31 March 2013

IM NOT READY YET

that is only what i want, TQ.
Assalamualaikum!

seronoknya rasa hati andai si pemilik hati telah ditemui, haha. takyah nak jiwang sangat lah kn, ok. nampaknya ada beberapa orang yang saya kenali telah berkahwin, berkahwin di USIA MUDA! and surely, im happy for them! congrats, but suddenly saya rasa macam kena shoot dengan bullet sniffer tepat kat dahi apabila diajukan soalan yang berbunyi- KAMU BILA NAK KAHWIN? DAH ADA CALON BELUM? BILA AGAKNYA BOLEH RASA NASI MINYAK KAMU? biasanya saya hanya akan menghadiahkn "senyum kambing" untuk meleraikan persoalan di atas, fuh! soalan cepumas, huhu. bagi saya, perkahwinan is not just you can do anything with your couple. it is more than that, ia melibatkan pembangunan ummah. there are so many things you have to think about before make a decisions, kamu bakal melahirkan umat Muhammad SAW.

dan sudah tentu saya ingin melahirkan umat Rasulullah SAW yang berkualiti, seorang khalifah yang mampu menyumbang sesuatu untuk agama Allah! dan semua itu dimulakan dengan pemilihan ibu yang baik, saya baik ke? belum lagi, seriusly im not ready yet. saya hanya insan biasa yang sentiasa berusaha menjadi baik di Mata Allah, tapi saya belum capai tahap itu. it is still a long journey, i need to learn so many things sebelum saya bole mengaku yang saya sudah bersedia untuk melaksanakan sunnah Rasulullah SAW yang amat dicintai. sejujurnya, peringkat usia untuk berkahwin tak menjadi masalah langsung. if you are ready untuk berkahwin even kamu baru berumur 19tahun, then ok lah. banyak kelebihan berkahwin di usia muda ni, masyaAllah! fuhh, sabar hati. sabar, masanya akan tiba. haa, nampak tak! saya dh dapat jawapan yang bole menggantikan "senyum kambing" saya apabila diasak soalan di atas, so! jawapan saya selepas ini ialah- SAYA BELUM BERSEDIA. ketahuilah sahabat, sabar itu indah! ^_^
sekian, wasallm.

# im still single because Allah is busy writing the best love story for me, =')

26 March 2013

PRU DI KAMPUS

2:30- kitalah 'khalifah' yang dimaksudkn!
Assalamualaikum!

hai semua, today i would like to membebel about Pilihan Raya Kampus! fr sure, this is my first time menghadapi situasi mengundi di kampus. seriusly, it was awesome! setiap calon giat membentangkan manifesto dn semestinya, setiap calon mempunyai pengikut dn pengaruh masing-masing! tapi kn, ada jugak antara pengikut yang terlalu obses dengan calon yang bertanding sehingga hampir menimbulkan perbalahan antara pihak-pihak penyokong yang bertanding. alaa, kenapa sampai cmtu?? biasa-biasa sudah laa, huhu. Hak mengundi kn hak mahasiswa, setiap daripada kamu diberi mandat untuk pilih pemimpin kamu. pemimpin akan dipersoalkan di akhirat kelak tentang amanah yang dipikul, dn harus diingat! kita juga akan dipersoalkan tentang pemimpin yang bakal kita pilih- why do you choose him/her? so friends, just let the people to hv their own choice.

ye ye ye, memang tk salah kalau nk menguar-uarkan keperibadian calon yang disokong. tapi saya tengok, ada yang sampai memperlekehkan calon-calon lain. dear readers, please do not do that! pilihan raya di kampus ini mendidik kita untuk menjadi pengundi yang matang serta bijak dalam membuat keputusan, kitalah nanti yang bakal mencorakkan sistem politik di Malaysia! sepertimana ungkapan ulamak terkenal, Sheikh Yusuf al- Qaradawi- kalau kita nk tengok masa depan sesebuah Negara, tengoklah generasi muda dia sekarang. so, masa kat kampus ni lah kita nk didik diri kita supaya dapat menjalankan proses mengundi dengan bersih, adil dan saksama. so then, in sha Allah masa depan Negara akan terjamin, aman dn damai. err, jap jap! bukan ke kita kena rahsiakan calon yang kita pilih? rasanya itu lebih baik kot, boleh mengelakkan perbalahan sesama kita. tapi apa yang saya ingin tekankn disini: tk perlu kot rasanya nk menghasut orang lain untuk undi calon pilihan kita, hak mengundi kn hak mahasiswa. so terpulang pada kita lah untuk pilih sesiapa pn, what is the most important thing is! kita kena sentiasa berfikiran terbuka dn matang untuk menerima apa sahaja keputusan yang bakal diumumkan kelak, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik!
sekian, wasallm.

# dear Muslims, setiap dari kamu adalah PEMIMPIN.

19 March 2013

KAMU MEMANG CANTIK!

bersyukur dengan apa yang ada.
NOTE TO SELF (x1000)
Assalamualaikum!

pada prinsipnya, wanita solehah adalah wanita yang taat kepada Allah SWT dn Rasul- Nya. kemuliaannya bukan terpancar daripada beraneka aksesori yang menyaluti tubuh badannya, tp dia selalu menjaga kecantikan dirinya agar tidak menjadi fitnah kepada orang lain. saat menyedari kekurangan fizikal pada dirinya, wanita solehah tidak akan pernah merasa kecewa dn sakit hati. dia yakin bahawa kekecewaan adalah sebahagian daripada sikap kufur nikmat, dia tidak akan berasa susah hati dengan keterbatasan itu tp sebaliknya tetap redha dn bersyukur dengan kurniaan Allah SWT! peribadinya terlalu indah sehingga make-up apa pn yang dipakainya akan memancarkan cahaya kemuliaan, bahkan wajahnya tanpa make-up sekali pn tetap akan memancarkan kecantikan jiwa dn akan menyejukn hati setiap orang yang memandang.

