28 May 2013

LA TAHZAN ADIK MANISSS

Assalamualaikum!

ohh my dear sisters, tkda apa yang mampu saya lakukn utk mengurangi tekanan jiwamu yang diruntun pilu. saya juga mmerlukan bantuan dn pimpinan dalam menghadapi ujian yang mendatang, cuma ada beberapa kata-kata yang ingin saya kongsi buat renungan bersama. sesungguhnya dua faktor yang menggolak perasaan dn emosi manusia adalah "kegembiraan yang memuncak" dn "musibah yang dasyat"! saat awak jatuh ditimpa musibah,jangan mudah putus asa. awk kena berusaha untuk bangkit, sesungguhnya jika Allah mencintai hamba- Nya maka Dia akan tenggelamkan hamba- Nya dalam musibah dn siapa yang tk pernah mengalami musibah maka ia akan jauh dr kasih sayang Allah SWT.

ingatlah bahawa Allah SWT tidak sekali-kali membebani hamba- Nya dengan sesuatu yang tk mampu terpikul olehnya, semua itu adalah ujian untuk mendekatkn kita kepada- Nya. jangan dibebani bahumu yang lembut itu dengan urusan dunia yang tk pernah sudah, dunia memang cmtu. kita bkn insan perkasa yang mampu menanggung segala, tetapi ketahuilah bahawa bukti Allah menyanyangi hamba- Nya adalah melalui ujian yang ditimpakan. so please, LA TAHZAN YA UKHTI. semoga awk diberi kekuatan untuk menghadapi ujian ini, ameen!
sekian, wasallm.

# orang yang bersabar belum tentu bersyukur, tp orang yang bersyukur adalah mereka yang turut bersabar!

22 May 2013

WELCOME TO KUIM!

see u at KUIM~
Assalamualaikum!

sejak kebelakangan ni, saya mendapati post Kolej Universiti Islam Melaka dalam blog saya ni mendapat carian paling tinggi berbanding post-post saya yang lain. saya agak terkejut, dn tertanya-tanya apa yang menarik nya dengan post tu. ahaa, baru saya teringat! sekarang musim pelajar mencari tahu tentang tempat pengajian yang bakal mereka sambung study, no wonder lah! dulu pn saya macam tu jugak, seboleh-boleh nak search sampai lubang cacing pasal tempat baru yang akan saya pergi tu. macam-macam perasaan ada, tapi apa yang pasti! semakin hampir dengan tarikh keramat untuk mendaftarkan diri ke KUIM, semakin lemah semangat saya. tapi saya kuatkan jugak semangat, saya cubaaaa! berkali-kali saya bagitau ibu dn ayah supaya jangan terus balik KL lepas anta saya, saya sampai ajak mereka untuk tidur sekali dengan saya dalam asrama kat KUIM tu nanti. haha, budak kecik ni kn!

minggu pertama adalah minggu membasahkan mata dengan air mata rindu, rindu pada segala-galanya yang saya tak dapat bawak ke KUIM! expecially, my lovely parents. setiap hari jugak saya bagitau ibu dn ayah yang saya tanak duduk asrama kat KUIM, saya nak duduk luar. ada hati youuu, padahal baru sem satu! tapi ayah dn ibu banyak bagi support, dn support itulah yang menyebabkan saya rasa gembira yang teramat sangat setelah 1tahun menuntut di bumi KUIM ni. alhamdulillah, semoga kenikmatan ini berkekalan sehingga saya selamat menamatkan pengajian nanti. lagipun, tak lama dah. pejam celik- pejam celik, saya akan merindui pulak suasana di bumi KUIM ini. semestinya hari-hari terakhir di KUIM pasti juga akan ditemani air mata sepertimana hari-hari pertama saya melangkah masuk ke sini, semoga semuanya akan dipermudahkan! ameen, huhu. anyway, for those yang bakal melanjutkn pelajaran ke KUIM- ahlan wa sahlan! semoga kita dapat bersama-sama menjadi putera puteri Islam yang berjaya di dunia dn akhirat, Allahumma Ameen! :')
sekian, wasallam.


