24 July 2013

MAGHFIRAH DI BULAN RAMADAN

Assalamualaikum!

jika dosa mempunyai bau, pasti ramai yang tidak mahu mendekati saya. termasuk ibu dn ayah saya sendiri, ya Allah! terima kasih kerana menutup keaiban hamba- Mu yang hina ini, sungguh! terlalu banyak dosa yang telah saya lakukan, meskipun telah berkali-kali saya menyesalinya. tapi saya masih lagi jatuh ke dalam lubang dosa, bahkan berkali-kali! sehingga saya takut untuk berbicara soal dosa yang telah saya lakukan serta Rahmat dn Keampunan dari Allah SWT, Allahu Rabbi. tapi ketahuilah, sesungguhnya Allah itu Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang! sebanyak mana dosa yang pernah dilakukan, percayalah bahawa cinta Allah SWT selalu hadir dalam diri ini. Allah tidak pernah jauh apatah lagi meninggalkn diri ini meskipun diri ini telah banyak bergelumang dengan dosa, malah Allah sentiasa memberi peluang untuk bernafas dalam jiwa hamba untuk memohon Keampunan dari- Nya! dn semestinya ganjaran ini pasti lebih hebat dn berlipat-ganda pada bulan yang penuh keberkatan ini apatah lagi sekarang kita berada dalam Fasa Kedua bulan Ramadan iaitu Fasa Pengampunan (Maghfirah). Allah SWT sentiasa membuka pintu taubatnya, sepertimana maksud hadis Qudsi yang sememangnya memberi semangat kepada saya untuk terus bertaubat kepada Allah. sebak rasa hati, terima kasih ya Allah! :'(

dari Anas bin Malik, Rasulullah SAW bersabda bahawa Allah SWT berfirman:
"wahai anak Adam! selama mana engkau terus berdoa, Aku akan ampunkn dosa-dosa darinya. sekiranya dosamu terlalu rapat sehingga mencecah langit, Aku akan tetap mengampunkn. dn Aku tidak peduli, wahai Adam! seandainya sepenuh ruang di antara langit dn bumi itu adalah dosa-dosa kamu, dn engkau datang kepada Aku untuk memohon keampunan- Ku dn engkau tidak mensyirikkan- Ku, maka Aku akan datang kepadamu bersama keampunan- Ku juga seluas langit dn bumi.."
sekian, wasallm.

gunakanlah peluang ini sebaiknya, rebutlah keampunan Allah SWT selagi masih berkesempatan.

20 July 2013

MENGHAMPIRI KEMATIAN

ameen ya Rabb! :')
Assalamualaikum!

alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah! ok, nampaknya hari ni hari jadi saya. taakkk, saya bukan nk hadiah atau wishes. cukuplah sekadar mendoakan kesejahteraan hidup saya kerana sesungguhnya doa itu senjata bagi orang-orang Mukmin, masyaAllah. bertuahnya saya apabila ramai saudara-saudara seagama saya yang mendoakan kebahagiaan hidup saya samada di dunia mahupun akhirat, syukraan! ketahuilah saudaraku, apa yang kalian doakan untuk diriku belum tentu dimakmulkn. tetapi doa-doa kalian itu pastinya akan dimakbulkn Allah ke atas diri kalian kerana sesungguhnya Malaikat sentiasa mengaminkan apa yang kalian doakn itu ke atas diri kalian, dn sesungguhnya doa para Malaikat pasti akan diperkenankan oleh Yang Maha Esa. subhanAllah, beruntunglah kamu wahai saudara-saudara seagamaku!

ok, dikesempatan ini juga saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada mereka yang berkesempatan meluangkn masa untuk "meng-wish" birthday saya. ada yang post di FB, ada yang text, ada yang bagi present/kejutan, dn tak kurang ada juga yang sanggup call saya. terima kasih, hanya Allah yang mampu membalas jasa baik kalian kerana telah membuat saya rasa dihargai sepanjang hari ini. i have nothing much to say, saya cuma ingin memberi peringatan khasnya buat diri saya bahawa saya kini semakin menghampiri kematian. ulangtahun hari lahir ini menandakan bahawa umur saya semakin pendek, ya Allah! terima kasih di atas kesedaran ini, akan saya lalui hari ini dengan penuh kesederhanaan dn keinsafan. in sha Allah, lagi-lagi sekarang bulan puasa kn! cakap pasal bulan puasa, ramai jugak yang offer nk belanja saya bukak puasa. hehe, rezeki jangan ditolak kn! terima kasih wahai sahabat-sahabat seperjuanganku, percayalah! hari ini akan menjadi antara saat terindah dalam hidup saya, terima kasih ya Allah!
sekian, wasallm.

# ya Allah, semoga pertambahan umur ini menambahkn lagi kecintaaku kepada- Mu! :')

06 July 2013

NAMA JUGA SATU DOA


Assalamualaikum!

i dont know why some people suka gelarkan orang disekeliling mereka dengan gelaran yang agak kurang sopan, padahal nama kawan dia tu sedap tau! contoh ek, nama seseorang ni Muhammad Tahajjud Ashraf. tapi disebabkn sifat fizikal dia yang agak berisi, kengkawan dia panggil dia "doremon". ohh maaannnn, spoil tau tak! masyaAllah, nama dah sedap dah mak dn ayah dia bagi. tapi sadisnya dia tak dipanggil dengan nama tu. heyy, come on! saya sangaaat tak setuju dengan mentality sesetengah individu yang macam ni, sedarkah anda? secara tidak langsung kamu telah menghina pemberian Allah SWT kepada dia?? how could you do that to your brothers and sisters, do you think you are perfect enough?? ya, maybe some people 'meng-istilahkn' perbuatan itu sebagai gurauan. alasan yang dah basi, tapi ingatlah!

