18 November 2014

"KARYA CINTA"

Assalamualaikum!

Tuhan,
saat aku menyukai seorang teman
ingatkanlah aku akan ada sebuah akhir
sehingga aku tetap bersama Yang Tak Pernah Berakhir

Tuhan,
ketika aku merindui seorang kekasih
rindukanlah aku kepada yang rindu Cinta Sejati- Mu
agar kerinduanku kepada- Mu semakin menjadi

Tuhan, 
jika aku hendak mencintai seseorang
temukanlah aku dengan orang yang mencintai- Mu
agar bertambah kuat cintaku kepada- Mu

Tuhan,
ketika aku sedang jatuh cinta
jagalah cinta itu
agar tidak melebihi cintaku kepada- Mu

Tuhan,
ketika aku ucap "i love you"
biarlah aku ucapkan kepada yang hatinya tertaut kepada- Mu
agar aku tak terjatuh dalam cinta yang bukan kerana- Mu



12 November 2014

SAHABAT SEBENAR

Assalamualaikum!

hmm, dalam dunia sekarang ni bukan senang nk cari kawan yang baik dn bukan senang juga nk menjadi kawan yang baik! kawan yang baik tk pernah mengumpat kawannya sendiri dn mereka tidak pernah cemburu dengan kejayaan kawannya, sebaliknya kawan yang baiklah yang banyak membantu kawannya untuk mencapai kejayayaan. kawan yang baik juga sentiasa mendoakan kesejahteraan kawan baiknya samada di dunia dn di akhirat dn kawan yang baik tidak pernah memaksa kawannya untuk sentiasa berada di sisinya tetapi kawan yang baik sentiasa ada di sisi kawannya di saat suka dn duka, dn mereka juga tidak pernah cemburu jika kawannya mempunyai ramai kawan baik kerana mereka tau apa yang terbaik untuk kawannya itu. 


kawan yang baik juga akan selalu menasihati kawannya untuk membuat kebaikkan dn mereka tidak sesekali mempengaruhi kawannya untuk melakukan benda-benda yang negatif atau sia-sia, hurm. baru saya tau yang saya bukan kawan yang baik sebab saya selalu ajak kawan saya lumba lari pergi kelas untuk cop tempat, huhu. sorry sahaAbatku, promise tk buat lagi! so apa-apa pn jujurlah dalam berkawan kerana setiap yang kita buat dn apa saja yang kita korbankan walaupun kawan kita tk pernah tau tapi Allah Maha Mengetahui, so mesti ada ganjaran insyaAllah. yang penting keikhlasan kita berkawan dengan cara dan niat yang betul, seperti biasa kalau kita nk something yang baik kita kenalah terlebih dahulu menjadi baik. semoga kita dapat menjadi buddy yang baik kepada best-buddyz kita, insyaAllah.

sekian,wassalam.

# fr my friends out there- uhibbuki fillah, hopefully ukhwah ini kekal hingga ke syurga!

15 October 2014

EXAM MODE: ON! (5)

Assalamualaikum!


SORRY, NO NEW POST.
SAYA TENGAH EXAM NI.
DOAKAN SAYA YE.
TERIMA KASIH.
MAY ALLAH BLESS YOU!! =)


# final year, wohooo~~

28 September 2014

WESTLIFE


hello bros! hee
Bismillahirrahmanirrahim…

Minggu ini dh start kot minggu study week since silibuss subjek semua sudah berjaya dihabiskn oleh lecturer2 ku yang ohsem lagi amazing! N btw next two month bermulalah era praktikal di salah sebuah Mahkamah Syariah di sekitar Masia, lulz. Of cos la Masia, tak kn sekitar Banghdad pulak kn. So actually i dont really have mood to study awal2 ni sebab 1st paper mula pn agak lewat, huh. Ok, nampak tak tanda2 hati tak kental bila suka menangguh. "How weak you are young lady„ such a dumb loser…". Amboiii, bole tahan deep suara hati ku ini. So bagi membuktikn yang diri ini tidak la se-'loser' seperti apa yang naluri ku perkatakn so i cari altenatif untuk kembalikn melawan kuasa TANGGUH ni, adoii. Mnyesal jugak la bila dh niat awal2 tak nak study, huhu