10 May 2013

SABAR TU AWESOME

bukan nk poyo, cuba husnuzhon sikit~
Assalamualaikum!

kay mon, kay mon! look at the pictures above, ada artis nk bergambar dengan saya! booo, tak lawak pn. ok, maaf. hmm, last week i went to PWTC sempena Pesta Buku yang diadakan every year since tk tau bila. memandangkn baucer buku sebanyak rm250 masih tak luak, jadi saya ambik kesempatan untuk meluakkannya di Pesta Buku ni walaupun saya terpaksa berasak masuk ke dalam dengan ribuan pengunjung yang lain. kalau saya dilenyek time tu, confirm takda sape yang perasan. alangkah sadisnya andai itu terjadi, tapi alhamdulillah! ia tak berlaku pn, ok sambung cerita! saya nk beli dua-tiga buku ni, but i hv to line up fr almost 1 hour untuk membayor! penat lah berdiri, tapi alhamdulillah. akhirnya, berkat sifat sabar yang dipaksa dn rungutan yang ikhlas dr hati dapatlah jugak saya membeli buku tu.

then saya jalan-jalan lagi untuk cuci mata, sampailah mata saya terpaku pada seseorang yang agak comel. macam pernah ku lihat wajahnya, tapi dimana ya! dalam tv sudah, tkyh nk propa sangat lah kn. ok, si comel yang saya maksudkn adalah! jeng jeng jeng, Heliza Helmi! tapi saya tak dapat bergambar dengan dia, huhu. dia mesti excited kalau tau Ania Narma nk bergambar dengan dia, tp tkpelah. Ramai betul orang, then saya teruskan perjalanan dengan perasaan yang agak hampa. tkpe, sabar itu indah! beberapa minit kemudian, Allah SWT mempertemukan pula saya dengan novelis Islamik yang sangat saya hormati dn kagumi kerana Allah SWT. masyaAllah, Ustazah Fatimah Syarha! saya sempat bersalam dn berborak dengan dia, huhu. terharunya, rasa macam tanak balik time tu! namun perjuangan harus diteruskn, dn kemudian! saya terserempak pulak dengan Ustaz Don Daniyal Biyajid! subhanAllah, kehilangan Heliza Helmi diganti dengan dua orang lain yang famous di Malaysia! masyaAllah, INDAHNYA SEBUAH KESABARAN.
sekian, wasallm.

# sabar akan terasa lebih indah jika diiringi dengan rasa syukur!

17 April 2013

EXAM MODE: ON! (2)

Assalamualaikum!


SORRY, NO NEW POST.
SAYA TENGAH EXAM NI.
DOAKAN SAYA YE.
TERIMA KASIH.
MAY ALLAH BLESS YOU!! =)

# 2nd post yang sama, 4 more to go! -___-"

26 March 2013

PRU DI KAMPUS

2:30- kitalah 'khalifah' yang dimaksudkn!
Assalamualaikum!

hai semua, today i would like to membebel about Pilihan Raya Kampus! fr sure, this is my first time menghadapi situasi mengundi di kampus. seriusly, it was awesome! setiap calon giat membentangkan manifesto dn semestinya, setiap calon mempunyai pengikut dn pengaruh masing-masing! tapi kn, ada jugak antara pengikut yang terlalu obses dengan calon yang bertanding sehingga hampir menimbulkan perbalahan antara pihak-pihak penyokong yang bertanding. alaa, kenapa sampai cmtu?? biasa-biasa sudah laa, huhu. Hak mengundi kn hak mahasiswa, setiap daripada kamu diberi mandat untuk pilih pemimpin kamu. pemimpin akan dipersoalkan di akhirat kelak tentang amanah yang dipikul, dn harus diingat! kita juga akan dipersoalkan tentang pemimpin yang bakal kita pilih so friends, just let the people to hv their own choice.

Ok selain tu saya nak bagitau, saya juga bertanding!!! Sebagai Exco bagi Persatuan Siswa Siswi Akademi Pengajian Islam (PERSEPSI). Sem sebelum ni saya berpengalaman jadi AJK baharu untuk Persepsi, ala biasala budak2 baru yang excited nak berkecimpung dalam persatuan. Lepas tu kakak2 dan abang2 senior dalam persatuan tu bagi galakan dekat saya untuk bertanding jawatan Exco pada pemilihan kali ni, dapat la ganti tempat mereka. Malu tu memang la malu tapi nak juga merasa jadi calon pilihan raya hahha, jadi saya pun bertanding lah. Ni kalau tak ramai yang undi, nyorok bawah meja la eh. Hahah semoga Allah permudahkan aamiin

# UPDATE; masa tunggu pengumuman keputusan PRU untuk PERSEPSI, saya rasa dah kalah sebab nama saya tak disebut2 so macam redho jelah. Rupanya nama saya disebut yang terakhir sekali, itu juga menandakan undian saya paling tinggi antara semua calon yang terpilih. Malunya masa kena bangun dan naik ke pentas, mujur tak kena bagi ucapan. Terima kasih atas kepercayaan, segala puji bagi Allah atas kesempatan dan amanah ini— Exco PERSEPSI 2013/2014

13 March 2013

KENAPA LAW?

one of my favourite books, =*
Assalamualaikum!

