aku mengadu di saat hati kecil ini ditusuk dengan pelbagai perasaan yang mampu melemahkn diri ini andai terus dilayan, Allahu Rabbi. kadang-kadang bila ditimpa musibah sebegini,  otak ini dah tak mampu nk fikir panjang. for me, what can i do is CRYING. honestly, saya seorang perempuan yang susah nk menangis. selagi bole tahan memang saya akan tahan, bukan sebab saya cover macho ok! dn kalau nampak saya menangis tu, imaknanya ada sesuatu yang betul2 telah menusuk hati saya. sehinggakan saya tak mampu bertahan lagi, huhu. bila perkara ni berlaku, susah betul saya nk memaafkan si pelakunya! tapi disebabkan saya adalah umat Muhammad SAW, saya cuba sedaya upaya untuk memaafkan insan-insan yang pernah menyakiti hati ini. how sweet, terima kasih ya Allah~

sedangkan Junjungan Besar SAW mempunyai kelembutan hati untuk memaafkan umatnya, apatah lagi saya seorang insan kerdil yang tidak langsung memiliki sebarang jaminan untuk menjejakkan kaki ke Syurga Ilahi. tetapi diri ini belum cukup kuat untuk memaafkan, aku tidak mampu ya Allah! masih terngiang-ngiang kata-katanya, masih terbayang-bayang perbuatannya! bagiku, kemaafan yang diberikan ibarat menggadai maruah diri! ya Allah, huhu. tapi bila difikirkan, mulut ini sering mengungkapkan rasa cinta dn rindu kepada Baginda SAW, tetapi kenapa sukar untuk aku mencontohi Baginda di saat menghadapi ujian Allah ini? ya Allah, ampuni aku kerana terlalu bongkak melayan emosi sehingga terlupa bahawa aku hanya seorang hamba yang tidak mempunyai apa-apa sedangkan Engkau Sang Pencipta memiliki sifat Maha Pengampun dan Pemaaf! ya Allah, ampunkn aku kerana menumpang Hak- Mu! kalau bukan kerana Islam itu agama saya, tak mungkin mudah untuk saya memaafkn mereka yang telah menyakiti hati ini. terima kasih ya Allah di atas nikmat Iman dn Islam ini, sungguh! kebaikkan itu sukar dilakukan, tetapi mana mungkin Allah akan membiarkan hamba yang bergantung harap kepada- Nya untuk bersedih tanpa menyediakan sesuatu yang lebih baik kn?
sekian, wasallam.

# dendam itu DOSA. memaafkan itu PAHALA.