Nk dijadikn cerita, kononnya nak mengadaptasi semangat dari music yang didengar melalui mp3. Niat utama nk dengar la zikr or selawat yang mampu mmbangkitkn jiwa yang sedang lemah ini tapi entah macam mana 1st song yang dimainkn oleh mp3 ni adalah lagu UptownGirl by Westlife. Serious no lie, lagu ni sangat lejen untuk budak 90an. Ke salah?? Watevah la, yang penting lagu ni secara tak sengaja menaikkn semangat ku untuk menghadap buku2 subjek bcs i love dis song very much! Lepas habis je lagu ni terus beralih pulak pada lagu I Wana Grow Old With You oso by Westlife, perghhh! Ni pn lagu lejen kot, okay lepas habis lagu ni baru tukar kepada lagu keagamaan. Study punya study, lagu ni pn habis dn automatically beralih kepada lagu Unbreakable juga dari Westlife! Tak bole jadi so i check list lagu untuk tanda awal2 zikr2 yang sepatutnya dimainkn sebagai lagu seterusnya, but u knw wat! Semua list menunjukn kompilasi lagu Westlife SAHAJA dn bagi elak rasa bersalah i cepat2 ambik Yassin dn letak betul2 atas meja depan mata. At d same time, lagu2 Westlife masih berkumandang dn dapat la study sampai ke sudah.  

Ya Allah! Im sorry…

22 September 2014

IKHWAN RASULULLAH SAW

Allahumma Solli 'Ala Sayyidina Muhammad~
Assalamualaikum!

pernah suatu ketika, 
Rasulullah SAW menyebutkn kecintaannya yang amat sangat dn kerinduan yang begitu mendalam kepada para Ikhwannya dengan sabdanya: 
"aku tersangat rindu kepada para Ikhwanku.."

maka bertanyalah para sahabat: 
"ya Rasulullah! bukankah kami ini Ikhwanmu??" 

kemudian Baginda SAW menjawab: 
"bukan, kalian adalah sahabatku. 
sedangkn Ikhwanku adalah orang yang beriman denganku w/pn mereka tidak pernah melihatku.."

# Boleh jadi Ikhwan Rasulullah adalah kamu, yang sedang membaca post ini

16 September 2014

KATA NAK TILL JANNAH?? HM

in sha Allah.
Assalamualaikum!

ok cmni, ramai yang nk masuk Jannah kn. come on, dats our goal kot as a Muslim. tapi jalan menuju Jannah tu is not dat easy even benda2 tu baik2 belaka, see? Shaitan dh berjaya hijabkn hati kita dengan maksiat sampai benda yang indah di sisi Islam pn kita tak nampak, nauzubillah. ok wait, dis entry is fr myself jugak ya. im also human dn saya juga perlu kepada peringatan, ok! straight to the point, hm. kita selalu cakap, nak kawan sampai syurga. nak bercinta sampai syurga, nk berjiran sampai syurga dn nk macam2 lagi yang bole together2 sampai syurga. tapi apa usaha kita ke arah itu?? contoh, kita sayang sangat kat sahabat kita. kita selalu cakap kat dia yang kita nak bersahabat dengan dia sampai syurga, nk bimbing dia masuk syurga. supaya nanti bole jumpa lagi kt syurga, kan? tapi tapi, ni contoh ok!! kita bangun solat Subuh, pastu tidur balik. kita tak kejut pn kawan kita tadi untuk solat Subuh, alasan? "kesian, dia penat. tanak kacau dia tidur..". perghhh, pn bole~ kalau ini yang kita rasa, betul ke kita nk kawan dengan dia sampai syurga??