semakin dia menjaga kehormatan diri dn keluarganya, semakin Allah memberi kurnia yang terbaik baginya di dunia dn akhirat! solehah atau tidaknya seorang wanita bergantung kepada ketaatannya terhadap aturan hidup yang Allah SWT perintahkn, berdampinglah dengan orang-orang yang akan membantu menambahkan kualiti ilmu, amal dn ibadah kita. bak kata orang, jika kita ingin mengenali seseorang maka lihatlah teman-teman di sekelilingnya. muslimah mempunyai peranan yang cukup penting dalam menentukan masa depan sesebuah bangsa, andai muslimah gagal memainkan peranannya maka runtuhlah tiang Negara. jika ingin menjadi tiang yang kuat, teruslah berusaha untuk menjadi wanita solehah dengan mencontohi peribadi srikandi Islam di zaman Rasulullah SAW. dengan terus berusaha menjaga kehormatan diri dn keluarga, insyaAllah pesona wanita solehah akan melekat pada diri kaum wanita semua!
sekian, wasallam.

# ramai wanita mampu berjaya, tp tak semua adalah solehah~

13 March 2013

KENAPA LAW?

one of my favourite books, =*
Assalamualaikum!

Percaya tak, saya ambik law sebab saya suka penampilan seorang peguam dalam pakaian black and white. OMG, they look smart kn! ok maaf, reason tu memang sangat tk bole belah. honestly, saya suka menentang kebiasaan. because sometimes i dont agree dengan sesetengah mentality yang terlalu mengikut kebiasaan even mereka dh tau kebiasaan tu salah. tp mereka malas nk ubah, perasan tk? mungkin sebab tu kot yang menjurus saya untuk ambik law, hmm. nk jadi lawyer kena berani bersuara, bersikap agak defensive dn argumentative and of course we hv to think out of the box. that means, awak kena mampu berfikir secara kritis dn kreatif. ni apa yang lecturer saya cakap, tapi ni hanya pada teori je. actually sesiapa pn bole ambik law as long as you minat dn passion terhadap law field, sebab law field ni sangat mencabar but interesting!

bila study law, awak sebenarnya sedang membijakkan diri sendiri sebab kita diajar untuk berfikir lebih dari apa yang orang biasa fikir. tk rugi pn ambik law, dn tk rugi pn menjadi arif dalam course ni. as we knw, law is the most important aspek dalam sesebuah negara. so kalau kita expert dalam law, rarely kita akan jadi orang yang kurang bijak. And fr those yang terfikir nk ambik law tu, ambik laa. excellent choice i cn say, yeahhh! memang seram bila dengar ada budak law yang stop belajar sebab tk bole bawak kn, tp ingatlah. kita belajar kerana Allah SWT, pasang niat tu betul-betul. dnt despare and never loose hope cause Allah is always by your side, insyaAllah. Allah pasti akan tolong hamba-Nya yang ikhlas melakukan sesuatu kerana Nya, :')
sekian, wasallam.

# if you want it, you have to fight for it!

07 March 2013

I LOVE HER

=')
Assalamualaikum!

today i would like to share bout someone yang sangat rapat dengan saya, i truly love her and only Allah knows how much i love her. i love her because she is a strong girl i can say, serius. if she had a problems, she never told anyone. she will try her best to act like nothing happen, but for sure she cannot hide it from me! entahlah, dia seboleh-boleh tanak orang tau yang dia sedang dibelenggu masalah. bagi dia, hanya Allah tempatnya mengadu. ya, its true. tapi sebagai manusia, we need someone to share about what we go through kn. this is what i always told her, tapi macam biasalah. ibarat saya cakap dengan tiang gol, masuk telinga kanan dan keluar telinga kiri. ok, dia ni jugak seorang yang friendly dan sangat periang but i think "pelawak" is the best word to describe her. bila dia takda, memang terasa kesunyian. even mulutnya lantang bersuara, dia jarang menyakitkan hati orang disekeliling dengan kata-katanya.

and the best thing bout her is, she is a good listener i can say! dan selalunya nasihat-nasihat dia amat memberangsangkan even sometimes tak masuk akal, tapi mampu menaikkan semangat orang yang tengah lemah. and and, bole dikatakan yang dia ni seorang yang baik tau. dia senang sangat maafkan orang yang pernah menyakiti hatinya, kadang-kadang saya pulak yang geram dengan sikap dia ni. tapi dia selalu nasihatkan saya untuk sentiasa mencontohi peribadi Nabi SAW dn yakin pada Janji Allah. huhu, ok sayang! and, dia juga seorang pemimpin yang baik. saya sering bekerjasama dengannya dn alhamdulillah, ramai orang berpuas hati dengan hasil kerjanya termasuk saya. dn setiap kali dia menjadi 'ketua', dia tak pernah berlagak dengan amanah tu. dia sering meminta maaf setiap kali nk suruh orang bawahan dia untuk buat sesuatu, masyaAllah. terharunya saya dengan sikap dia, huhu. sebenarnya banyak lagi saya nk taip, tapi malas. dan saya tak akan mention her name sebab saya tanak dia riak bila baca post ni, cuma satu doa saya! semoga Allah SWT sentiasa merahmati kamu ye sayangku, dn semoga kamu akan  bertemu dengan orang yang baik untuk menjadi imammu! jadilah wanita yang bahagia ye sayang, ill always be by your side! :')
sekian, wasallm.

# terima kasih ya Allah kerana menghadirkan insan ini ke dalam hidupku, alhamdulillah!