kamu sedang menghina pemberian Allah SWT, dan yang paling dasyat kamu sedang menyakiti hati saudara kamu itu! memanglah dia tak tunjuk, nampak dia ok je kamu panggil dia 'pendek' lah, 'sengal' lah, 'hitam' lah. tapi jauh di sudut hati, dia sedih dengan kelakuan kamu. please, jangan jadikan saudara kamu seperti boneka yang boleh kamu hina sesuka hati walaupun dengan tujuan untuk bergurau. dan ingatlah, panggilan kamu itu adalah DOA. dan setiap doa kamu kepada saudaramu akan dibalas oleh Malaikat iaitu dengan berdoa untuk kamu. so, kalau kamu doakan saudaramu dengan panggilan yang hina… tidak mustahil kamu akan jadi hina jugak kerana sesungguhnya doa Malaikat itu pasti dimakbulkn, dn kalau bukan dimakbulkn ke atas kamu mungkin jugak anak keturunan kamu- nauzubillahiminzalik. jadi untuk itu, peringatan untuk saya dn semua pembaca! jangan panggil orang dengan panggilan yang buruk, tapi gelarlah mereka dengan panggilan yang baik-baik. semoga kita akan jadi baik kerana Malaikat mendoakan kita juga dengan panggilan yang baik-baik, in sha Allah

# jaga lisanmu kerana ramai yang celaka kerananya- NAUZUBILLAHIMINZALIK.

25 June 2013

RAMADAN IS COMING!

masyaAllah~
Assalamualaikum!

today will be my last post in the month of June, nampaknya sudah setengah tahun kita berada dalam tahun 2013. 6 bulan telah berlalu, and now still ada 6 more months to go. then kita akan berganjak ke tahun 2014, cepatnya masa berlalu. rasanya ni bukan kali pertama saya repeat ayat yang sama- "cepatnya masa berlalu..". ya, true! sama jugak macam bulan Ramadan ni. rasanya baru semalam saya mengupdate post tentang Ramadan yang pertama kali saya lalui kat KUIM- WELCOME RAMADAN!  so, for this second time tak banyak yang saya nak tulis sebab normally pengalam pertama adalah yang paling indah dn sukar dilupakan. so bila dah masuk tahun kedua ni, tak banyak kot yang saya nak update.

rasanya everything will be the same, mengalami keadaan berpuasa bersama kengkawan di bumi KUIM dn berjauhan dengan mummy dn daddy! (tkyh nk mummy daddy sangat, padahal kat rumah panggil ibu dn ayah je kot..) bajet, anyway! kalau ada something new yang berlaku in this coming Ramadan, ill update it! stay tuned ok, thaankss. harapan saya fr this coming special month is, sama seperti saudara-saudara seagamaku yang lain! im very sure, we are all mengharap to gain as much pahala as we can kn? in sha Allah, hopefully Ramadan kali ini lebih bermakna dan lebih baik berbanding Ramadan yang sebelumnya. Allahumma Ameen, :')
sekian, wasallm.

# ya Allah, izinkn aku bertemu lagi dengan bulan Ramadan pada tahun ini.

19 June 2013

TAK KENAL MAKA TAK CINTA

Assalamualaikum!

Tadi ada seorang pak cik yang berkopiah lalu depan saya dn kawan saya, then kawan saya cakap: "mesti pak cik ni alimkan, sebab dia pakai kopiah..". Saya mengiyakan pendapat dia tu, kemudian saya mmbayangkn. Adakah jika seorang bayi dipakaikn kopiah di kepalanya dn pkcik tua tadi tidak berkopiah, wajarkah untuk si bayi dikata lebih alim berbanding si pkcik hanya kerana si pkcik tidak berkopiah?? well, memang lumrah manusia suka judge a book by its cover, and btw im the one! Secara peribadi, sikap menilai seseorang dari luaran bukanlah tak bagus. Tapi, mengenal seseorang dengan rapat sebelum mengecop dia dengan apa-apa gelaran adalah lebih baik dn lebih selamat. Apa yang kita nampak secara lahiriah tidak menjaminkn apa-apa, manusia is the best actor I cud say. Btw tak salah bersangka baik, itu penting.

Cuma ada sesetengah orang yang suka menilai seseorang dari sudut yang negatif, padahal belum sampai 24jam dia kenal orang tu! Honestly, saya tak bersetuju dengan mereka yang berpemikiran macam ni. Tak baik tau tak, dan lebih teruk kalau kamu memberitahu orang lain tentang sikap negatif seseorang itu. Kamu nak semua orang tau perangai jahat dia yang kamu nilai dengan hanya sekali pandang, nauzubillahiminzalik. Percayalah, kamu tidak akan kenal seseorang sebelum kamu duduk serumah dengan dia! Itu cuma ungkapan je untuk menunjukkan ketidak wajaran untuk menilai someone yang kamu baru kenal, saya tak tau apa motif disebalik perbuatan ini. apa yang pasti, kamu sedang berbuat dosa! Pertama, mungkin saja kamu telah menfitnah dia dengan penilaian kamu itu. Kedua, kamu memburukkan dia di hadapan orang lain. The problem is, kamu belum kenal siapa dia sebenar! Serius, kamu sebenarnya telah memperlihatkan kebodohan kamu sendiri. Memang tak salah untuk menilai seseorang dari pandangan pertama, tapi sertakanlah penilaian itu dengan sikap bersangka baik. peringatan untuk saya jugak, sama-samalah kita muhasabah diri dalam mencari redha Ilahi.

# bersangka baik adalah "kunci" sesuatu IKATAN.