berkawan kerana Allah, bercinta kerana Allah. menulis blog ni pn kerana Allah, semuanya kerana Allah! kalau betul semuanya kerana Allah, kita akan makin dekat dengan Allah. Dn semestinya kita akan bawa orang yang kita sayang juga untuk mendekati Allah, logik kn? Tak nak kejut kawan bangun Subuh sebab kesian dia penat, abis kalau dia dibakar oleh api Neraka Jahannam nanti tk kesian pulak?? kn lebih elok sekiranya kata2 itu digantikan dengan tindakan, di situ akan lebih terbukti kesungguhan kita berbuat sesuatu kerana Allah. ingat ye wahai diri yang sedang menulis ini, Shaitan itu sangat licik! dia bole mengkaburi mata dn hati kita dengan perkara2 yang kita rasa tidak salah, nauzubillah. contoh macam kesiankn kawan tadi, Shaitan telah 'menyelimuti' kesilapan kita dengan sikap belas kasihan kita sendiri. hakikatnya kita sedang manjauhkan sahabat kita itu dari Jannah Allah, hw dare you?? dats why, kita kena sentiasa alert dengan perbuatan kita! Fikir berlandaskn iman, adakah perbuatan itu lebih mendekatkan kita dengan Allah atau sebaliknya. lebih2 lagi yang melibatkan orang yang kita sayang, adakah tindakn kita membawa mereka ke jalan Allah?? you decide!
sekian, wasallm.

# think before you speak, think before you act. THINK!

10 September 2014

CAKAP MEMANG SENANG

Assalamualaikum!

setiap kali melihat orang disekeliling ditimpa musibah, i will try my super-duper best to give them a favour. i try to get into their shoes, just to make them happy!! expecially jika mereka itu adalah insan-insan yang sangat rapat dengan saya, ya Allah! mana mungkin saya tergamak membiarkan mereka bersedih dengan ujian Allah sedangkan saya enjoy makan Pizza Hut kn, tak patut langsung!! well, saya ni bukan orang sastera. so saya memang tak pandai nk bermadah pujangga atau berjiwang keparat untuk membina ayat yang boombastic bagi merawat luka di hati mereka, so normally saya akan gunakan ayat yang 'back to basic'. fr example: Allah will never give you anything you cant handle, so dont strees! mungkin ayat ini nampak simple, but for me it brings a lot of kekuatan! tapi benar kata orang, cakap memang senang tapi nk buat kemain payah lagi haa.

honestly, saya sendiri susah untuk mengaplikasikan kata2 itu kepada diri saya disaat ditimpa ujian Allah. sampailah satu saat, saya cuba muhasabah diri yang penuh dosa ini dengan mengimbau kembali saat saya dilahirkan di bumi Allah. terbayang muka comel saya time baby tu, ya Allah! mana mungkin saya tergamak membiarkan bayi comel itu terus bersedih hati di atas ujian yang sedang dihadapinya ketika ini, huhu. sedangkn melihat orang-orang disekeliling saya menghadapi ujian pn saya dh tak sanggup, apatah lagi bayi itu?? start dari saat itu, saya seakan-akan mendapat semangat untuk sentiasa melindungi bayi comel itu dari tipu daya syaitan yang hanya melemahkan umat Muhammad SAW saat ditimpa musibah! saya ingin sekali menjadi hero untuk bayi comel itu dengan harapan suatu hari nanti dia bakal menjadi seorang yang berguna untuk agama Allah, dn tak mungkin ujian yang sedikit ini mampu untuk melemahkan semangat jihadnya! bangkitlah wahai anak kecil, ketahuilah bahawa diri ini akan terus menjadi hero untuk dirimu kerana engkau adalah aku!
sekian, wasallm.

# "always BACK TO BASIC.."- YDP PERSEPSI 13/14