Percaya tak, saya ambik law sebab saya suka penampilan seorang peguam dalam pakaian black and white. OMG, they look smart kn! ok maaf, reason tu memang sangat tk bole belah. honestly, saya suka menentang kebiasaan. because sometimes i dont agree dengan sesetengah mentality yang terlalu mengikut kebiasaan even mereka dh tau kebiasaan tu salah. tp mereka malas nk ubah, perasan tk? mungkin sebab tu kot yang menjurus saya untuk ambik law, hmm. nk jadi lawyer kena berani bersuara, bersikap agak defensive dn argumentative and of course we hv to think out of the box. that means, awak kena mampu berfikir secara kritis dn kreatif. ni apa yang lecturer saya cakap, tapi ni hanya pada teori je. actually sesiapa pn bole ambik law as long as you minat dn passion terhadap law field, sebab law field ni sangat mencabar but interesting!

bila study law, awak sebenarnya sedang membijakkan diri sendiri sebab kita diajar untuk berfikir lebih dari apa yang orang biasa fikir. tk rugi pn ambik law, dn tk rugi pn menjadi arif dalam course ni. as we knw, law is the most important aspek dalam sesebuah negara. so kalau kita expert dalam law, rarely kita akan jadi orang yang kurang bijak! Apapun kita belajar kerana Allah SWT, pasang niat tu betul-betul. dnt despare and never loose hope cause Allah is always by your side, insyaAllah. Allah pasti akan tolong hamba-Nya yang ikhlas melakukan sesuatu kerana Nya, :')
sekian, wasallam.

# if you want it, you have to fight for it!

26 February 2013

AWAK COMEL SANGAT!

Assalamualaikum!

awak awak awak, tau tak yang saya selalu perhatikn awak? saya suka tengok awak sejak sem lepas lagi, tp saya takut nk bagitau awak! saya takut dengan awak, huhu. awak tau tk, boleh dikatakan everyday kita akan terserempak. selalunya kat cafe lah, masa awak tengah syok menjamu selera. saya usha je awak dari jauh, saya perhatikan awak senyap-senyap. ya Allah, awak comel sangat tau tak! awak selalu buat saya geram dengan kecomelan awak tu, sampai kadang-kadang saya rasa jeles! dh lah comel, manja pulak tu! ish, geramnya! saya tau awak ramai peminat kat KUIM, huhu. awak tau tk, saya dh mula ada perasaan sayang kat awak. perasaan ni hadir sejak saya mula-mula nampak awak, sungguh! saya rasa awak sedar yang saya selalu perhatikan awak, betul tk? 

satu hari tu awak tiba-tiba datang kat saya, saya tk perasan pn! dengan pandangan yang memukau a.k.a tajam, awak hampir membuatkn saya menjerit! kn saya dh cakap, saya takut dengan awak! tu masih ada jarak antara kita, just imagine kalau awak datang rapat kt saya! mak aihh, tk ke koma saya dibuatnya! awak, lain kali jangan buat lagi ye. saya belum sedia, huhu. hmm, awak tau tk. saya teringin sangat nk rapat dengan awak, tapi saya takut. saya tk berani, huhu. saya pn tk tau bila agaknya perasaan takut/gemuruh/gementar kat awak ni akan hilang. tulah, awat comel sangat?!! anyway, awak jangan risau. saya akan terus menjadi pemerhati awak yang setia. dalam diam, because im ur secret admirer! huhu, kadang-kadang bila tengok telatah awak bole buat saya ketawa. hilang stress saya, seronok tau! awak comel sangat, geram saya! seriusly, saya pn berkeinginan nk peluk awak macam orang lain. nk manja-manja dengan awak, tp saya belum berani. huhu, tp in sha Allah! masanya akan tiba, ye KUCING! sabar tau, ^_^
sekian, wasallm.

# menyayangi kucing adalah amalan Rasulullah SAW, subhanAllah! :')